Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar
(1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa
menurut bidang penggunaannya.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya
berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata,
susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan
atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras
yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat
menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di
sekitar mereka.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang berlainan’.
Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :-
§ tajuk wacana
§ cara penyampaian
§ gaya penyampaian.
TAJUK WACANA
Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan,
matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang
digunakan.
Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk
memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan
ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-
pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
CARA PENYAMPAIAN
Sama ada wacana berkenaan disampaiakn secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia
merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa. Jika tulisan
sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan.
GAYA PENYAMPAIAN
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak
formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang
dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.
Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang
berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas,
misalnya laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras
dengan majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan
anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau
minit mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu
menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan
olehnya dalam masyarakat.
CIRI-CIRI LARAS BAHASA
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan
bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras
yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras
khusus.
* Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang
hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana),
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ø Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.
Tak Formal: Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada
pengguguran subjek, predikat, objek.
* Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli
atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
v kosa kata
v tatabahasa
v gaya
PERBEZAAN ANTARA LARAS BAHASA BIASA DAN LARAS BAHASA KHUSUS :
ASPEK AYAT
Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan ayat
pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:
Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat
ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.
Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan
digugurkan iaitu frasa pemburu itu.
b: Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran bahagian
tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras.
Aspek keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat
pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:
Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah
bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan
melalui susunan ayat ialah:
Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan laras. Ayat
dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan
ayat-ayat tunggal pendek. Contohnya:
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya,
Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke
Melaka.
Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa kini.
Contohnya:
Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam
usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi
pemimpin Negara.
Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan
pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.
Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk
gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun
semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera
dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
1.LARAS BIASA
Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu
atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa
tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
perdagangan.
v Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin
dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli
barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
v Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu
yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya.
Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam
sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan
fizik. Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran
istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala
yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian
yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam
sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus
yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak
terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat
alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH atau
H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan
seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak
zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden
dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan
cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan
perbicaraan berkenaan.
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk
mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana
dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain
olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan
hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan hukuman penjara
selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.
5.LARAS BAHASA MEDIA
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan
imbuhan dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
o Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka
bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada
pembaca dan penonton
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas
menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam
agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada
kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu
menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada
waktu perkiraan.
8.LARAS BAHASA SUKAN
Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari
oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem
ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain
bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.
Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana
sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan,
senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi