Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAHAP SATU

PERINGKAT DAERAH MARAN 2021

NAMA : NUR HUMAIRA DAYANA BINTI MOHD NORHASNIZAM

KAD PENGENALAN : 120203060326

SEKOLAH : SK BUKIT LADA, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM

TAJUK CERITA : AINA DAN KELAS PDPR

https://youtu.be/Dq6A4MtiKuU

1
AINA DAN KELAS PDPR

Aina termenung di tangga rumahnya sambil memerhatikan ayam-ayam peliharaannya

makan. Dipeluknya Jalak si ayam jantan yang menjadi kesayangannya. “Jalak, aku sedih.

Sekarang kawan-kawan aku sedang belajar tapi akuu…” kata Aina sayu. Aina sebenarnya

sangat sedih kerana tidak dapat bersama rakan-rakannya yang sedang menjalani PDPR

sedangkan dia terpaksa memendam rasa. Hemm kau ni Jalak, bukan kau fahampun apa yang

aku cakap, yang kau tahu makan, makan, makan.. rungut Aina sekadar untuk menghiburkan

hati sendiri.

Aina bukanlah murid yang pemalas. Malah dialah antara murid yang menjadi harapan

sekolah baik dalam bidang akademik mahupun sukan. Tahun 2019 menyaksikan kejayaan

Aina sebagai juara dalam pertandingan hafazan peringkat negeri Pahang. Banyak lagi

kejayaan lain yang telah dilakar oleh Aina. Namun pandemik Covid 19 seolah-olah telah

memusnahkan kegemilangan tersebut. Dugaan-demi dugaan muncul satu persatu.

Hari ini Aina terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai PDPR walaupun jiwanya meronta

gara-gara telefon ibunya kehabisan kredit. Aina terpaksa berkongsi telefon dengan ibunya

kerana tidak mampu membeli telefon baharu. Sedangkan kawan-kawannya mempunyai

telefon sendiri.

Ibu Aina seorang ibu tunggal. Ayahnya pula telah lama meninggal dunia disebabkan jatuh

pokok ketika mengambil upah memanjat kelapa. Dahulu ibunya bekerja sebagai pembantu

kedai. Pendapatannya cukuplah sekadar menyara mereka berdua. Apabila keadaan ekonomi

merudum disebabkan pandemik Covid 19, ibunya diberhentikan kerja. Ibu Aina tidak suka

menagih belas kasihan orang lain. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, ibunya membuka

gerai menjual pisang goreng di hadapan rumah. Pendapatannya tidak menentu,kadang

2
habis,kadang-kadang tidak. Ini disebabkan orang ramai tidak dapat keluar sesuka hati

kerana Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.

Dalam keadaan ini Aina rasa sungguh tertekan antara semangat ingin belajar dengan

kemampuan keluarganya. Pernah juga terlintas di di fikiran Aina untuk bertandang ke rumah

rakan baiknya Iffah yang terletak selang dua buah rumah sahaja dari rumahnya untuk sama-

sama belajar. Namun Aina akur kepada arahan kerajaan yang tidak membenarkan sebarang

aktiviti ziarah menziarahi sebagai usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19. Maka,

hasratnya untuk belajar terpaksa dipendamkan sahaja walaupun Aina merasakan impiannya

untuk berjaya semakin hari semakin pudar.

Kekerapan Aina tidak menghadiri kelas PDPR disedari oleh Cikgu Shidah. Cikgu Shidah

merupakan salah seorang cikgu Aina yang sangat prihatin. Ini sangat menghairankan beliau

kerana Aina bukanlah seorang murid yang bersikap culas. Cikgu Shidah berusaha ke rumah

Aina untuk menghantar kerja sekolah supaya dia tidak ketinggalan. Dari situlah Cikgu Shidah

mendapat tahu masalah yang dihadapi oleh Aina. “Anak ini mesti segera dibantu” bisik

Cikgu Shidah dalam hati.

Cikgu Shidah mendapat idea untuk membantu Aina. Melaui laman media sosial Cikgu Shidah

memaparkan gambar, latar belakang serta kesusahan keluarga Aina. “Pelajar ini sangat

bertanggungjawab, cemerlang dalam kurikulum malah aktif dalam kokurikulum.

Sanggupkah kita semua membiarkan kemiskinan merencatkan cita-citanya untuk berjaya

dalam hidup?” Begitulah antara ungkapan yang ditulis dalam laman sosial Cikgu Shidah.

Rupa-rupanya usaha Cikgu Shidah mendapat respon yang sungguh positif daripada

warganet yang berbilang kaum. Mereka bersetuju mengumpul sumbangan kepada Aina

3
supaya dapat membeli telefon dan kredit. Ini membuktikan sikap prihatin rakyat Malaysia

tanpa mengira bangsa.

Suatu petang Cikgu Shidah datang ke rumah Aina. Cikgu Shidah memanggil Aina di luar

pagar rumah sewanya. Kehadiran Cikgu dengan reaksi yang agak berlainan daripada biasa

menjadikan Aina cemas. Dia amat bimbang jika Cikgu Shidah mengambil tindakan ekoran

ketidakhadirannya ke kelas. Cikgu Shidah menghulurkan satu bungkusan kepada Aina.

Setelah dibuka bungkusan yang diberi oleh Cikgu Shidah, Aina melompat kegirangan. Kini

dia telah mempunyai telefon bimbit yang diidam-idamkan selama ini, tambahan pula

telefon tersebut merupakan jenis telefon yang canggih serta mempunyai kelajuan yang

tinggi. Di samping itu terdapat juga sampul yang berisi wang tunai dalam jumlah yang agak

banyak. Aina rasa sangat bersyukur. Dia bertekad tidak mahu ketinggalan lagi menyertai

kelas PDPR .

Aina berdoa agar pandemik ini segera berakhir supaya dia dan rakan-rakannya dapat belajar

seperti biasa .

Rakan-rakan.

Daripada cerita ini dapatlah kita beberapa pengajaran. Antaranya,kita tidak boleh putus asa

apabila menghadapi sesuatu masalah. Seterusnya kita perlu bersyukur dengan apa yang ada

pada kita. Selain itu,kita perlu sama-sama membantu orang yang dalam kesusahan. Akhir

sekali,patuhilah saranan kerajaan demi kebaikan kita bersama. Sekian,terima kasih.

4
5

Anda mungkin juga menyukai