Anda di halaman 1dari 2

A.

PANDUAN PEMASANGAN SET DEKODER PERCUBAAN MYTV (DENGAN ANTENA DALAMAN MYTV)

TAHNIAH kerana anda terpilih menjadi peserta (responden) Siaran Ujian DTT oleh MYTV! Panduan ringkas yang
berikut akan membantu anda memasang set dekoder percubaan untuk menonton siaran DTT.

1. Kotak yang anda terima mengandungi alat-alat berikut:


1. Set dekoder & alat bekalan kuasa (AC adaptor)
2. Alat kawalan jauh berserta bateri
3. Kabel HDMI (berwarna hitam)
4. Kabel AV (dengan kepala berwarna putih, merah & kuning)
5. Antena dalaman (dalam kotak berasingan)

2. Bergantung kepada jenis TV yang anda gunakan, sambungkan kabel HDMI / kabel AV kepada dekoder
dan TV anda.
1. Kabel HDMI digunakan pada set-set TV yang baharu.
2. Kabel AV digunakan untuk set-set TV yang lebih lama (CRT).

3. Sekarang sambungkan alat antena dalaman dan kabel alat bekalan kuasa (AC adaptor) kepada
dekoder.

4. Hidupkan alat dekoder dan lampu hijau akan menyala. *Gambarajah A

5. Hidupkan TV anda dan tetapkan jenis input yang anda gunakan *Gambarajah B

6. Pada alat kawalan jauh, tekan butang ‘POWER’ yang berwarna merah pada bahagian atas dan laman
‘Installation Guide’ akan terpapar di skrin TV anda.

7. Tekan butang ‘EXIT’ di alat kawalan jauh, pilih menu ‘Antenna Power’ dan tekan butang ‘OK’. Tekan
butang ‘VOL+’ untuk pilihan Antenna Power kepada kedudukan ‘ON’ diikuti dengan butang ‘EXIT’ dan
tekan butang ‘OK’ pada mesej ‘Do you want to save?’.

8. Laman ‘Search’ akan terpapar, tekan ‘OK’ dan laman ‘Installation Guide’ akan dipaparkan.

9. Pilih ‘Channel Search’ dan tekan ‘OK’. Dekoder anda sekarang sedang mencari (search) siaran/saluran
untuk disimpan dan tunggu sehingga proses ini selesai.

1
10. Jika dekoder berjaya mengesan siaran, senarai saluran akan dipaparkan. Apabila selesai, mesej ‘Do
you want to save?’ akan terpapar dan pilih ‘OK’.

11. Anda kini boleh menikmati rancangan kegemaran anda menerusi Siaran Ujian DTT oleh MYTV.

B. PEMASANGAN ANTENA DALAMAN

Lokasi antena dalaman adalah faktor penting untuk mempunyai penerimaan isyarat yang baik. Berikut adalah
beberapa tips mengenai kedudukan antena jika anda tidak mendapat signal yang baik daripada lokasi sedia
ada. Cuba letakkan antena:

1. Berhampiran tingkap
2. Kawasan yang lebih tinggi
3. Jauh dari kelengkapan elektronik lain yang boleh memperkenalkan gangguan

Untuk kedudukan arah antena dalaman, sila pastikan kedudukan antenna dalaman menghadap tingkap yang
terbuka dan jauh dari kawasan yang terdapat halangan blok untuk mengelak halangan signal.

Nota:
1. Jika dekoder tidak berjaya menala saluran dengan penggunaan antena dalaman, antena luaran UHF boleh digunakan (samada yang
baru atau antena sedia ada yang dalam keadaan baik dan berfungsi). Untuk antena luaran, sila abaikan langkah nombor 7 dan 8.
2. Elakkan penggunaan antena luaran UHF sedia ada yang dipasang bersama alat ‘booster’ di antena tersebut. Alat ini tidak dapat
digunakan untuk menerima isyarat pemancaran DTT.

C. PANDUAN PENALAAN SEMULA ALAT DEKODER PERCUBAAN MYTV

Sekiranya anda mengalami gangguan siaran, ini mungkin disebabkan proses migrasi dan penaiktarafan yang
kami jalankan dari semasa ke semasa. Anda hanya perlu membuat penalaan (tuning) semula pada alat dekoder
dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:

1. Setelah dekoder diaktifkan, mesej ‘No signal!’ terpapar pada skrin TV anda.

2. Tekan butang ‘MENU’ pada alat kawalan jauh dan laman ‘Search’ akan terpapar.

3. Pilih ikon yang pertama (TV) dengan menggunakan butang ‘VOL-’ dan laman ‘Channel Edit’ akan
terpapar.

4. Dari 3 pilihan yang tersedia, pilih ‘Delete All’ dan tekan butang ‘OK’.

5. Mesej ‘Are you sure to delete all channels’ akan terpapar. Tekan ‘OK’ dan skrin TV akan kembali ke
laman ‘Channel Edit’.

6. Tekan butang ‘EXIT’ pada alat kawalan jauh dan laman ‘Installation Guide’ akan terpapar.

7. Pilih ‘Channel Search’ dan tekan ‘OK’. Dekoder anda sekarang sedang mencari (search) siaran untuk
disimpan dan tunggu sehingga proses ini selesai iaitu apabila ‘Progress’ mencapai 100%.

8. Sekarang mesej ‘Do you want to save?’ akan terpapar dan pilih ‘OK’.

9. Anda kini boleh menikmati rancangan kegemaran anda seperti biasa menerusi Siaran Ujian DTT oleh
MYTV.

10. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi 1300-80-6988.

SELAMAT MENONTON!

Anda mungkin juga menyukai