Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM QURAN

PERINGKAT SEKOLAH 2021M / 1442H

Aluan
Bismillahhirrahmannirrahim
Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah Yang Maha Esa, dimohonkan
limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi.
Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI dan diiringkan
sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi, Selawat dan salam buat
junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-
sahabat baginda.

Yang dialukan,
1. Yg Berusaha Pn Hjh Latipah Bt Omor, Guru Besar SK Bandar pusat.
2. Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya murid-murid
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.
Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan
izinnya, dapat kita dipertemukan bersama pada dalam Majlis Khatam
Quran Peringkat Sekolah Sempena Program Ihya’ Ramadhan Tahun 2021M
bersamaan 1442H.
Antara Objektif diadakan Majllis ini adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang
mendalam terhadap Kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-
Quran ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam
melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Adat bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Khatam Quran

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Bagi memulakan majlis Khatam kita, dengan sukacitanya menjemput
Al Fadhil Ust Kamaruddin Bin Md Isa selaku Khalifah untuk meneruskan acara.
Dipersilakan.

Anak kecil memotong kayu


Kayu di potong dengan gergaji
Seindah apapun suara lagu
Lebih indah suara mengaji

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diatas kejayaan


murid-murid dalam meneruskan tradisi memartabatkan Al-Quran. Semoga
mendapat keberkatan dan pengajaran daripadanya.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya,


majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Latipah Bt Omor, Guru Besar
SK Bandar Pusat untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Untaian madah kata alaun


Untaian ingatan sepanjang zaman

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

Penyampaian cenderahati & Sumbangan

Muslimin dan muslimat sekalian,


Majlis diteruskan lagi, dengan Penyampaian Sijil Penghargaan Majlis
Khatam, pada tahun ini.

Bagi menyempurnakan majlis, Dengan sukacitanya majlis menjemput Pn J


Jamilah untuk mengiringi Yg Berusaha Guru Besar SK Bandar Pusat, Pn Hjh
Latipah Bt Omor naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Penutup
Muslimin muslimat, hadirin hadirat,
Semoga Majlis yang diadakan pada pagi ini dapat memupuk
ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita dan mendapat rahmat
dari-Nya.

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah Tahun
2021. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan saya
sendiri. Akhir kata, wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB.

Anda mungkin juga menyukai