Anda di halaman 1dari 2

PEMAKLUMAN 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN


PADA 8 NOVEMBER 2021 HINGGA 7 JANUARI/21 JANUARI 2022

Makluman ini adalah berkaitan dan dirujuk bersama Sidang Media YB Menteri Kanan Pendidikan pada
12 September 2021, surat IPGM No. Rujukan: KPM.100-1/7/96 Jld 4 (13) bertarikh 13 September
2021, Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta Garis Panduan Pengurusan
dan Pengoperasian IPG dan Kolej Matrikulasi 3.0.

1.0 PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN

1.1 Pendaftaran bagi pelajar yang menginap di kolej kediaman adalah seperti keterangan
berikut:

PROGRAM KUMP TARIKH PULANG


KE KAMPUS/ RUMAH SEWA
PISMP Ambilan Jun 2017 C10 5 November 2021 (Jumaat)
PISMP Ambilan Jun 2018 D1 - D7 8.30 pg - 4.00 ptg
PISMP Ambilan Jun 2019 E1 - E6 (waktu rehat 12.15 tgh – 2.45 ptg)
PISMP Ambilan Jun 2020 F1 - F13
PISMP Ambilan Jun 2020 G1 - G8
PPISMP Ambilan Jun 2020 H1 - H10 6 November 2021(Sabtu)
8.30 pg - 1.00 ptg

1.2 Pelajar dari Sabah dan Sarawak yang bercadang untuk mendaftar selain daripada
tarikh yang dinyatakan perlu memaklumkan kepada Pejabat Pengurusan Kolej
Kediaman terlebih dahulu.

2.0 PELAJAR YANG TERKECUALI

2.1 Pelajar yang DIKECUALIKAN kembali ke kampus untuk pendaftaran kolej kediaman:

a. pelajar yang bergejala;


b. telah disahkan secara klinikal positif COVID-19;
c. pelajar yang dikenalpasti sebagai Person Under Investigation (PUI);
d. pelajar yang dikenalpasti sebagai Person Under Surveillance (PUS);
e. pelajar yang telah disahkan oleh pihak KKM sebagai Kontak Rapat pesakit
COVID-19;
f. pelajar berada/tinggal dalam kawasan PKPD;
g. pelajar yang belum lengkap vaksinasi (14 hari selepas dos ke 2); dan
h. pelajar yang diluluskan permohonannya untuk meneruskan PdP secara dalam
talian di rumah masing-masing.

2.2 Pelajar berkenaan perlu memaklumkan dengan segera status kesihatan/vaksinasi


mereka dari semasa ke semasa kepada JHEP sebelum diberi kebenaran untuk kembali
ke kolej kediaman.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada En. Shamsul Bahri bin Ismail (KJ HEP) di
talian 012-2733510 atau Pn. Roslindawati binti Razali (Penolong Pengurus Asrama) di talian
019-6492744

#kitajagakita
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
12 OKTOBER 2021
2.30 pm

Anda mungkin juga menyukai