Anda di halaman 1dari 1

Amalan Kekal Selepas Kematian

Ertinya:

Dari Abu Hurairah RadiAllahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila
‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalannya, kecuali (amalan) daripada tiga
perkara ini: sedekah jariah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang
dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Hadis Riwayat
Muslim)

Penjelasan Hadis:

Dunia adalah tempat menabur benih tanaman dan akhirat adalah tempat untuk
menuainya. Penyesalan yang mendalam tidak berguna bagi orang yang
meninggal dunia tanpa dibekali amal soleh selama hidupnya di dunia. Setelah
seseorang meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga
perkara:

1. Sedekah jariah, iaitu sesuatu yang memberi manfaat secara berterusan


sehingga hari akhirat, seperti mewakafkan tanah, buku-buku, lembaga-
lembaga pendidikan, dan lain-lain.
2. llmu yang bermanfaat, seperti mengajarkan sesuatu kepada orang lain
atau murid, contohnya mengajar membaca buku, mengajar mengaji dan
sebagainya.
3. Anak soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya, taat dan
bermanfaat bagi orang tuanya, agama, nusa dan bangasa.

Kesimpulan:

1. Pahala akan sampai kepada orang yang sudah meninggal melalui tiga
cara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang
soleh
2. Kita digalakkan untuk melakukan kebaikan yang pahalanya dapat terus
mengalir meskipun telah meninggal dunia
3. Keutamaan bagi kita untuk menuntut ilmu ialah, supaya kita dapat
memanfaatkan secara menyebarkan dan mengajarkannya kepada orang
lain.
Semoga kita sama-sama dapat beramal dan beroleh pahala daripada hadis
yang saya bacakan tadi, InsyaAllah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai