Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT

PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
AMALI PENGURUSAN DAN
PENGELOLAAN PERTANDINGAN
SUKAN

KUMPULAN/ UNIT : PISMP 5G dan 5H ambilan Januari 2009

MATA PELAJARAN : PJM 3112 – PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

NAMA PENSYARAH : CIK TAN YAN IM

TARIKH SERAHAN TUGAS : 18 FEBRUARI 2011


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR

PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA BEREGU


LELAKI DAN WANITA PERINGKAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU

TEMPAT
DEWAN ZA’BA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR.

TARIKH
26 FEBRUARI 2011
ANJURAN
PELAJAR PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2009
PISMP 5G & 5H

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BADMINTON PERINGKAT INSTITUT, ANJURAN PELAJAR


KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER
5G & 5H AMBILAN JANUARI 2009, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BAHASA MELAYU, TAHUN 2011.

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan. Program ini boleh disertai oleh para pelajar,

para pensyarah dan juga staf-staf sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa

Melayu. Ia akan diadakan di Dewan Za’ba pada 26 Februari 2011. Penganjuran karnival

sukan ini bertujuan memberikan satu pendedahan kepada setiap ahli pengurusan

tentang satu sistem pengurusan acara sukan yang bakal berlangsung dengan jayanya.

Pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik, pengelolaan efisien,

pengarahan adil, kerjasama sepasukan, koordinasi, pelaporan tugas, penganggaran

dan kegunaan belanjawan yang bijak. Dengan ini para guru pelatih dapat

mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Selain itu, karnival sukan ini juga dapat

melatih guru pelatih untuk mengelola sesuatu karnival atau program apabila sudah

berada di medan utama iaitu di sekolah.


2.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan dan

pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu terhadap cadangan untuk

menganjurkan pertandingan badminton beregu terbuka lelaki dan wanita Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

3.0 OBJEKTIF

4.1 Bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk

mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

4.2 Bagi menggalakkan pelajar IPG-KBM bersukan kerana ia adalah salah

satu aktiviti riadah yang baik. “BADAN YANG CERGAS, MINDA YANG

CERDAS”.

4.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

4.4 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan Sosial (JERIS).


4.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pertandingan badminton ini akan dianjurkan oleh pelajar PISMP 5G dan

5H yang mengambil subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani & Sukan sebagai subjek minor dalam Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan.

2.2 Program ini akan dapat memberikan pendedahan dan pengalaman

kepada bakal guru tentang bagaimana menjalankan pengelolaan

permainan di sekolah kelak.

2.3 Program ini akan melibatkan secara terbuka para pelajar, pensyarah dan

staf-staf sokongan.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih merasai pengalaman dan prosedur

pengelolaan dalam mengelola program karnival sukan yang bakal

dianjurkan.

4.2 Membentuk guru pelatih yang mampu berdikari dan mampu

menyesuaikan diri dalam setiap situasi.


4.3 Melatih guru pelatih untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dan kenyakinan diri.

4.4 Melahirkan guru pelatih yang berupaya untuk mengeluarkan idea- idea

yang bernas semasa menjalankan pengelolaan permainan atau program

dalam sesebuah organisasi program.

6.0 TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 26 Februari 2011 (Berpasukan Lelaki dan Wanita)

Waktu : 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Dewan Za’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu

7.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Seperti di dalam Lampiran A

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat : Cik Tan Yan Im


Pengerusi : Mohd Saifullah Bin Shodikin
Naib Pengerusi : Siti Nuraqilah Bt Badrul Hisham
Setiausaha : Herniza Bt Mahmud
Naib Setiausaha : Nor Solehah Bt Mohd Noor
Bendahari : Mahamad Fauzee Bin Mahamad Nor

Ahli Jawatankuasa
JK Alatan : 1. Azlan Shah Bin Mat Yusof
2. Mohd Noradzli Bin Mohd Nor

JK Makanan : 1. Rashidatul Nazifah Bt Ab Rahim

2. Norfarahin Bt Abu Amar

JK Kebajikan : 1. Rabeah Bt Jahaya

2. Mohd Syafiq Bin Rozali

JK Kebersihan : 1. Nurul Amalina Bt Arshad

2. Mohd Farouk Fadly Bin Damsi

JK Hadiah : 1. Noor Masitah Bt Harun

2. Nor Amiza Bt Isa

JK Pendaftaran : 1. Izatul Husna Bt Omar

2. Nor Hamidah Bt Zakaria

JK Siaraya / : 1. Noor Aina Bt Aziz

Publisiti 2. Mohd Ikhsan Bin Abd Gafar

JK Dokumentasi : 1. Nurul Hidayah Bt Mohd Hafiz

2. Syafiqa Bt Habibuddin

JK Buku Program : 1. Zaharah Bt Kamaruddin

2. Nursyafiqah Fatin Bt Yaacob

3. Ain Najwa Bt Abd Razak

JK Permainan : 1. Nurhana Bt Sabri

2. Galvin Peter
3. Nurul Atiqah Bt Zakaria

JK Penajaan : 1. Atikah Bt Khairuddin

2. Nurul Sa’adah Bt Mat Zian

JK Pengadilan : Kategori lelaki

1. Mohd Halif Bin Mazalan

2. Siti Sarah Bt Ibrahim

3. Firza Zulaika Bt Mat Zulddin

4. Siti Nur Afisah Bt Mat Sot

5. Mohd Khairuddin Bin Othman

6. Anis Arina Bt Mat Rejab

Kategori wanita

1. Sti Farhana Bt Ahmad

2. Siti Norsuhanizan Bt Idris

3. Sti Aisyah Bt Rahim

4. Nurulaziela Bt Saari

5. Mardhiatul Nadhirah Bt Mohamad Nidzar

6. Viloshini A/P Raman

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti di dalam Lampiran B

10.0 SENARAI TUGAS


Seperti di dalam Lampiran C

11.0 JADUAL PERLAWANAN

Seperti di dalam Lampiran D

12.0 BORANG PEMARKAHAN

Seperti di dalam Lampiran E

11.0 SYOR / PENUTUP

Semoga apa yang kami rancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta

dapat diaplikasikan ilmu dan manfaat secara bersama. Kerjasama dan

pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan

ribuan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ....................................................
( HERNIZA BT MAHMUD ) ( CIK TAN YAN IM )
Setiausaha, Pensyarah Penasihat,
Program Karnival Sukan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan,
PISMP 5G dan 5H, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu,
Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Lampiran A

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON


ANJURAN PISMP 5G DAN 5H SESI 2011
1. Penyertaan : Terbuka kepada para pelajar, para pensyarah dan staf-staf

sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

2. Pasukan yang diperuntukkan adalah seperti berikut :

Pelajar
 Lelaki : 8 pasukan
 Wanita : 8 pasukan
Pensyarah
 Lelaki : 2 pasukan
 Wanita : 2 pasukan
Staf – staf sokongan
 Lelaki : 2 pasukan
 Wanita : 2 pasukan
3. Kategori yang dipertandingkan : Beregu lelaki dan wanita sahaja.

4. Sistem pertandingan : Kalah mati

5. Yuran pendaftaran : RM5.00 (sepasukan)

6. Lain – lain :

a. Penyertaan adalah terhad (siapa cepat dia dapat main).

b. Peserta dikehendaki memakai kasut yang bersesuaian dengan keadaan

di Dewan Za’ba sewaktu pertandingan.

c. Raket badminton akan disediakan untuk setiap peserta tetapi sekiranya

peserta ingin menggunakan raket sendiri adalah dibenarkan.

d. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN BADMINTON


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
ANJURAN PISMP 5G DAN 5H SESI 2011
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
9.1 Makanan
 Sarapan (penganjur) RM 3.00 x 41 IPG KBM
 Makan tengahari (penganjur) RM 6.00 x 41 IPG KBM
 Sarapan (pensyarah) RM 3.00 x 2 RM 6.00 - Kelas
 Makanan tengahari RM 6.00 x 2 RM 12.00 - Kelas
(pensyarah)
 Makanan tengahari (peserta) RM 3.00 x 40 RM 120.00 – Kelas
 Air 100 Plus (500 ml) 48 botol IPG KBM
 Air 100 plus (325 ml) 72 tin Kantin
 Roti krim 60 unit Kantin
 Air mineral (500 ml) 48 botol IPG KBM
 Air mineral (500 ml) 24 botol RM 19.20 - Kelab
 Cawan 50 biji Surau At-Taqwa
 Tong air 2 buah Surau At-Taqwa
 Gula 2 kg IPG KBM
 Gula 2 kg Sumbangan Peribadi
 Sirap 2 botol IPG KBM
 Sirap 1 x RM 5.00 RM 5.00
 Ais RM 10.00 – Kelas
9.2 Publisiti
 Kain rentang (banner) 2 meter IPG KBM
 Cat pelaka (biru) 1 botol IPG KBM
 Cat pelaka (merah) 1 botol IPG KBM
 Cat pelaka (Kuning) 1 botol IPG KBM
 Berus cat 3 batang IPG KBM
9.3 Buku program
 Kad jemputan RM 1.00 x 2 RM 2.00 – Kelab
9.4 Permainan
 Bulu tangkis 2 balang Koperasi
 Jaring badminton 3 unit Stor Sukan
 Raket badminton 20 unit Stor Sukan
 Styrofoam RM 5.00 x 1 RM 5.00 - Kelab
 Kertas A4 1 rim Sumbangan Peribadi
9.5 Kebersihan
 Plastik sampah 1 paket IPG KBM
 Mop 4 batang Sumbangan Peribadi
9.6 Pengadilan
 Wisel 2 unit Sumbangan Peribadi
9.7 Hadiah
 Plaque RM 10.00 x 8 RM 80.00 – Kelas
 Plaque VIP RM 5.00 x 2 RM 10.00 – Kelas
 CD cenderahati RM 3.50 x 32 RM 112.00 – Kelas
 Batch RM 1.50 x 41 RM 63.00 – Kelas
Jumlah keseluruhan RM 444.20

Selain itu juga, dana juga akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak tertentu
yang prihatin dengan program ini seperti :

 Pelajar PISMP 5G & 5H semester 5 Ambilan Jan 2009


 RM 15 x 41 orang pelajar = RM 615

 Kutipan yuran peserta bagi setiap pasukan yang bertanding


 RM 5 x 20 pasukan = RM 100
Jumlah : RM 715

Sumbangan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi program ini dan
menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi.
Lampiran C

SENARAI TUGAS JAWATAN KUASA INDUK DAN AHLI-AHLI

JAWATANKUASA KECIL

Pengerusi
 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat.

 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari

masa ke semasa.

Naib Pengerusi

 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari

masa ke semasa.

Setiausaha / Naib Setiausaha

 Menyiapkan kertas kerja untuk urusan permohonan seperti pinjaman barang dan

alatan, cenderamata, penajaan dan sebagainya.

 Mengeluarkan memo untuk panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat

serta mencatat kehadiran ahli.

 Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.

 Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau

badan-badan tertentu.

Bendahari
 Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.

 Melaporkan laporan terkini kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam

mesyuarat ahli jawatankuasa.

 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.

Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

 Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa

Permainan dan Pengadilan.

 Menyusun hadiah dan cenderamata.

 Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Jawatankuasa Dokumentasi

 Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan dokumentasi projek.

 Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir

projek.

 Membuat laporan akhir projek sebagai simpanan.

Jawatankuasa Buku Program

 Menyediakan isi kandungan buku program seperti visi, misi dan matlamat

program serta tentatif program

 Menyemak dan menyiapkan buku program sebelum hari pertandingan.

 Memperbanyakkan kuantiti buku program untuk tetamu yang akan hadir.


Jawatankuasa Makanan dan Minuman

 Menentukan jenis makanan dan minuman pada hari tersebut.

 Menguruskan makanan dan minuman yang disediakan untuk pengelola, peserta

dan pensyarah serta tetamu.

 Memastikan pengurusan makanan dan minuman berjalan lancar dengan

pembahagian tugas yang baik.

Jawatankuasa Kebajikan / Keselamatan

 Menyediakan surat sakit untuk peserta sekiranye berlaku kecederaan.

 Memastikan ahli-ahli jawatankuasa mempunyai ilmu asas berkaitan pertolongan

cemas

 Menyediakan peti kecemasan (first aid) sekiranya berlaku kecederaan semasa

program berlangsung.

 Menyediakan tempat rawatan agar pesakit selesa.

 Memastikan keselamatan peserta berkaitan pemakaian kasut sewaktu bermain.

 Memastikan keselamatan penonton di dalam dewan.

Jawatankuasa Kebersihan

 Memastikan kawasan pertandingan berada dalam keadaan bersih dan dari

sebarang sampah dan kekotoron.

 Memantau dari masa ke semasa keadaan sekeliling agar sentiasa bersih.

Jawatankuasa Peralatan
 Membuat tempahan berkaitan dengan sebarang peralatan yang hendak dipinjam

dari IPG-KBM.

 Memantau dari masa ke semasa permohonan tempahan yang dibuat.

 Mengira kuantiti barang dan peralatan yang dipinjam sebelum dan selepas

peminjaman dibuat agar tidak berlaku sebarang masalah.

 Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.

Jawatankuasa Pendaftaran

 Menguruskan tempat pendaftaran

 Menyediakan kaunter pendaftaran untuk sebarang urusan pendaftaran dan

pertanyaan.

 Memastikan keperluan borang-borang yang diperlukan semasa pendaftaran.

Jawatankuasa Siaraya / Publisiti

 Menyediakan kain rentang (banner) atau kertas maklumat dan memaparkannya

di tempat-tempat strategik.

 Bekerjasama dengan AJK pendaftaran untuk mengumpul peserta-peserta yang

ingin menyertai dengan cara publisiti.

 Menghebah maklumat berkaitan pertandingan dengan cara yang berbeza seperti

kain rentang (banner), borang ataupun di laman sosial Facebook.

Jawatankuasa Penajaan
 Memohon kepada mana-mana pihak yang berkaitan untuk meminta penajaan

agar kewangan yang akan digunakan untuk melaksanakan program dapatkan

dikurangkan.

 Mencari penajaan atau sumbangan dengan pelbagai cara dan medium

contohnya penggunaan faksimili ke syarikat-syarikat besar.

Jawatankuasa Permainan

 Menyediakan petak pemarkahan untuk digunakan oleh pengadil sewaktu

pertandingan berlangsung.

 Menguruskan tempat duduk penonton untuk menyaksikan pertandingan yang

akan diadakan

 Memastikan keselamatan kawasan pertandingan selamat dan tidak licin untuk

mengelakkan sebarang kecederaan kepada peserta.

 Memastikan jadual pertandingan mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Pengadilan

 Mengadili pertandingan yang diadakan secara adil.

 Menyusun jadual pertandingan dan memastikan ianya berjalan lancar

 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Permainan tentang kiraan mata.


 Memastikan peserta mempunyai waktu rehat selepas satu-satu perlawanan.

 Memastikan pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Lampiran D

JADUAL PERLAWANAN

Perlawanan 1
Pasukan 1
Vs
Pasukan 2 Perlawanan 7
Pemenang perlawanan 1
Vs
Pemenang perlawanan 2
Perlawanan 2
Pasukan 3
Vs
Pasukan 4
Perlawanan 10 (separuh
Perlawanan 5
Pasukan 9
Vs
Pasukan 10 Perlawanan 11
Perlawanan 9 (separuh akhir)
Pemenang perlawanan 5 Pemenang perlawanan 9
Vs Vs
Perlawanan 6 Pemenang perlawanan 6 Pasukan terbaik antara 3
Pasukan 11 pasukan yang tewas pada
Vs perlawanan 7,8,9. Lampiran E
Pasukan 12

BORANG PEMARKAHAN
Perlawanan ke :
Pasukan 1 :
Pasukan 2 :
Set 1 Set 2 Set 3
1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2 2
3 3 3 3 3 3
4 4 4 4 4 4
5 5 5 5 5 5
6 6 6 6 6 6
7 7 7 7 7 7
8 8 8 8 8 8
9 9 9 9 9 9
10 10 10 10 10 10
11 11 11 11 11 11
12 12 12 12 12 12
13 13 13 13 13 13
14 14 14 14 14 14
15 15 15 15 15 15
16 16 16 16 16 16
17 17 17 17 17 17
18 18 18 18 18 18
19 19 19 19 19 19
20 20 20 20 20 20
21 21 21 21 21 21

Keputusan penuh :

SENARAI NAMA PELAJAR KELAS PISMP 5H

1. Ain Najwa Bt Abd Razak


2. Anis Arina Bt Mat Rejab
3. Atikah Bt Khairuddin
4. Azlan Shah Bin Mat Yusof
5. Firza Zulaika Bt Mat Zulddin
6. Herniza Bt Mahmud
7. Izatul Husna Bt Omar
8. Mardhiatul Nadhirah Bt Mohamad Nidzar
9. Mohamad Saifullah Bin Shodikin
10. Noor Aina Bt Aziz
11. Noor Masitah Bt Harun
12. Nor Solehah Bt Mohd Noor
13. Norfarahin Bt Abu Amar
14. Nurhana Bt Sabri
15. Nursyafiqah Fatin Bt Yaacob
16. Nurul Amalina Bt Arshad
17. Nurul Hidayah Bt Mohd Hafiz
18. Rabeah Bt Jahaya
19. Siti Aisyah Bt Rahim
20. Siti Nur Afisah Bt Mat Sot
21. Siti Sarah Bt Ibrahim
22. Viloshini A/P Raman
23. Zaharah Bt Kamaruddin

SENARAI NAMA PELAJAR KELAS PISMP 5G

1. Galvin Peter

2. Mahamad Fauzee Bin Mahamad Nor

3. Mohd Farouk Fadly Bin Damsi

4. Mohd Halif Bin Mazalan


5. Mohd Ikhsan Bin Abd Gafar

6. Mohd Khairuddin Bin Othman

7. Mohd Noradzli Bin Mohd Nor

8. Mohd Syafiq Bin Rozali

9. Nor Amiza Binti Isa

10. Nor Hamidah Bt Zakaria

11. Nurul Atiqah Bt Zakaria

12. Nurulaziela Bt Saari

13. Nurul Sa’adah Bt Mat Zian

14. Rashidatul Nazifah Bt Ab Rahim

15. Siti Farhana Bt Ahmad

16. Siti Norsuhanizan Bt Idris

17. Siti Nuraqilah Bt Badrul Hisham

18. Syafiqa Bt Habibuddin

RUJUKAN

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka (2008, Ogos), Disunting 18

Januari 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/12916476/Kertas-Kerja-

Kejohanan-Badminton-Beregu-Lelaki-Terbuka-2008-Ada-Karpet
Kertas Kerja Program Super (2010, April), Disunting 18 Januari 2011, daripada

http://www.scribd.com/doc/13574388/Kertas-Kerja-Program-Super

Kertas Kerja Karnival Sukan Staf (2005, Februari), Disunting 1 Februari 2011, daripada

http://www.docstoc.com/docs/20994946/Kertas-Kerja-Karnival-Sukan-Staf-

KUiTTHO-2005-bagi-acara

Kertas Kerja (2007, Februari), Disunting 1 Februari 2011, daripada

http://www.scribd.com/doc/13801448/Contoh-Kertas-Kerja

Anda mungkin juga menyukai