Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SENGIAN

97100 SEBAUH, SARAWAK


YBB 9106

LAPORAN PELAKSANAAN
__________________________________________________

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR


UNIT KURIKULUM SK SG. SENGIAN
2016
________________________________________________________
1.0 NAMA PROGRAM : Program Gerak Gempur UPSR 2016

2.0 PELAKSANAAN :

Tempoh : 11 Julai hingga 26 Ogos 2016


Hari : Setiap hari Isnin hingga Jumaat
Masa : 7.15 pagi hingga 9.00 malam
Tempat : Kelas Tahun 6

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Berikut merupakan objektif-objektif yang ingin dicapai :

i. Melaksanakan aktiviti latihtubi secara terancang bersama guru


mata pelajaran masing-masing.
ii. Menambahkan keyakinan diri murid dan memantapkan lagi
pengetahuan dalam menjawab soalan UPSR.
iii. Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sebagai persediaan
menghadapi UPSR.
iv. Meningkatkan potensi murid melalui penilaian pemarkahan.
v. Mengetahui format dan teknik menjawab soalan.
vi. Mewujudkan murid yang mempunyai azam untuk lulus dengan
cemerlang dalam pelajaran.
vii. Menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi diri murid untuk
menghadapi UPSR.
viii. Membuat pengesanan kelemahan dan kekuatan murid.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

i. Program Gerak Gempur UPSR merupakan program latih tubi


berfokus untuk murid-murid Tahun 6 bagi 4 matapelajaran teras
UPSR.
ii. Guru-guru telah bertngkus lumus menyediakan pelbagai latihan
dan ulangkaji serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar dapat
meningkatkan prestasi dan kefahaman murid-murid.
iii. Program yang dijalankan pada waktu malam dapat meningkatkan
fokus murid-murid terhadap latuh tubi dan latihan yang diberikan.
5.0 INDIKATOR KEJAYAAN

Kejayaan pelaksanaan program ini ialah 90%.

6.0 ISU/CABARAN/KEKANGAN YANG DIHADAPI

i. Kehadiran murid-murid yang tidak memberangsangkan bagi setiap


minggu iaitu seorang atau dua orang murid pasti tidak hadir ke
program yang dijalankan.
ii. Kehadiran murid-murid tidak memberangsangkan berikutan
dengan murid-murid yang akan pulang selepas sesi persekolahan
petang dan tidak hadir semula ke program pada waktu malam.
iii. Sebilangan murid-murid yang tidak menunjukkan kesungguhan
dalam memberi perhatian dan melaksanakan latihan yang
diberikan oleh guru-guru.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Peratus kehadiran murid-murid Tahun 6 dapat ditingkatkan dengan

i. Memberikan peneguhan secara positif atau negatif kepada murid-


murid sekiranya tidak hadir tanpa sebab atau tidak memberikan
tumpuan di dalam kelas.
ii. Melarang murid-murid yang tinggal berjauhan dari sekolah untuk
pulang ke rumah selepas sesi persekolahan supaya murid-murid
sentiasa berada di sekolah dan menghadiri program yang
dijalankan.
iii. Murid-murid yang sering tidak hadir ke program ini akan diberikan
surat amaran dan perlu menulis surat tunjuk sebab kerana tidak
hadir

Disediakan Oleh,

…………………………………………..
( NUR AMIRA NABILA BINTI NASIR )
S/U KURIKULUM
SK SG SENGIAN,LABANG
8.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai