Anda di halaman 1dari 2

Dadah

Jika disalahgunakan
pasti membawa padah
keluarga pula akan punah ranah
Dadah
jangan sesekali mencubanya
kerana ia tidak membawa faedah
malah, ketagihannya membawa
kepada perbuatan jenayah
dadah
mengambilnya
bukan jalan penyelesaian
mengambilnya juga
bukan untuk keseronokan
dadah terbukti merosakkan
jiwa dan raga
Oleh itu, jauhilah dadah
kerana mencegah
adalah lebih baik
Dadah
Aku hanya tahu nama-namamu
tapi aku tak pernah merasaimu
Aku mohon pada yang Esa
jauhkanlah aku
daripada najiss dadah
hingga akhir hayatku
Dadah
orang yang ketagihanmu
dirinya pasti akan bermasalah
malah, ada yang jadi pembunuh
akibat kesan pengambilanmu
Dadah
Aku berjanji pada diriku
Aku tidak akan benarkan
diriku terlibat denganmu
kerana
aku sayangkan keluargaku
merekalah tempat aku
menumpang kasih

Anda mungkin juga menyukai