Anda di halaman 1dari 13

BERITA

MUHAMMAD HAIRUDDIN BIN AMIRUDDIN


BNK 1
KARANGAN BERITA MEMERLUKAN FAKTA ATAU
MAKLUMAT TENTANG SESUATU KEJADIAN SEPERTI
KEMALANGAN, KEBAKARAN DAN SEBAGAINYA.

MAKLUMAT DALAM KANDUNGAN BERITA ◦ Apa?


SEHARUSNYA MENJAWAB PERSOALAN: ◦ Siapa?
◦ Bila?
◦ Di mana?
◦ Mengapa?
Penulisan berita perlu mengikut suatu format
khusus ;
◦ Dimulakan dengan menulis nama tempat di
sebelah kiri dengan huruf besar, diletakkan
tanda koma, diikut i dengan hari atau tarikh
serta tanda
sempang sebelum perenggan yang pertama.
◦ Contoh : SIMPANG AMPAT , Sabtu -
Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan,
manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .
Bahasa yang digunakan dalam penulisan berita
haruslah mudah dan padat. Elakkan daripada
menggunakan ayat yang panjang atau meleret-leret.
Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah
berita boleh dikumpul melalui pembacaan,
pemerhatian dan wawancara
Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam
persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.

Apa ?

Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti


berita. Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

Bila ?

Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.Tarikh dan hari


kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas. Dalam berita-berita
jenayah dan kemalangan, waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
• Di mana ?
Menerangkan nama tempat di mana berlakunya
sesuatu peristiwa. Jika terdapat nama-nama
tempat yang tidak diketahui umum, alamat
tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
SIAPA ?
Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah
jelas.
• Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau
gelaran yang menerangkan siapa perlu ada. Nama penuh,
gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga perlu
ditulis
• Mengapa ?

mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku.

• Sekiranya sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah

ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

• Bagaimana?

menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan

• perkembangan sesuatu peristiwa.


TAJUK BERITA
Terletak di bahagian paling atas teks. Tajuk rencana
ditulis dalam huruf kecil semuanya kecuali pangkal
frasa. Terdiri daripada tida atau empat perkataan
sahaja. Kadang kala taju ditulis dengan cara yang
sensasi untuk menarik perhatian pembaca
PEMBUKAAN BERITA
Biasanya terdiri daripada dua perkara iaitu nama, tempat
dan tarikh. Nama tempat ditulis dalam huruf besar
kesemuanya. Nama tempat pada bahagian pembukaan
berita bukanlah menunjukkan tempat spesifik berlakunya
kejadian tetapi itu adalah nama bandar, daerah atau mukim
tempat yang dilaporkan.Selepas nama tempat diikuti tarikh
peristiwa yang tidak disertakan tahun. Tarikh merupakan
fakta penting untuk menentukan berita terkini atau berita
yang lewat dilaporkan. Selepas tarikh ada satu tanda
sempang.
KANDUNGAN BERITA
Bermula selepas tanda sempang. Isi kandungan berita ada
bermacam-macam bergantung pada jenis berita.
Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan
pengenalan. Perenggan pengenalan disusun dalam satu ayat
sahaja dengan cara yang jelas, mudah dan menarik.
Seterusnya diikuti dengan perenggang-perenggan isi yang
melaporkan peristiwa secara terperinci. Jumlah perenggan
tidak tetap. Bahagian ini memperincikan peristiwa yang
berlaku hingga ke akhirnya
PENUTUP BERITA

PENUTUP BERITA TERMASUK DALAM


KANDUNGAN BERITA

Anda mungkin juga menyukai