Anda di halaman 1dari 2

3.

0 REFLEKSI

NAMA : NURUL AMIRAH BINTI ABD. RAZAK

NO. KAD PENGENALAN : 910310-11-5106

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya


menyempurnakan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini (TITAS) ini dan
menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Berdasarkan arahan kerja kursus ini,
semua pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap tentang cara-cara prinsip
Tamadun Islam dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini.
Tugasan ini mesti dilakukan secara individu. Dengan melaksanakan kerja kursus ini,
saya dapat muhasabah diri, serta mengenal pasti semula kelemahan dan kekuatan diri.

Sejujurnya, saya tidak sempat untuk mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan
rujukan untuk menyiapkan tugasan ini sebelum saya pulang ke kampung halaman. Hal
ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan kerja-kerja kursus lain yang
masih tersisa dan perlu dihantar pada hari terakhir kuliah iaitu pada 11 Mac 2011.
Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih belum pandai mengagihkan
masa sebaik-baiknya. Hal ini merupakan salah satu kelemahan saya yang harus saya
perbaiki lagi. Sebagai seorang guru pelatih, malah seorang bakal guru kelak, saya mesti
melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar segala kerja dapat disiapkan
dengan sempurna.

Oleh kerana kekurangan sumber-sumber rujukan, saya berazam untuk


mengunjungi perpustakaan awam di sekitar tempat tinggal saya. Saya berusaha untuk
mencari sumber-sumber yang pelbagai untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang
cemerlang. Insya-Allah, segala-galanya dengan kehendak-Nya. Walaupun sedang
bercuti, namun kerana kerja-kerja yang masih belum disiapkan, insya-Allah saya
ikhlaskan hati untuk mengorbankan sedikit masa, wang dan tenaga bagi bagi
menyempurnakan setiap tugasan yang telah diberi.

Sebenarnya, kerja kursus TITAS ini banyak memberi manfaat kepada diri saya.
Mana tidaknya, antara arahan tugasan adalah menghuraikan bagaimana prinsip-prinsip
Tamadun Islam dapat membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan

13
masyarakat Islam. Kalau kita lihat situasi di Malaysia sekarang ini, remaja-remaja
Melayu dan Islam yang sedang mendominasi gejala-gejala sosial seperti merokok,
lumba haram, menghisap dadah, budaya couple dan sebagainya. Kadang-kadang
terdetik di kotak fikiran saya, adakah tanah air tercinta ini merupakan sebuah negara
yang bertamadun? Sekiranya para rijal dan syabab tahu akan azabnya neraka dan
indahnya syurga, pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam masalah-masalah
sosial, malah mereka pasti akan sentiasa mengemis cinta Ilahi dan merindui syahid di
jalan-Nya. Maha suci Allah, sesungguhnya sangat aman dan selamat sesebuah negara
seandainya para pemimipin dan rakyatnya menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai
pegangan hidup mereka.

Diriwayatkan oleh Imam Malik, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya,
kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku.”

Saya amat gemar membeli majalah Solusi kerana majalah ini dipenuhi dengan
pelbagai maklumat dan ilmu-ilmu agama. Hal ini merupakan sedikit bonus buat saya
kerana terdapat beberapa artikel yang menyentuh tentang isu-isu sosial di dalam
majalah tersebut. Majalah Solusi yang padat dengan rencana-rencana ilmiah ini telah
saya jadikan sebagai salah satu rujukan untuk saya menyempurnakan kerja kursus
TITAS ini.

Secara tuntasnya, saya amat berharap kerja kursus yang telah saya hasilkan ini
mencapai matlamat dan bertepatan dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharap
pensyarah dapat menegur sekiranya terdapat apa-apa kesalahan di dalam kerja kursus
ini agar saya dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih baik untuk
masa hadapan. Sekian, terima kasih. Wassalam.

14

Anda mungkin juga menyukai