Anda di halaman 1dari 1

About Contact Privacy Policy

HOME JADUAL PEPERIKSAAN UPSR PT3 SPM KERJA KURSUS

Komsas SPM Tingkatan 5 Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5) CARI MAKLUMAT SINI

Carian
Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)
LINK INFORMATION
by Admin on Julai 19, 2018 in Komsas, SPM, Tingkatan 5
○ Contoh Jawapan Kerja Kursus Geogra PT3 2018
○ Permohonan Pinjaman PTPTN 2018 Online
○ Jadual Takwim Cuti Sekolah 2018
○ Senarai Biasiswa Terkini di Malaysia
○ Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan 2018

SPONSORED BY

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5). Adakah anda calon SPM 2018? Sudah baca bab ke bab novel Tirani? Panduan
buat anda khususnya pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk
pengetahuan, Novel Tirani adalah merupakan novel Komsas Tingkatan 5 daripada karya Beb Sabariah yang telah
digunakan pakai pada tahun 2016 hingga tahun 2021 bagi Zon 2 iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah nota lengkap novel Tirani sebagai rujukan buat pelajar.

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nota novel Tirani Komsas Tingkatan 5 yang merangkumi sinopsis, bab ke POPULAR POSTS

bab, tema, persoalan dan sebagainya.


Nota Novel Bima Sakti Menari
(Komsas Tingkatan 5)
Sinopsis Tirani

Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan


5)
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana
hidung asalnya pesek. Waheeda juga inginmencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Lagi menjadi Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus
cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula Geogra PT3 Kajian Guna Tanah

wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Nota Novel Silir Daksina (Komsas


Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang Tingkatan 5)

diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Soalan Percubaan Sains PT3 2018 +
Sebenarnya tidak menjadikenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu Skema Jawapan
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya.
Contoh Peta Lakar Kerja Kursus
Geogra (Cara Melukis & Mentafsir)
Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh
suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah
Contoh Rumusan Geogra PT3 2018
dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan Kajian Guna Tanah
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron highland. Kemajuan chalet yangdiusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
Contoh Jadual Kerja Geogra PT3
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI. 
2018

Tema Tirani 
Semakan Pendaftaran Tahun 1
2019/2020 Online

Tema dalam novel Tirani ialah kecantikan zikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri. Bukti pertama Waheeda sering melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang
Kesan Guna Tanah Terhadap Alam
merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Bukti kedua ialah bagi menjadi cantik Waheeda Sekitar Tugasan Geogra PT3 2018
yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Persoalan Tirani

1. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Bukti pertama ialah Raidah & ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya
yang pesek dan matanya yang sepet.

Bukti kedua ialah Raidah tidak jemu memujuk Waheeda ketika anaknya itu balik dari sekolah dengan marah-marah kerana
diejek oleh rakan-rakannya.

Bukti ketiga ialah Raidah sentiasa mengambil berat terhadap anaknya Waheeda dengan bertanyakan hal Waheeda ketika
pulang dari sekolah dan menjahit kain Waheeda yang terkoyak.

2. Persahabatan antara dua sahabat.

Bukti pertama ialah Bazilah menyediakan sebuah bilik untuk Waheeda di rumah kepunyaan pak ciknya ketika Waheeda
ingin menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre, Singapura.

3. kecantikan merupakan perkara yang menjadi keutamaan wanita.

Sebagai contoh, Waheeda melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorangwanita yang merupakan sinonim
dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.

Kedua, Waheeda telah dipilih memasuki pertandingan Ratu Cantik Miss Tourisme international dan Waheeda telah
memenanginya.

Nilai Murni Tirani 

1. Nilai ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga.

Bukti pertama, sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping
menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid.

Bukti kedua, Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

2. Nilai setiakawan/ persahabatan hubungan persahabatan yang erat dan utuh

Bukti pertama, Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

Bukti kedua, Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah
sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pengajaran Tirani 

1. Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih


bahagia.

Raidah, ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani


pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.

Contoh 2 : Metika Waheeda dimasukkan ke wad bersalin, ibunya sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam lmanya.

2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun
menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.

Contoh 2 : Waheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk
menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort, Singapura.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.

Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung sseperti menuduh bahawa
Waheeda curang dengan lelaki lain.

Contoh 2 : Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan
alasan ingin menonton perlawanan bola sepak

Latar Tempat, Latar Masa dan Latar Masyarakat 

A. Latar Tempat

1. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

2. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka & hidung akibat dicakar & digigit oleh monyet
Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

3. Hotel Flamingo de La rossa. Tempat pertemuan pertama kali antara Waheeda dengan Zahid. Tempat Waheeda bekerja
sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

B. Latar Masa

1. Waktu siang.

Contohnya, peristiwa Waheeda dikejarkan ke hospital akibat kecederaan pada muka & hidungnya kerana digigit & dicakar
monyet Belanda.

2. Waktu petang.

Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minuman petang di Restoran Genki Susyi.

3. Waktu malam.

Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia melintasi bilik tidur anak gadisnya itu.

C. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.

Raidah, ibu Waheeda sentiasa


bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan
matanya yang sepet.

Contoh 2 : Ketika Waheeda dimasukkan ke wad bersalin, ibunya sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam lamanya.

2. Masyarakat yang gigih berusaha.

Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun
menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.

Contoh 2 : Waheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk
menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort, Singapura.

3. Masyarakat yang tabah.

Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa
Waheeda curang dengan lelaki lain.

Contoh 2 : Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang


ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola
sepak.

Download Nota Novel Tirani Tingkatan 5

Untuk dapatkan bab ke bab novel Tirani dengan lengkap, anda boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui pautan di
bawah :

Klik : NOTA TIRANI

INFO BERKAITAN :

● Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)


● Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)

Semoga perkongsian tentang nota Novel Tirani dapat dijadikan rujukan buat pelajar. Selamat menduduki peperiksaan SPM
dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Share This: Facebook Twitter Google+ Pinterest Linkedin

Tingkatan 5

NEWER ARTICLE OLDER ARTICLE


Semakan Pendaftaran Tahun 1 2019/2020 Online Nota Novel Bima Sakti Menari (Komsas Tingkatan 5)

TIADA ULASAN:

ABOUT US RUJUKAN MUET! LABEL INFO

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web APDM CONTOH SOALAN GEOGRAFI
tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan
UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM dan Diploma. GIATMARA INFORMASI JADUAL KEPUTUSAN

KERJA KURSUS KOLEJ VOKASIONAL KOMSAS


ARKIB
MATRIKULASI PEPERIKSAAN PERMOHONAN

PT3 PTPTN SEJARAH


Julai (40)
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEMAKAN SMA

SPM STAM TAHUN 6 TINGKATAN 3

TINGKATAN 5 UPSR UPU

Designed with by Way2Themes | Distributed By Gooyaabi Templates

Anda mungkin juga menyukai