Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Melati kuntum tumbuh melata

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab
Al-fatihah.

Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Patah

Yang Dihormati Pn. Kamisah Binti Talib Guru Penolong Kanan Satu

Yang Dihormati Pn Hjh Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Yang Dihormati En. Mohd Haider Bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru, murid-muri SK Parit Patah sekalian.


Ayahandanya Muhammad Rasulullah Nabi terakhir,

Bondanya Khadijah Ummul Mukminin yang sejati,

Diputerikan pada 20 JamadilThani yang dinanti,

Kedatangannya di alam ini memberi keberkatan yang hakiki

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha
Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa,
untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Al-Fatah SK Parit Patah, bag menjayakan satu majlis
ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2019 bersamaan 1441 tahun
hijrah. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini diadakan adalah bagi menyuburkan rasa
cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah SAW dan menzahirkan syiar Islam, di samping
menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim serta menanam sikap wasatiyah dalam kalangan
ummat Islam umunya dan dalam kalangan warga SK Parit Patah khususnya, selaras dengan tema
sambutan Maulidur Rasul tahun 1441 Hijrah; NEGARA RAHMAH, UMAH SEJAHTERA

Buluh di asah jalinan disemat

Gubahan di olah bawa berangkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd
Ariffin Bin Kasmon untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Ariffin Bin Kasmon atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-quranul
Karim………, yang akan diperdengarkan oleh adik izzatul Aisyah Binti Roslan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,

Sifat terpuji junjungan rasulullah,

Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,

NEGARA RAHMAH, UMAH SEJAHTERA

Hadiran yang dirahmati sekelian,

Majlis maulidur rasul 1441 H di bawah tema NEGARA RAHMAH, UMAH SEJAHTERA diteruskan
lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, izninkan saya
menerangkan serba sedikit biodata penceramah kita pada pagi ini

Nama di beri HJ MOHD SHAM B. HJ HAMZAN

Dilahirkan: DI KAMPUNG PARIT SAYANG BENUT, PONTIAN

Pendidikan Tertinggi: UNIVERSITI AL AZHAR KULIAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG MESIR

Pengalaman mengajar: dari tahun 2008 sehingga 2019 , SK POLIS KEM KULAI,

SK MELAYU RAYA PONTIAN, SK SERI BUGIS BENUT, PONTIAN DAN KINI MENGAJAR DI SK
AYER BALOI, PONTIAN

marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di
sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Ustaz HJ MOHD SHAM B. HJ HAMZAN untuk menyampaikan ceramahnya

...dipersilakan
NUN DI SANA INDAHNYA KOTA

KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA

INDAH SUNGGUH BICARA KATA

JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga
apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz
HJ MOHD SHAM B. HJ HAMZAN

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Patah untuk
menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit Patah atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis
sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1441 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan

Yang Dihormati Pn. Kamisah Binti Talib Guru Penolong Kanan Satu

Yang Dihormati Pn Hjh Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Yang Dihormati En. Mohd Haider Bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Parit Patah untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.

Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ustaz HJ MOHD SHAM B. HJ HAMZAN untuk
menerima cenderamata penghargaan dipersilakan
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit Patah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Dari Rokan ke Indragiri,

Membawa tinta ke Kuala Linggi;

Baliklah tuan rehatkan diri,

Esok kita bersua lagi.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Bintang barat terbitan petang,

bintang timur terbitan pagi,

jika tidak melarat panjang,

ada umur ketemu lagi

Dengan itu, maka selesailah sudah Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai