Anda di halaman 1dari 1

TIPS MOTIVASI DIRI UNTUK BERJAYA

1. Potensi Diri

Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai
potensi untuk mencapai matlamat anda., Jika anda suka mengajar dan mempunyai bakat dalam
memberi syarahan dan mengharapkan kejayaan yang mana anda mempunyai firma latihan
sendiri,bermakna anda mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kejayaan tersebut.

2. Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini
akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk
melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti
keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan
matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa
keinginan anda.

3. Ketahui Arah Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan
anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian
hari.Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada
pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan
perjalanan, ingat kembali tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda
serta merta.

4. Berani Mengharungi Cabaran

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin
cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang
sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu.
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah
kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi
cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

5. Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh
memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun bagaimanapun, ia adalah
sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu.Anda
mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah
berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya.Hari ini adalah hari yang baru
dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda.

Sumber: http://www.wom.my/gaya-hidup/motivasi-diri-untuk-berjaya

Anda mungkin juga menyukai