Anda di halaman 1dari 10

KESALAHAN UMUM INFERENS

Aquarium A

Aquarium B

1. Rajah di atas menunjukkan 2 buah akuarium yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor ikan
diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di dalam akuarium B.
Inferens salah:
Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak berbanding A
Inferens betul
Ikan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas berbanding A
2.

Rajah di atas menunjukkan 2 buah ladang yang menghasilkan purata berat labu
yang berlainan
Inferens salah:
Purata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana jarak tanaman lebih jauh
berbanding lading Haizam
Inferens betul
Purata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana kurang
persaingan ruang/ air/ nutrient berbanding di ladang Haizam

3. Graf menunjukkan bilangan orang utan yang ditemui dari tahun 1990-2000

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

160
140
120
100
80Number of orang utan
60utan yang ditemui)
40
20
0
1990

found

(Bilangan orang

1995

2000

Inferens salah:
Bilangan orang utan berkurang kerana tahun bertambah
Inferens betul
Bilangan orang utan berkurang kerana habitatnya dimusnahkan/ pemburuan haram/
pembalakan haram
4. Rajah di bawah menunjukkan litar bersiri (series) dan litar selari (parallel). Berdasarkan
pemerhatian, tuliskan inferens yang sesuai

Inferens salah:
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana
mentol disambungkan secara bersiri (series)
Inferens betul
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol
terbakar kerana terdapat satu aliran elektrik sahaja dalam litar
bersiri(series) berbanding litar selari

5.

Rajah di bawah menunjukkan pengembangan doh yang telah dicampurkan dengan 2 sudu yis.

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Inferens salah:
Doh mengembang kerana dicampurkan dengan yis
Inferens betul
Doh mengembang kerana yis/ mikroorganisma bernafas.
6. Jadual menunjukkan jumlah cili yang berjaya dikisar menggunakan 2 kaedah yang berbeza dalam
satu tempoh masa

Inferens salah:
Jumlah cili yang berjaya dikisar menggunakan mesin pengisar lebih banyak kerana menggunakan
mesin
Inferens betul
Jumlah cili yang Berjaya dikisar menggunakan mesin pengisar lebih banyak kerana
menggunakan kaedah yang lebih moden.

7. Rajah di bawah menunjukkan 2 kepingan roti P dan Q selepas dibiarkan selama beberapa hari. Roti
P tidak direnjiskan air manakala roti Q direnjiskan air.

Roti P

Roti Q
GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Inferens salah:
Roti Q berkulat kerana direnjiskan air.
Roti P berkeadaan baik kerana ia roti kering.
Inferens betul
Roti Q berkulat kerana mikroorganisma bertumbuh.
Roti P berkeadaan baik kerana mikroorganisma tidak boleh bertumbuh tanpa air.
8. Jadual di bawah menunjukkan kelajuan 3 buah kereta mainan yang sama dengan menggunakan
bilangan bateri yang berbeza.
Bilangan
bateri

Kelajuan
(m/s)

10

20

30

Inferens salah:
Kelajuan kereta mainan bertambah kerana bilangan bateri bertambah
Inferens betul
Kelajuan kereta mainan bertambah kerana mendapat sumber tenaga elektrik yang lebih banyak.

9. Jadual menunjukkan maklumat penyiasatan tentang masa tuala dijemur dan berat tuala itu.

Inferens salah:
Berat tuala berkurang kerana tempoh masa bertambah.
Inferens betul
GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Berat tuala berkurang kerana berlaku proses penyejatan


10. Rajah 1 menunjukkan bahan dan alat radas yang digunakan dalam satu penyiasatan. Sejumlah air
yang sama dituangkan ke atas tanah liat, campuran tanah liat dan pasir dan pasir. Isipadu air yang
terkumpul di dalam bekas P, Q dan R disukat.

Bekas

Isipadu air yang


terkumpul (ml)

20

40

80

Tuliskan inferens tentang isipadu air dalam bekas R.


Inferens salah:
Bekas R mengandungi paling banyak air kerana diletakkan tanah pasir
Inferens betul
Bekas R mengandungi paling banyak air kerana tanah pasir membenarkan sebagian besar air
mengalir melaluinya.

11. Rajah menunjukkan dua buah troli yang serupa dilepaskan menuruni landasan yang berbeza.

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Inferens salah:
Troli J bergerak lebih jauh kerana ia melalui permukaan kaca.
Inferens betul
Troli J bergerak lebih jauh kerana terdapat kurang daya geseran antara permukaan kaca dan
roda troli.

11. Rajah di bawah menunjukkan seorang murid telah melepaskan bas mainan T menuruni satu
landasan yang condong.
Aktiviti ini diulangi dengan bas mainan U. Jarak pergerakan kedua-dua bas itu direkodkan.

Inferens salah:
Bas mainan U bergerak lebih jauh berbanding bas mainan T.
Inferens betul
Bas mainan T bergerak lebih dekat kerana lebih berat berbanding bas mainan U.

12. Rajah menunjukkan aktiviti menarik beban di atas dua permukaan yang berbeza. Didapati lebih
senang untuk menarik beban di atas permukaan P berbanding permukaan Q.

Inferens salah:
Lebih sukar menarik beban di atas permukaan Q kerana ditarik di atas rumput.
Inferens betul
Lebih sukar menarik beban di atas permukaan Q kerana bayak daya geseran diantara beban dan
permukaan rumput.

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

13. Rajah di bawah menunjukkan 3 cylinder yang mempunyai ketinggian yang sama tetapi berbeza luas
tapaknya.
P

Didapati silinder P jatuh terlebih dahulu berbanding silinder yang lain.


Inferens salah:
P jatuh dahulu berbanding yang lain kerana luas tapaknya lebih kecil berbanding yang lain
Inferens betul
P jatuh dahulu berbanding yang lain kerana ia kurang stabil berbanding yang lain

14. Rajah di bawah menunjukkan jenis rod yang berbeza yang digantungkan dengan jumlah berat yang
sama.

Jenis rod

Kaca

Plastik

Besi

Keadaan rod

Patah

Bengkok

Tiada perubahan

Inferens salah:
Tiada perubahan pada rod besi kerana ia diperbuat daripada besi
Inferens betul
Tiada perubahan pada rod besi kerana besi lebih kuar berbanding rod yang lain.
15. Rajah menunjukkan 3 litar elektrik yang dibekalkan dengan bilangan sel kering yang berbeza.
GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Inferens salah:
Mentol di litar V lebih cerah kerana mempunyai lebih banyak bateri
Inferens betul
Mentol di litar V lebih cerah kerana mendapat tenaga elektrik yang lebih banyak.

16. Jadual di bawah menunjukkan perubahan panjang bayang-bayangdari pukul 8.00 pagi hingga 6.00
petang.

Nyatakan inferens tentang perubahan panjang bayang-bayang.


Inferens salah:
Panjang bayang-bayang berubah kerana masa bertambah
Inferens betul
GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Panjang bayang-bayang berubah kerana bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur.
17. Jadual menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas pemanasan air dilakukan.

Nyatakan inferens tentang perubahan suhu air.


Inferens salah:
Suhu air bertambah kerana masa bertambah
Inferens betul
Suhu air bertambah kerana air menerima haba(water gains heat)

18. Selepas mencuci tiga helai kain yang sama Mak Timah menjemurnya dalam tiga keadaan seperti
dalam Rajah 2. Mak Timah mendapati kain A paling cepat kering manakala kain B paling lambat
kering

Inferens salah:
Kain A cepat kering kerana luas permukaan terdedah lebih besar.
Inferens betul
Kain A cepat kering kerana kadar penyejatannya lebih cepat berbanding yang lain.

19. Rajah menunjukkan dua buah model jambatan yang dibina untuk menguji kekuatannya.
Keputusan mendapati bahawa model Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P.

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

Inferens salah:
Model Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P kerana kad manila digulung
Inferens betul
Model Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P kerana model Q lebih kuat
berbanding model P.

20. Rajah di bawah menunjukkan 3 sistem takal P, Q dan R. Bilangan pemberat yang boleh diangkat
oleh setiap sistem takal direkodkan.

Inferens salah:
Takal R dapat menarik lebih beban kerana menggunakan 3 takal.
Inferens betul
Takal R dapat menarik lebih beban kerana kurang daya diperlukan untuk mengangkat beban.

GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK

10

Anda mungkin juga menyukai