Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN BERITA

KUANTAN, Rabu- Sederet rumah kedai lima pintu, sebuah rumah dua tingkat,
dan tiga buah kereta musnah akibat dalam satu kebakaran yang berlaku di
Jalan Pinang pada pukul 12:00 tengah malam yang lepas.
Dalam kejadian tersebut, 32 orang kehilangan tempat tinggal.

Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka


kerana api merebak dengan cepat. Lima buah kereta bomba dan dua buah
ambulans datang setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 12:30
malam itu.

Kebakaran itu berlaku begitu pantas sehingga kesemua pemilik rumah


kedai tidak sempat menyelamatkan kereta masing-masing. Dalam 10 minit
kebakaran bermula mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat di
dalam lima buah kedai itu. Letupan itu adalah gas dan gas itu menyebabkan
kebakaran bertambah marak .Pihak bomba yang tiba pada jam pukul 12:45
malam hanya berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian.

Tiada yang kehilangan nyawa dalam kebakaran itu dan hanya


beberapa orang mangsa cedera ringan akibat melecur .Mereka kini dirawat
sebagai pesakit luar.

Jumlah kerugian dianggarkan mencecah sejuta ringgit sementara


punca kebakaran masih disiasat. Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak
kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem
pendawaian elektrik

( 181 patah perkataan)


KARANGAN RENCANA

Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, piza, dan mi segera


sudah menjadi suatu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi sedarkah kita
bahawa negara kita, Malaysia terkenal dengan keunikan pelbagai makanan
tradisional yang sangat membuka selera? Namun, mengapa lebih ramai yang gemar
menghabiskan wang ringgit untuk makanan yang hanya nikmat sesaat tetapi
menanggung sengsara berpanjangan? Inilah fenomena yang amat menggusarkan.
Media-media massa arus perdana seperti media cetak dan media elektronik juga
telah memainkan peranan mereka dengan cukup baik, namun inilah gaya hidup
rakyat negara kita yang masih dibelenggu dan mengamalkan budaya hidup negara
barat. Sikap sambil lewa yang hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri menjadi
kerisauan kepada pemimpin negara kita kerana melihat aktiviti pemakanan yang
seimbang tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita haruslah tidak
mengambil makanan segera secara berlebihan kerana terdapat beberapa kesan
yang akan kita alami.

Sebagai seorang kanak-kanak, selera makan mereka pastinya tertumpu


kepada makanan yang lazat dan menggiurkan sahaja. Mereka akan makan
makanan yang mereka suka tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada
mereka nanti. Di sini, ibu bapalah yang harus memainkan peranan untuk mengawal
pengambilan makanan segera bagi kanak-kanak . Jangan menjadikan rasa sayang
kepada anak-anak sebagai satu alasan untuk memberi mereka makanan yang tidak
sihat yang mana dapat mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Sayang bukanlah
bermaksud hanya memberi kepuasan kepada mereka tetapi sayang adalah apabila
kita menjaga seseorang dengan baik dalam jangka masa yang panjang. Nyawa
tidak bisa dijual beli. Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur baru hendak
menyesal tidak berkesudahan. Sedarlah bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada guna. Justeru, adalah baiknya sebagai seorang yang makan garam
terlebih dahulu, ibu bapa menasihati dan mengawal pengambilan makanan segera
kanak-kanak. Sebagai contohnya, ibu bapa menghidangkan sayuran di dalam
sarapan pagi ataupun menyediakan salad untuk anak-anak mereka.

Selanjutnya, makanan berkolesterol, gula yang tidak terkawal serta garam


yang berlebihan banyak terdapat dalam makanan segera. Dengan kandungan
kolesterol yang tidak terkawal, penyakit mudah untuk dihidap. Bagaikan hujan yang
tidak di undang, dan ribut yang tidak dijemput. Gula yang berlebihan pula
menyebabkan segelintir masyarakat kehilangan kaki kerana kencing manis. Malah
yang lebih merisaukan lagi, hospital kerajaan di kota raya semakin penuh dengan
para pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi kerana terlebih garam.
Walaupun pada dasarnya, itu adalah satu kebaikan kepada para doktor yang dapat
memantapkan kemahiran merawat pesakit mereka ke tahap yang lebih baik, namun
tidakkah kita sedih melihat banyak nadi yang harus terhenti dengan sia-sia? Maka,
haruslah kita rakyat Malaysia sedar akan banyaknya keburukan yang datang dari
pengambilan makanan segera yang hanya merugikan ramai pihak tersebut dan
menguntungkan pihak yang tidak sepatutnya.
Selain itu, masalah kenaikan berat badan yang berlebihan, iaitu obesiti juga
merupakan salah satu penyumbang keburukan kepada pengambilan makanan
segera. Wanita khususnya menjadi contoh yang tepat masa kini. Wanita yang sudah
mendirikan rumah tangga pastinya akan lebih tertumpu kepada suami, rumah dan
anak-anak. Dengan ini, mereka akan lebih tertarik untuk mengambil jalan mudah
selepas lelah seharian bekerja sebagai suri rumah. Mereka akan lebih gemar
memesan makan di luar daripada memasak sendiri. Tidakkah ini merugikan?
Obesiti bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Jantung juga
akan mudah sesak dan kita akan tercungap-cungap. Hal ini dapat mengganggu rutin
harian kita. Maka, sudah terang lagi bersuluh sememangnya obesiti juga adalah
kesan buruk pengambilan makanan segera. Berdasarkan carta, sebanyak 12.7%
rakyat Malaysia yang berumur 5 hingga 19 tahun mengalami obesiti. Oleh itu, kita
mestilah mengambil masalah obesiti ini sebagai satu masalah yang serius agar kita
menjalani kehidupan yang sihat.

Natijahnya, sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat,


kita wajar meneruskan pengambilan makanan yang seimbang dan tidak menjadikan
makanan segera sebagai makanan wajib dalam hidup seharian. Sesungguhnya,
otak yang cerdas adalah apabila badan kita cergas. Sebagai pilihan, para suri
rumah, ibu-ibu dan wanita yang berkerjaya wajar memasak di rumah sebagai
alternatif mengelakkan pengambilan makanan segera yang berlebihan. Mencegah
lebih baik daripada merawat dan janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah.
Sesungguhnya apa yang ditelan, itulah yang akan di hadam oleh perut. Jika
makanan yang mengandungi kolesterol, gula, garam dan lemak yang berlebihan
masuk ke dalam perut, maka badanlah yang akan menanggung akibatnya. Tepuk
dada tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai