Anda di halaman 1dari 8

Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia

Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan
agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling dominant
adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama
juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya
masyarakat.
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat
serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi
pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkan
peranan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia
serta mendatangkan ketengan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan
agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam
pembentukan keselamatan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang
bencikan peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan
peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan).
Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun
tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu
lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga
merupakan salah sayu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun
dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana
maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman
pencerobohan orang gasar". Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral
rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut berjaya
digulingkan.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan yang amat vital dalam
kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan tamadun
Ciri-ciri   Zaman Jahiliah
Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu
masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun
dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari
pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan
penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian
masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat
dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti


berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang
meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti
lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak
dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang
menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini
dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah
keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan
panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang
wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-
mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga
merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai
kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain
itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang
dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama
wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian
dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh
orang mati menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah


menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah
melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang
mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku
tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti
dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap
kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga
merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah
adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah
disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah
berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat
Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat
kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan
masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem
Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam
kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh
kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di
kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah
diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan
kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang
dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup
masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi
punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun
atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah
yang suka berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah
menebal dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai
sebuah negara berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia
wujud di negara kita demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan
persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Zaman Jahiliah

Sebelum Selepas
Hubungan Masyarakat Jahiliah hidup terpisah Masyarakat Islam Madinah berjaya
Masyarakat dalam kabilah dan bani masing- membentuk sebuah masyarakat ummah
/ Sosial masing. Setiap individu mempunyai Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.
ketaatan (semangat assabiyyah) Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan
kepada kabilah dan sangat prejudis digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.
kepada kabilah yang lain. Semangat Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan
ini juga menyebabkan mereka orang Ansar dengan Muhajirin.
memihak kepada kabilah tanpa
mengira sama ada mereka berada
dalam keadaan benar atau salah. Ini
telah menimbulkan masalah
permusuhan antara kabilah
berleluasa.
 Peperangan Permusuhan antara suku atau kabilah Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan
telah membawa peperangan di permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu
kalangan masyarakat Arab Jahiliah. suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk
Peperangan ini dikenali sebagai Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-
Ayyamul Arab. Perang balas dendam Buath kerana merebut kepimpinan kota
sering berlarutan. Contohnya Perang Madinah.Peperangan yang wujud di zaman
Al-Basus berlarutan selama 40 tahun. Islam merupakan satu langkah
mempertahankan agama, masyarakat dan
negara Islam daripada ancaman musuh
terutama serangan orang Quraisy Mekah dan
pengkhianatan orang Yahudi.

Kelas Masyarakat Jahiliah mementingkan Dalam masyarakat Islam menitik beratkan


Masyarakat kelas dalam masyarakat. Golongan konsep persamaan taraf.Semua manusia
bangsawan merupakan golongan dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan
tertinggi dan dipandang mulia. manusia berdasarkan kepada ketakwaannya
Dalam masyarakat Arab Jahiliah kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
amalan perhambaan berlaku secara mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
meluas. Mereka tidak mempunyai
hak ke atas diri sendiri. Mereka
dikehendaki berkhidmat kepada tuan
mereka. Perdagangan hamba berlaku
secara meluas. Kekejaman ke atas
para hamba berlaku sekiranya para
hamba tidak mengikut kehendak
mereka.

Kedudukan  Masyarakat Arab Jahiliah Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah


Wanita memandang rendah kepada golongan memandang mulia golongan wanita. Mereka
wanita. Fungsi mereka hanyalah perlu dipelihara maruah dan kebajikan
sebagai alat kepada kaum lelaki. mereka. Kaum wanita memainkan peranan
Mereka dianggap sebagai barang yang sama pentingnya dengan goIongan
dagangan dan ada di kalangan lelaki.
mereka yang kematian suami,
menjadi rebutan anak-anak lelaki
suami mereka. Keadaan ini
menyebabkan suku bani Tamim telah
menanam bayi perempuan bagi
mengelakkan mereka dipandang
rendah.

Akhlak  Masyarakat Arab Jahiliah Islam menekankan akhlak yang


mengamalkan nilai akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah
buruk seperti berzina, melacur, I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan
membunuh, minum arak dan berjudi. menipu, berzina, dan membunuh. Nabi
Nilai ini telah sebati dengan berjaya mengikis segala amalan akhlak yang
kehidupan mereka. buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

Nilai-nilai  Dalam masyarakat jahiliah terdapat Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini
Positif nilai-nilai positif seperti menghormati diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
tetamu, berpegang teguh kepada janji,
memberi perlindungan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. seperti yang
dilakukan oleh Bani Hashim.

Amalan  Jahiliyah amalkan riba, pencurian Islam mengharamkan riba dan mewajibkan
Ekonomi dan penipuan. Jua beli berhala adalah urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual
ekonomi yang penting dan beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh
menguntungkan. dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.

Cara Majoriti masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai
hidup menganut agama menyembah berhala keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela
dengan menganggap berhala sebagai telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah
perantaraan antara manusia dengan melantik guru-guru agama untuk
Tuhan. Pada masa ini Mekah memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
berperanan sebagai pusat Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar
penyembahan berhala. Agama lain kebebasan beragama terutama ke atas
yang dianuti ialah ajaran animisme, masyarakat Yahudi dan mereka diberi
majusi, nasrani dan yahudi. kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab
Masyarakat pada masa ini juga terikat Madinah menerima agama Islam.
dengan kepercayaan karut.

Contoh Amalan Jahiliah Masa Kini


 Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek
kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak
mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang
telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib,
bomoh dan juga tangkal azimat. 1 Akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan
aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah
jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta
mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah.
Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.

 Ibadah.
Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan
pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber café dan sebagainya. Begitu juga media
cetak dan media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada
sesetengahnya tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan
memberi kesan kepada umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan
ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa
untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi.
Masjid dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang
tidak berdaya untuk mencari hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus
kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun
pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara
berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di
akhirat.

Sosial.
Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan
masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan
tidak boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga
mengabaikan hak masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi,
mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan
masyarakat, mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas
segalanya sehingga mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan
sesuatu, menentukan fikiran, kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus
tunduk kepada masyarakat.

Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu
untuk membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan
masyarakat. Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk
menegakkan agama Allah. Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan
individu mengambil tahu hak masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti
buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat
dihapuskan.

 Akhlak.
Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja
tanpa batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan
makruh yang memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun
dosa. Oleh sebab itu mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan
zina, meminum arak, berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada
lagi adab sopan dan tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini
menyebabkan manusia tunduk dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk
mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus
terleka dengan keseronokan dunia.

Ekonomi.
Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah.
Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba’ telah menjadi nadi dalam
kehidupan seharian. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah
menolak ekonomi jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.
  RUMUSAN
Setelah dikaji,terdapat banyak persamaan dalam amalan masyarakat sekarang dengan
masyarakat arab jahiliah dahulu.Seolah-olah sejarah tersebut kembali berulang dan
menjadi duri dalam daging.Walaupun dalam bentuk budaya yang berbeza, yakni zaman
sekarang dan zaman jahiliah,tetapi lingkungan konsep jahiliah masih sama seperti
akidah,ibadah,social,akhlak dan ekonomi.Malahan,sebahagian amalan yang dilakukan
sekarang lebih teruk daripada zaman arab jahiliah dan sebahagiannya menjadi tanda-
tanda kiamat seperti fitnah yang dasyat,lelaki dan perempuan bertukar jantina dan lain-
lagi.
Hadis Nabi s.a.w,“ Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-  lamanya. Itulah Al-Quran danSunnahku.”
Merujuk kepada hadis nabi ini,punca utama kepada amalan jahiliah ini disebabkan kita
meninggalkan 2 perkara berat tersebut iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.Selain
itu,amalan jahiliah berterusan berlaku kerana masyarakat kita tidak melakukan amar
makruf nahi munkar seperti ayat Al-quran; ayat 111 Surah Al Imran,
yang terjemahannya sebagai berikut,‘Kamu adalah umat terbaik, yang dibangkitkan demi
kebaikan umat manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat
keburukan, dan beriman kepada Allah. Dan, sekiranya Ahli kitab beriman, niscaya akan
lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka
orang-orang fasik.’ (3:111).
Oleh itu,kita sebagai khalifah di muka bumi perlu berpaksikan ajaran yang benar iaitu
ajaran Allah s.w.t dan tidak menyimpang jauh daripada segala yang telah
disuruh.Sesungguhnya al-quran dan sunnah adalah panduan hidup yang  paling  benar
dan nyata.
then
Apabila kita sebut Zaman Jahiliah maka kita bayangkan zaman sebelum kedatangan atau
kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka  hidup tanpa petunjuk dan hidayah
daripada Allah s.w.t. Antara amalan mereka yang sering kita dengar ialah membunuh
anak perempuan , berjudi, berzina, minum arak, menyembah berhala, berperang,
meletakkan wanita sebagai barang yang boleh diperdagangkan  dan diwarisi dan lain-lain
lagi. Namun begitu hampir kesemua amalan yang telah dilakukan oleh orang pada zaman
jahiliah masih dilakukan oleh manusia yang hidup pada zaman moden ini, malahan
kadang-kadang perbuatan atau jenayah yang dilakukan oleh manusia pada zaman moden
ini lebih teruk dan dahsyat daripada zaman jahiliah dahulu. Oleh itu kita namakan zaman
sekarang dengan Zaman Jahiliah Moden. Iaitu moden di sudut kemajuan sains dan
teknologi ( pembangunan fizikal ) tetapi mundur, ketinggalan atau jahil di sudut rohani.
Manusia pada zaman sekarang mementingkan kesenangan dunia semata-mata
( materialistik ) yang menyebabkan otak mereka tidak dapat berfikir secara waras (otak
plastik). Ciri-Ciri Jahiliah Moden: * Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t. Tidak
berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia
lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang
mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas. * Hidup mengikut
hawa nafsu.Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan
akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan
segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata. * Adanya golongan
pemusnah Islam. Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka
memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas
bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata
untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang
bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan
yang batil. * Gejala keruntuhan akhlak berleluasa. Kadar jenayah dan maksiat pada
zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabaila
manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa  Allah s.w.t maka Allah akan
mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah
runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada
yang punya dan berkuasa di atas segalanya.

Anda mungkin juga menyukai