Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI 

MIKRO PENGAJARAN ( MAKRO 1)

PENGENALAN

Semasa mikro pengajaran, saya telah  memilih Bab 6 di dalam buku teks Tingkatan 5

iaitu Pengukuhan Negara dan Bangsa yang menerangkan subtema iaitu Cadangan Ke Arah

Pembentukan Malaysia dan Faktor-faktor Pembentukan Malaysia. Mikro pengajaran ini

dibuat dalam masa tidak lebih daripada 15 minit di hadapan rakan sekelas saya. Miko

pengajaran ini hanyalah meliputi set induksi dan langkah satu sahaja.

KEKUATAN

Bahan bantu - Kekuatan semasa mikro pengajaran untuk set induksi saya

mengajar hanyalah penggunaan peta sahaja. Saya menayangkan peta

(BBM) Malaysia dan menerangkan bahawa pada dahulunya Sabah,

Sarawak dan Singapura tidak bergabung di dengan Tanah

Melayu. Saya juga menayangkan peta Sabah, Sarawak dan

Singapura serta peta Tanah Melayu agar rakan-rakan dapat

mengetahui dengan lebih jelas peta-peta tersebut.

- Semasa mikro pengajaran untuk langkah satu pula saya yakin

bahawa penggunaan gambar-gambar tokoh sebagai alat bantu

mengajar sangat membantu semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini demikian kerana ternyata ada di antara

tokoh-tokoh yang mencadangkan pembentukan Malaysia yang

rakan-rakan saya tidak kenal. Oleh itu, rakan-rakan saya dapat


mengenali tokoh-tokoh yang mereka tidak kenal. Mereka juga

memberikan kerjasama yang baik semasa saya menyoalkan

gambar-gambar tokoh tersebut kepada mereka.

KELEMAHAN

Objektif tidak - Bagi saya, terdapat begitu banyak kelemahan semasa mikro

berjaya pengajaran saya berlangsung. Saya mendapati bahawa pengajaran

dicapai saya agak sedikit terpesong dari objektif yang ingin saya capai.
Kurang - Selain itu, saya juga kurang pengetahuan yang berkaitan dengan

pengetahuan topik pengajaran saya. Hal ini membuatkan pengajaran saya

berkaitan menjadi kaku serta rakan-rakan juga seperti ramai yang terpinga-

topik yang pinga. Saya juga kurang pandai untuk membuat analogi serta

diajar membina konsep sekaligus membuatkan pengajaran saya menjadi

bosan. Selain itu, saya juga lemah dalam merangka pengajaran

saya.
Teknik dan - Saya juga mendapati bahawa saya sering kali melihat slaid ketika

penampilan mengajar. Hal ini telah menyebabkan saya kurang berinteraksi

semasa dengan rakan-rakan semasa mengajar. Saya juga menulis di papan

mengajar putih dengan terlalu lama sehingga rakan-rakan bosan dengan

yang pengajaran saya. Saya juga mengakui bahawa pergerakan saya

membosanka sangat kaku ketika mengajar sehingga menyebabkan pengajaran

n saya menjadi suram. Hal ini mungkin berlaku kerana sifat tidak

yakin diri dan gemuruh semasa bercakap di khalayak ramai telah


membuatkan saya menjadi kaku semasa mengajar.

RUMUSAN

Setelah membuat refleksi terhadap mikro pengajaran saya, saya mendapati bahawa

terdapat beberapa perkara yang perlu saya baiki untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran saya menjadi lebih baik pada masa yang akan datang. Saya berharap agar saya

dapat memperbaiki kelemahan saya dan menjadikan komen-komen yang saya terima selepas

mikro pengajaran tersebut sebagai batu loncatan untuk saya supaya menjadi lebih yakin dan

bersedia untuk mengajar.

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN ( MAKRO 2 )


PENGENALAN

Semasa makro pengajaran, saya telah memilih Bab 3 di dalam buku teks Tingkatan 1

iaitu berkaitan dengan topik Zaman Prasejarah. Saya telah melakukan makro pengajaran di

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, Selangor. Saya telah mengajar

murid Tingkatan 1 IJ. Makro pengajaran ini berlangsung selama di hadapan 31 orang murid.

KEKUATAN

Bahan bantu - Kekuatan semasa makro pengajaran saya ialah alat bantu

mengajar mengajar iaitu gambar yang telah saya sediakan. Saya telah

(BBM) mengaitkan gambar-gambar seperti rumah pada masa sekarang,

wang dan rumah ibadat dengan rumah, kegiatan aktiviti serta

agama semasa Zaman Prasejarah. Saya berjaya menarik

perhatian murid-murid di dalam kelas tersebut dengan gambar-

gambar serta memberi perkaitan serta analogi yang berkaitan

dengan tajuk. Pengajaran saya pada kali ini juga tidak kaku serta

saya banyak berinteraksi dengan pelajar-pelajar di dalam kelas.

- Selain itu saya juga telah menyediakan alat bantu mengajar

seperti kertas mahjong dan pen marker yang berwarna-warni

agar pelajar dapat melakukan aktiviti berkumpulan. Mereka

kelihatan sangat bersemangat semasa melakukan aktiviti

berkumpulan walaupun pada mulanya mereka enggan

bekerjasama antara satu sama lain. Saya juga telah menyatakan


kepada mereka bahawa saya akan memberikan ganjaran kepada

kumpulan yang pertama yang berjaya menyiapkan aktiviti

berkumpulan. Hal ini telah menyebabkan mereka semakin

bersemangat untuk melakukan aktiviti.

Pengetahuan - Saya juga telah mendapati bahawa saya tidak banyak merujuk

berkaitan kepada buku teks semasa pengajaran. Murid mendengar dengan

dengan topik teliti semasa saya memberikan penerangan berkaitan dengan

yang diajar topik yang dipelajari. Saya juga banyak melakukan “eye

dikuasai contact” dan lebih berinteraksi dengan pelajar.

dengan baik

KELEMAHAN

Pengawalan - Kelemahan semasa makro pengajaran pula ialah saya tidak

murid di dalam mampu mengawal keadaan kelas yang terlampau bising semasa

kelas aktiviti berkumpulan dijalankan. Hal ini demikian kerana

bilangan murid yang begitu ramai telah menyebabkan suara saya

tidak kedengaran semasa saya memberikan arahan kepada

mereka untuk senyap


Suara yang - Selain itu, suara saya yang agak kecil juga merupakan salah satu

kecil faktor pelajar menjadi tidak fokus atau tidak dengar akan arahan

yang saya berikan kepada mereka. Suara saya yang kecil juga

telah menyebabkan mereka tidak mendengar arahan saya ketika

saya meminta mereka untuk tidak terlalu bising semasa aktiviti

berkumpulan dijalankan.
RUMUSAN

Sebagai rumusan, saya merasakan bahawa saya telah mencapai sedikit peningkatan

semasa makro pengajaran berbanding mikro pengajaran. Namun, saya masih perlu

meningkatkan lagi usaha serta pengetahuan saya agar saya dapat menjadi lebih baik pada

masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai