Anda di halaman 1dari 11

PERANG THA'IF....

 SAMBUNGAN PERANG HUNAIN..


GHAZWAH AL-TA'IF 

Peperangan Ta'if ini merupakan sambungan kepada peperangan Hunain, kerana


sebahagian besar dari saki baki tentera Huwazin dan Thaqif telah lari bersama
turus agungnya Malik bin Aufke "Ta'if", mereka berkubu di sana, lantaran itu maka
Rasulullah segera memburu mereka ke sana setelah selesai membersih kawasan
Hunain dari tentangan dan pengurusan al-Ghanimah di "al-Ja'ranah". Peristiwa ini
berlaku pada bulan Syawal tahun 8 hijrah.Ghazwah ini telah didahului oleh satu
pasukan peninjau yang dipimpin oleh Khalid ibni al-Walid dengan kekuatan
tentera seramai 1,000 orang. Setelah itu barulah Rasulullah (s.a.w) memasuki ke
Ta'if. Dalam perjalanan ini Baginda telah melalui an-Nakhlah al-Yamaniyah,
melalui Qaran al-Manazil kemudian memasuki Liyah, di sana terdapat kubu Malik
bin Auf dan Baginda memerintah supaya dirobohkan. Setelah itu Ilaginda
meneruskan perjalanan hingga sampai ke Ta'if dan berkhemah berhampiran dengan
kubu Ta'if. Seterusnya Baginda mengepung kubu berkenaan. Pengepungan dan
perintah berkurung tidak mengambil masa yang panjang, kerana mengikut riwayat
Anas melalui Imam Muslim mengatakan bahawa pengepungan ke atas mereka itu
memakan masa empat puluh hari, tetapi ahli al-Sirah menyatakan pendapat yang
berlainan, ada yang mengatakan dua puluh hari, ada pendapat sepuluh hari, yang
lain mengatakan lapan belas hari dan ada yang menyebut lima belas hari. 

Di dalam tempoh pengepungan ini berlaku panah memanah dan lontar melontar
tombak dipermulaan pengepungan kaum muslimim menghadapi lontaran panah
bagaikan hujan, menyebabkan beberapa orang Islam terkena lontaran tersebut, dua
belas orang dari mereka gugur syahid, hingga terpaksa mereka berpindah dari garis
pertahanan mereka ke suatu tapak lain, tapak itu dikenali sebagai tapak masjid al-
Ta'if yang ada sekarang ini. Sebagai tindakan seterusnya Rasulullah menghala
"Manjaniq" pelontar peluru batu ke arah penduduk al-Ta'if menyebabkan
sebahagian benteng mereka runtuh. Ini membuka jalan kepada tentera Islam
memasuki ke dalam benteng dengan perisai bergerak mereka, tetapi di masa itu
musuh telah sempat menuang cecair besi dari atas benteng menyebabkan perisai
mereka terbakar bersama-sama dengan tentera yang dibawahnya. Dengan itu
tentera yang berada di bawahnya lari dek kepanasan, semasa mereka lari dari
perisai, mereka dihujani dengan anak panah, menyebabkan banyak yang gugur
syahid. 

Salah satu cara dan taktik perang yang digunakan, Rasulullah memerintah supaya
dimusnahkan pokok-pokok anggur musuh. Ini bertujuan untuk memaksa mereka
menyerah kalah, dengan itu tentera Islam menebang dan menebas pokok-pokok
anggur. Apabila orang-orang Thaqif melihat tindakan menebas sedang dijalankan,
lalu mereka meminta belas kasihan kerana Allah. Maka Rasulullah pun
menangguhkannya demi kerana Allah dan kasihan belas. Untuk tindakan
selanjutnya seorang pemberitahu bagi pihak Rasulullah, mengisytiharkan dengan
katanya: "Sesiapa sahaja yang keluar dari dalam benteng dan mendatangi kami
beliau adalah bebas". Dengan itu maka keluar seorang lelaki bersama dengan dua
puluh tiga (23) orang, lelaki itu dikenali sebagai Abu Bakarah kerana beliau turun
dari atas benteng melalui Bakarah iaitu kincir, kesemua mereka ini dibebaskan
oleh Rasulullah, tiap seorang dari mereka diserahkan kepada orang-orang Islam
untuk di beri makan Penghuni benteng terasa keberatan untuk menerima tindakan
Rasulullah ini. 
Oleh kerana terlalu lama mengepung benteng, dan tidak nampak tanda-tanda yang
ianya akan jatuh dan menyerah kalah, di samping tentera Islam terus mengalami
kecederaan kerana lontaran panah atau tersimbah cecair besi, penduduk benteng
sudah pula membuat persiapan yang cukup kiranya mereka terkepung, mereka
masih boleh bertahan untuk tempoh setahun. Untuk itu Rasulullah bertanya
pendapat Naufal bin Muawiah al-Dili, jawab beliau "Mereka ini tak ubah seperti
musang di dalam lubangnya sekiranya tuan hamba tunggu di sini bolehlah tuan
hamba mengambilnya dan kalau ditinggalkan ianya tidak membahayakan". Oleh
itu maka Rasulullah pun berazam untuk membatal pengepungan dan berangkat
pulang. Sebagai tindakan seterusnya maka Rasulullah menyuruh Umar bin al-
Khattab memaklumkan kepada orang ramai dengan suaranya: "Kita semua akan
berangkat pulang esok InsyaAllah". Buat sesetengah orang terasa berat tindakan
ini, lantas mereka berkata: "Apa? kita hendak berangkat pulang tanpa membuka
kubu mereka?". Jawab Rasulullah: "Baiklah, kalau begitu, esok kamu seranglah
mereka". Pada keesokan harinya mereka membuat serangan, menyebabkan ada di
antara mereka yang tercedera. Di masa itu Rasulullah berkata: "Esok kita
berangkat InsyaAllah". Para sahabat pun terasa gembira dengan pelawaan
Rasulullah itu dan semua orang pun patuh. Dengan itu, mereka pun beredar dari
situ, sedang Rasulullah tersenyum melihat telatah para sahabatnya. Semasa mereka
sedang beredar dari situ, Rasulullah menyeru mereka beramai-ramai melafazkan: 

Kami pulang, kami bertaubat kami beribadat, kepada Tuhan jua kami memuji. 
Dan kata mereka seterusnya: "Wahai Rasulullah: Doakankemusnahan Thaqif".
Maka kata Rasulullah: "Ya Allah! Ya Tuhanku, berilah hidayat kepada Thaqif dan
bawalah mereka semua kepangkuan kami". 
PEMBAHAGIAN HARTA RAMPASAN DI AL-JA'RANAH 

Sekembalinya Rasulullah selepas pembatalan pengepungan ke atas Thaqif di Ta'if,


Rasulullah terus tinggal di al-Ja'ranah untuk selama sepuluh hari lebih, tanpa
membahagikan rampasan-rampasan perang, malah Rasul sengaja melambatkannya,
dengan harapan ahli Hawazin akan kembali bertaubat, hingga dengan itu mereka
berhak meng.ambil balik barang-barang mereka tetapi tak seorang pun dari mereka
berbuat demikian. Dengan itu Rasulullah pun membahagikan harta-harta rampasan
itu, bertujuan untuk menutup mulut orang-orang yang hendak sangat harta- harta
itu terutamanya pemuka-pemuka dan pemimpin qabilah-qabilah dan kenamaan-
kenamaan Makkah. Golongan muallaf adalah orang yang pertama diberikan dan
mereka mendapat habuan yang lumayan. Rasulullah memberi kepada Abu Sufian
sahaja empat puloh auqiyah emas dan seratus ekor unta, namun beliau bertanya
lagi: "Anak ku Yazid"? Rasulullah memberi qadar yang diberi kepada Abu Sufian
juga, kemudian kata Abu Sufian: "Anakku Muawiyah"? Maka Rasulullah memberi
kepada Muawiyah kadar yang sama juga, Rasulullah memberi kepada Sufwan bin
Umaiyah seratus ekor unta kemudian ditambah seratus lagi dan tambah seratus
yang lain pula. 

Baginda memberi kepada al-Harith bin al-Harith bin Kildah seratus ekor unta, hal
yang sama dilakukan kepada pemimpin Quraisy yang lain diberinya tiap orang
seratus ekor unta, kemudian yang lain diberinya masing-masing lima puluh ekor
tiap seorang. Hal ini telah menimbulkan rungutan di kalangan orang ramai bahawa
Muhammad mengagih-agih harta rampasan bagaikan tidak takut papa,
menyebabkan orang-orang Arab Badwi mengesa-gesa permintaan mereka dari
Rasulullah, hinggakan mereka memaksa-maksa Rasulullah, dan Rasulullah
berganjak ke belakang hingga tersandar ke sepohon pokok. Tidak setakat itu sahaja
malah sanggup mereka merentap kain Rasulullah meminta supaya dibahagikan
kepada mereka, hingga terpaksa Rasulullah menyebut: "Hai manusia, kain itu kain
aku, pulangkan balik kepada ku, demi Allah yang diri ku ditanganNya, kalaulah
aku ada unta sebanyak pohon-pohon kayu di Tihamah nescaya aku agihkan kepada
kamu semua, hingga tidak ada orang menyebut aku ini masih bakhil, takut dan
berdusta lagi". Setelah itu Rasulullah berdiri di samping untanya dan mencabut
seurat bulu di bunggul untanya. Baginda memegang bulu unta tadi dan
mengangkatnya sambil berkata: "Wahai kalian, demi Allah aku tidak hendak
barang rampasan kamu itu seberat bulu unta ini, kecuali bahagian seperlima itu
sahaja dan yang seperlima itu pun diserahkan kembali kepada kamu". 

Setelah dibahagikan harta rampasan tadi kepada golongan "Muallafah Quiufuhum"


yakni golongan mualaf, Rasulullah meminta Zaid bin Thabit membawa baki harta
rampasan dan penerima-penerimanya, disitu juga Rasulullah membahagikannya, di
mana setiap orang memperolehi empat ekor unta, dan empat puluh biri-biri namun
walau macam mana sekali pun askar berkuda memperolehi dua belas ekor unta dan
seratus dua puluh (120) ekor biri-biri. Pembahagian harta-harta rampasan ini
berdasarkan kepada siasah yang bijak, kerana di dunia ini terdapat seramai
manusia untuk diajak kepada kebenaran melalui kekenyangan perut mereka dan
bukannya melalui minda akal, sepertimana binatang-binatang diajak untuk melalui
jalahnya dengan seberkas rumput yang terus memasuki kandangnya lantaran
seberkas rumput yang diumpankan di hadapannya. Demikianlah halnya dengan
ragam manusia yang memerlukan kepada pancingan supaya dapat berjinak dengan
cahaya iman, merasa selesa dan bersenang dengannya. 

Terkilannya orang-orang Ansar Ibnu Ishak meriwayatkan melalui Abu Said al-
Khudri, katanya: Apabila Rasulullah memberi saham-saham rampasan kepada
orang-orang Quraisy dan qabilah-qabilah lain, sedang al-Ansar tidak diberi sesuatu
pun kepada mereka, maka timbullah bisikan-bisikan sesama mereka, malah ada
sungutan dari mereka yang menyebut: Demi Allah, nah sekarang Rasulullah sudah
bertemu kembali dengan kaum sebangsanya, di masa itu Saad bin Ubadah datang
menemui Rasulullah dengan berkata: Wahai Rasulullah, kini orang-orang Ansar
sudah terkilan flengan tindakan yang tuan hamba telah lakukan itu, dengan
pemberian yang begitu banyak di kalangan kaum sebangsa tuan hamba, dan
perkara ini tidak berlaku pula di kalangan orang-orang Ansar. Kemudian tanya
Rasulullah: "Di dalam hal ini di mana sikap kau?" Jawab Saad: "Wahai Rasulullah,
aku ini tidak lebih dari seorang individu dari kaum ku". Kata Rasulullah pula:
"Kalau demikian ajaklah semua kaum mu itu ke tempat ini". 

Dengan itu Saad pun mengumpul kaum al-Ansar ke tempat yang diperintahkan
oleh Rasulullah, terdapat juga beberapa orang Muhajirin yang telah turut ke situ,
mereka dibenarkan, kemudian ada sekumpulan yang lain telah ditolak. Sebaik
sahaja mereka telah berkumpul di situ Saad pun datang menemui Rasulullah dan
berkata: "Mereka semua sudah berkumpul wahai Rasulullah. Dengan segera
Rasulullah datang menemui mereka, setelah bertahmid dan memuji Allah Baginda
terus berkata: "Wahai kalian Ansar, sebenarnya telah pun sampai kependengaran
ku sungutan-sungutan kamu itu dan luahan-luahan perasaan kamu semua. Baiklah!
Tidakkah semasa ku datangi kamu dalam kesesatan lalu Allah hidayatkan kamu?
Tidakkah kamu dalam kesusahan kemudian Allah cantumkan hati-hati kamu?"
Kemudian jawab mereka: "Bahkan ya Rasulullah, Allah dan RasulNya lebih baik
dan lebih afdhal". Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa kamu tidak
menjawab daku wahai al-Ansar?" Jawab mereka: "Dengan apa yang akan kami
jawab wahai Rasulullah?" Katakanlah: "Bagi Allah dan RasulNya jua kebaikan dan
kelebihan". 

Seterusnya Rasulullah berkata lagi: "Demi Allah, kalau kamu mahu kamu boleh
berkata dan kamu boleh membenarkan ungkapan ku ini". Lantas jawab mereka:
"Kami mendatangi mu wahai Rasulullah dalam keadaan didustai lalu kamilah yang
membenarkan tuan hamba, engkau yang diabaikan lalu kamilah yang membantu
tuan hamba, dan engkau yang terlantar lalu kamilah yang memeliharakan tuan
hamba". Seterusnya Baginda berkata: "Wahai kalian al-Ansar, apakah kamu masih
terkilan lagi dengan sisa-sisa dunia yang menjadi tarikan buat sesetengah orang,
sedang kamu sudah pun pasrah pada Islam? Wahai kalian Ansar tidakkah kamu
boleh merelai dengan orang ramai pulang bersama dengan unta dan kambing
sedang kamu membawa pulang Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di
tanganNya, kalau tidak kerana hijrah nescaya ku ini adalah salah seorang kaum al-
Ansar dan seandainya orang ramai memilih satu lorong dan kaum al-Ansar
memilih satu lorong yang lain nescaya ku pilih dan ku lalui lorong orang-orang
Ansar, Ya Allah Ya Tuhanku kasihanilah kaum Ansar, anak- anak kaum Ansar dan
anak cucu Ansar". Mendengarkan kata-kata tersebut, maka sekalian hadirin pun
menangislah hingga janggut mereka dibasahi dengan air mata sambil mereka
berkata: "Kami rela bersamamu wahai Rasulullah sebagai habuan dan bahagian
kami". Dengan itu Rasulullah pun beredar dari situ dan diikuti oleh sekalian yang
hadir. 

KETIBAAN ROMBONGAN HAWAZIN 


Selepas pembahagian rampasan tiba-tiba datanglah rombongan Hawazin yang
terdiri dari empat belas orang sebagai orang-orang Islam, mereka dikepalai oleh
Zahir bin Sord, bersama-sama rombongan ialah Abu Burqan bapa saudara
sepenyusu Rasulullah (s.a.w), rombongan Hawazin meminta Rasulullah
memulangkan kepada mereka orang-orang tawanan dan harta-harta rampasan
mereka. 

Setelah berbicara dengan Rasulullah dengan bahasa yang amat halus memikat hati,
kemudian jawab Rasulullah: "Sebenarnyabersama-sama ku ini orang-orang yang
kamu tengok ini, sebaik-baik bahasa pada ku ialah yang paling benar, sekarang aku
hendak tahu, mana satukah yang tersayang bagi kamu, anak isteri atau harta?
Jawab mereka: Tiada suatu pun boleh menandingi anak-anak keturunan kami.
Maka kata Rasulullah: Nanti apabila aku hendak sembahyang tengahari (maksud
Rasulullah sembahyang Zohor) di masa itu kamu semua bangun dan ucaplah:
Sebenarnya dengan perantaraan Rasulullah kami memohon kepada kamu semua
dan sebaliknya dengan perantaraan kaum mu'min kami memohon kepada
Rasulullah supaya dikembalikan kepada kami orang-orang kami yang ditawan itu. 

Sebaik sahaja Rasulullah bangun untuk menunaikan sembahyang Zohor maka


sekalian rombongan Hawazin itu pun bangun dan menyeru kepada seluruh kaum
muslimin di situ sepertimana yang diajarkan kepada mereka oleh Rasulullah
(s.a.w). Dengan itu jawab Rasulullah (s.a.w): "Adapun apa yang di dalam tangan
ku dan di tangan Banu Abdul al-Muttalib adalah kembali semula kepada kamu.
Dan dengan ini aku meminta kalian berbuat seperti yang ku lakukan". Maka sahut
golongan al-Ansar dan al-Muhajirin: "Apa yang ada di tangan kami terserahlah
kepada Risulullah (s.a.w)". Berkatalah al-Aqra' bin Habis: "Adapun, apa yang di
dalam tangan ku dan Banu Tamim tidak sama sekali". Kata Uyainah bin Hisn pula:
"Apa yang di dalam tangan kami dan Banu Fazarah tidak akan dikembalikan". al-
Abbas bin Mirdas pula berkata: "Apa yang di dalam tangan kami dan Banu Salim
tidak sama sekali". Tetapi kata Banu Salim: "Apa yang di dalam tangan kami
adalah untuk Rasulullah (s.a.w)". Makasampok al-Abbas. bin Mirdas: "Kamu
semua telah menjadikan aku lemah". 

Seterusnya Rasulullah bersabda dengan katanya: "Sebenarnya rombongan mereka


ini telah datang dengan keadaan memeluk Islam, dan sebelum ini daku telah cuba
melengahkankan pembahagian rampasan untuk memberi kesempatan kepada
mereka, tetapi mereka terlewat, mereka datang setelah sudah ku membuat
pembahagian, namun demikian ku telah beri tawaran kepada mereka, untuk
mereka membuat pilihan, tetapi mereka tidak berganjak dari pendirian mereka,
iaitu mereka mengutamakan kepulangan anak isteri mereka ke pangkuan mereka,
maka sesiapa yang memiliki anak isteri mereka dan terasa senang untuk memulang
kembali adalah dialu-alukan dan sesiapa terasa hendak memiliki terus tawanan itu
juga kita berseru supaya memulangkan kepada Banu Hawazin. Bagi orang yang
berbuat demikian ganjaran pada setiap sahamnya adalah enam kali ganda dari apa
yang dianugerahkan Allah ke atasnya". Maka kata sekalian yang hadir: "Kami
bersenang hati untuk mematuhi Rasulullah (s.a.w)". Jawab Rasulullah: "Namun
demikian kami belum dapat mengenali mana di antara kamu yang merelainya dan
mana yang tidak, ayuh kamu pulang dahulu, kemudian ketua-ketua kamu
membentang semula perkara ini kepada kami". 

Akhirnya kaum perempuan dan anak Hawazin dipulangkan ke pangkuan keluarga


mereka, kecuali yang di bawah milik Uyainah bin Hisn yang enggan untuk
memulangkan seorang perempuan tua, namun walau bagaimanapun kesudahannya
beliau serahkan juga dan Rasulullah menyelimutkan tawanan yang berketurunan
Qibtiah itu dengan kain tenunan Mesir. 

UMRAH DAN PULANG KE MADINAH 

Selepas selesai pembahagian harta rampasan di Ja'ranah, Rasulullah pun berihram


untuk menunaikan umrah, kemudian terus Baginda berangkat pulang ke Madinah
setelah melantik Utab bin Usaiyed sebagai gabenor Makkah. Kepulangan
Rasulullah ke Madinah adalah pada enam hari terakhir bulan Zulkaedah tahun
kelapan (8) Hijrah. Syeikh Muhammad al-Ghazali merakamkan di dalam bukunya
"Fiqh al-Sirah" : Betapa jauhnya jarak masa di antara kemenangan yang dicapai
setelah Allah mengalungkan diri Baginda dengan pembukaan yang mulia ini
dengan masa kedatangan Baginda ke bumi ini di lapan tahun yang silam. Baginda
tiba sebagai seorang yang diburu, mencari perlindungan, berdagang, berkelana,
meminta pemeliharaan dan penjagaan, lalu dimuliakan dan direstui, dibantu dan
disokongi. Akhirnya kaum muslimin memperolehi petunjuk yang dianugerah
kepada Baginda itu. Malah mereka semua tidak keberatan untuk mempertahankan
Baginda. Kini genap lapan tahun Baginda memasuki al-Madinah yang di suatu
ketika dulu menyambut Baginda sebagai seorang perantauan hijrah yang
ketakutan, kini orang yang sama menyambut Baginda pula, selepas Makkah
tunduk di bawahnya. Makkah yang di suatu ketika dahulu sombong dan bongkak
kini melutut dihadapanya menyerah diri untuk diproses dengan nilai-nilai murni
Islam. Baginda memaafi segala keburukan dan kesombongan silamnya. Seperti
firman Allah yang bermaksud: 
"sesungguhnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar maka sebenarnya Allah itu
tidak mensia-siakan pahala golongan berihsan."

Anda mungkin juga menyukai