Anda di halaman 1dari 19

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BAB 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

2.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi pendidikan sebagai sistem pengajaran dan reka bentuk


pengajaran bermula pada awal tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, yang menambah
dimensi baru kepada komunikasi media dan juga teknologi dalam pendidikan. Teknologi
ini berlandaskan kepada keyakinan bahawa manusia dan bukan manusia boleh
membentuk satu keperluan pengajaran yang berkesan. Berdasarkan kepada
pandangan tersebut, teknologi pendidikan bukan sahaja menjadi medium kepada
komunikasi pengajaran tetapi juga menjadi pendekatan yang lebih bersistematik untuk
mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan pengajaran.

2.2 Pengertian dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Rekabentuk merupakan proses menentukan keadaan untuk pembelajaran. Unsur ini


terdiri daripada analisis keperluan, sintesis, reka bentuk, blueprints dan penilaian
(Driscoll, M., 1998). Proses reka bentuk pengajaran berasaskan jejaring yang lengkap
terdiri daripada tiga fasa iaitu rekabentuk, pembangunan dan penyampaian (Driscoll,
M., 1998).
Dick & Reiser (1989) memberi pengertian reka bentuk merupakan “Suatu proses
sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran”.
Manakala Richey (1986) pula menyatakan reka bentuk pengajaran adalah “Sains untuk
mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit
pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran”. Secara khususnya,
reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji dan
bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. .

Suatu aktiviti penting yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan adalah
proses penyampaian atau pengajaran. Setiap proses penyampaian atau pengajaran
perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan

1
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

tercapai sekiranya ianya mempunyai perancangan yang lengkap dan sistematik di


mana hasil pembelajaran dapat diukur. Dengan yang demikian, reka bentuk
pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran
dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur.

Model-model reka bentuk pengajaran yang lain adalah seperti;

• Model ASSURE
• Model ADDIE
• 9S Gagne Events
• Dick & Carey
• Water Fall
• ARCS Model of Motivational Design (Keller)
• Kemp Design Model
• Organizational Elements Model

2.3 Peranan Dan Kepentingan

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6
perkara asas:
i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem
Gustafon (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
i. Model berorientasikan bilik darjah
ii. Model berorientasikan produk
iii. Model berorientasikan sistem
Kegunaan reka bentuk pengajaran
i. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Dick and Reiser (1989),
“Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan”.

2
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ii. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat


pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang
positif.

Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang
merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan
pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan
pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran
kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran. Dengan lain
perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.

Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak
jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara
asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:

i. menentukan keperluan murid


ii. menentukan matlamat dan objektif
iii. membina prosedur penilaian
iv. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. memcuba sistem pengajaran
vi. menilai keseluruhan sistem

Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan
Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:

i. model berorientasikan sekolah


ii. model berorientasikan produk
iii. model berorientasikan sistem

Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008).,

3
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran,


selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik
perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara tidak langsung,
ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta inovatif.

2.4 Model-model Reka Bentuk Pengajaran (ADDIE)

Model ASSURE
A – Analyze learner (analisis pelajar)
S – State objective (nyatakan objektif)
S – Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan
U – Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)
R – Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia dipelopori
oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya hasil akronim
huruf awal A.S.S.U.R.E.

Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran
dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan
teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, libatkan murid
dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.

A Analyse

S State

4
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

S Select

U Utilise

R Require

E Evaluate

2.2.1.1 Analyse learner (Analisis murid)

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui ciri-
ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio
ekonomi dan lain-lain lagi. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung dengan
murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang murid.
Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian dan
menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas murid.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, guru-guru wajib mengetahui keperluan setiap
orang murid seperti tahap penguasaan murid, pengetahuan lepas murid supaya mereka
dapat merancang reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan
murid yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya pembelajaran dan akhirnya tercapai
objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendek kata guru perlu mengetahui sejauh mana
pengetahuan lepas telah dikuasai oleh murid dan mengaitkan dengan pengajaran yang
akan disampaikan nanti. Guru boleh menjalankan ujian pra ke atas pengetahuan lepas
murid.

5
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Ada murid yang suka belajar
secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara
berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka
belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada
yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses,


mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya
bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang paling berkesan
seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model Dunn&Dunn (Wah Wan Ali
et al. 2008) , stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang murid
memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru melalui lima ransangan iaitu
persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Mengikut model Honey & Mumford
(Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran ialah penerangan sikap dan tingkahlaku
yang diamalkan oleh seseorang murid terhadap cara belajar masing-masing.

Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid membolehkan guru mengendalikan kelas


dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.1.2 State objectives (Nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran)

Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan


tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang jelas
dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses pengajaran

6
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

dan pembelajaran. Contohnya, „pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
menyenaraikan lima contoh haiwan bertulang belakang.‟

Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru
menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan
dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh
dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai.

Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas


murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka. Penggunaan
istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting. Antaranya perkataan
yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan, menyenaraikan, menyebut,
mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah.

Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media
pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid?

Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti
serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam
bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan
penggunaan angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid boleh „menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif‟.
Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

7
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang
utama iaitu:

 domain kognitif (keupayaan berfikir)


 domain efektif (sikap dan perasaan)
 domain psikomotor (kemahiran fizikal) dan domain interpersonal
2.2.1.3 Select technology, strategies, media and materials (Pilih teknologi, kaedah
media dan bahan yang sesuai)

Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:


 menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan
 memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
 memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih
 memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

2.2.1.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan


gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan
kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi
perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi
komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan
sebagainya.

2.2.1.3.2 Memilih kaedah

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses
pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.
Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan
pengajaran. Kaedah simulasi, lakonan boleh digunakan semasa set induksi. Kaedah

8
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

sumbangsaran boleh digunakan semasa guru mengemukakan satu-satu soalan dan


meminta murid menjawab. Setiap saranan jawapan akan diterima tanpa bantahan
daripada guru. Kaedah latihtubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan sesuatu
kemahiran baru yang telah disampaikan oleh guru. Pemilihan kaedah hendaklah
diasaskan kepada objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, ciri-ciri murid
dan gaya pembelajaran murid.

2.2.1.3.3 Memilih format media dan bahan sumber

Format media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Contoh


format media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi
seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej persembahan
multimedia dan lain-lain lagi.

Pemilihan format media hendaklah berdasarkan domain objektif, kumpulan murid,


pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks,artikel
dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
 menggunakan bahan sumber yang tersedia ada
 mengubah suai bahan sumber yang ada
 mereka bentuk bahan sumber yang baru

2.2.1.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang
dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mereka

9
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

bentuk semula media yang dipilih atau menghasilkan media baru.

Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira, iaitu:


 objektif
 kumpulan sasaran murid
 masa
 kos
 fasiliti
 kemahiran/kepakaran teknikal
 peralatan yang diperlukan

Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti
di bawah.

 Menepati kurikulum
 Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini
 Bahasa yang jelas dan mudah difahami
 Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid
 Menarik penglibatah murid
 Mempunyai kualiti
 Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan
 Bebas daripada bias
 Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan
2.2.1.4 Utilize technology, media and materials (Gunakan teknologi, bahan dan media
pengajaran dan pembelajaran tersebut)

Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum
penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

10
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

 semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.


 sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas
 sediakan persekitaran untuk membolehkan pengguanan yang optimum
 sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat daripada
bahan sumber
 sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid

2.2.1.5 Require learner participation (Libatkan murid dalam proses pembelajaran)

Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid


melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti
menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru
memgukur perubahan tingkah-laku murid.

2.2.1.6 Evaluate and revise (Nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran)

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru


membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang
sesuai melalui amalan refleksi.

Melalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan, pelaksanaan
pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid tercapai? Melalui

11
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermutu
pada masa akan datang.

Model ADDIE

Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini
ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang
dikumpul. Ia juga menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja
dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.

A Analysis

D Design

D Development

I Implementation

E Evaluation

2.4.1.1 Analysis Phase (Peringkat Analisis)

Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif
pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan
pengalaman lepas murid.

12
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.4.1.2 Design phase (Peringkat Reka Bentuk)

Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran,


penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang
akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan
pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran
yang telah disampaikan.

2.4.1.3 Peringkat Perkembangan

Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.

2.4.1.4 Peringkat Implementasi

Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada


pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi
pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai
dan bentuk ujian.

2.4.1.5 Peringkat Penilaian

Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian
sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian
untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid.

2.5 Reka Bentuk Mesej

13
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk
pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan
penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and Technology
(AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang
digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud
penyamapaian pengajaran-pembelajaran.

Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa
penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu:

 Mesej
 Bentuk mesej
 Saluran mesej

14
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mesej

Bentuk mesej

Saluran mesej

Rajah 4: Konsep Media Torkelson (1972)

i. Mesej

15
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh
dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.

ii. Bentuk mesej

Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk


gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.

iii. Saluran mesej

Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej .
Mesej boleh disampaikan dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya.
Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen, projektor „Overhead‟,
projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan yang


penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh
penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas murid
untuk mempercepatkan penyampaian mesej.

Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) , murid mempelajari sesuatu kemahian
baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu murid

16
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya murid akan
berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal sahaja,
maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media yang
sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada pengalaman
langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)

Simbol
verbal
Simbol
visual
Melihat gambar
pegun
Melihat gambar bergerak
Menonton televisyen
pendididkan
Pameran

Membuat kajian tindakan

Tunjuk cara

Melakonkan

Mereka pengalaman tiruan

Mendapatkan pengalaman langsung/sebenar

Rajah 3: Kon Pengalaman Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008)

RUMUSAN

17
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi
lebih teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat penting
kerana ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai kemahiran
dan adanya berlaku perubahan tingkah laku.

BIBLIOGRAFI

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational technology
for teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:
OUM.

18
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

19

Anda mungkin juga menyukai