Anda di halaman 1dari 2

"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

Lazat sungguh rasa tomato


Di makan bersama buah kuini
Kalau tidak kerana pidato
Tak akan saya berada di sini

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang
berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya,
seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Selamat pagi
dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin,
bukan pula membuat tarian salsa akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu
penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.

Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan
saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan
alam sekitar.

Sidang pendengar sekalian,

Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar.


Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak
mematuhi peraturan atau undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti
kehidupan seharian.

Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang


merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen
pencemar alam

Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, bahkan satu
perbuatan berdosa di sisi agama. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam
mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang.

Sidang pendengar yang setia,

Komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar.Para akademik


mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang, telah mengalami
kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu.

Selain itu juga, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa
kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan
juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum.

Hadirin yang dihormati,

Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian
itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini
merupakan pencetus generasi akan datang.
Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan
pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran
sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas
daripada menghasilkan bahan buangan

komponen ketiga saya iaitu, kempen melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini
bukannya bertujuan menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin
sekalian tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti
tersebut.

Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju yang sedia kita
tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan masalah alam sekitar.Negara maju
lebih gemar menyalahkan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca
masalah alam sekitar.Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan
di dalam negara sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh


mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang
difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-
gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar.

Seringkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya
kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita
mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap
remeh.

Hadirin sekalin,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar? Sudah tentulah jawapannnya merujuk
kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan
supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya
menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Oleh itu, hadirin,

Bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan
menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti
cemerlang.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-
sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar

Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa

Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai