Anda di halaman 1dari 6

Jalan Kebatinan atau Jalan Ketuhanan atau ???

Assalamu'alaikum,

Ada pembaca yang bertanya kepada hamba akan perbezaan antara jalan kebatinan dengan
jalan ketuhanan. Dalam masa yang sama, hamba memang dah tulis tajuk dalam blog
hamba ini tentang perkara itu, cuma belum siap penulisannya...Dari segi maksud dan makna
secara umum, jalan kebatinan dan ahli kebatinan adalah mereka yang belajar dan beramal
dengan ilmu-ilmu kebatinan. Apakah ilmu kebatinan? Umumnya ilmu kebatinan berkaitan
perkara yang batin, perkara yang tidak zahir, perkara di alam ghaib, perkara metafizik,
berkaitan ilmu persilatan, dan ada ilmu kebatinan yang tidak berkaitan dengan ilmu
persilatan seperti ilmu perubatan.

Di atas jalan persilatan, jarang silat yang tiada ilmu batin, ilmu kebatinan.  Seni Gayong
dengan Ibu Gayongnya, Silat Cekak dengan Ibu Cekaknya, ada Ibu Gerak, ada Ilmu Selisih,
dan lain-lain ilmu kebatinan seperti pelbagai jurus kebatinan yang ada dalam Gerak Kilat
(hamba pernah belajar dan mengamalkan Gerak Kilat waktu berusia 17-19 tahun), Kipas
Nandung, Raja Kipas Nandung, Cuca, Pendinding Diri, Penderas, Pelimun, Garis
Laksamana dan pelbagai amalan kebatinan. Pembaca boleh layari laman sesawang ilmu
persilatan dan boleh baca peringkat-peringkat ilmu kebatinan dalam setiap ilmu persilatan.

Pada peringkat awal ilmu persilatan, biasanya jarang anak murid didedahkan dengan ilmu
kebatinan. Apatah lagi kalau masih sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.
Peringkat umur sebegini tidak sesuai didedahkan dengan ilmu kebatinan, silap jadinya. Guru
Silat juga arif dalam menilai anak muridnya, yang mana sesuai menerima kebatinan dan
yang mana tidak sesuai menerima ilmu kebatinan.

Pada hakikatnya anak murid dah didedahkan dengan ilmu kebatinan secara tidak langsung
semasa belajar silat. Kalau Gayung Pusaka (hamba belajar juga waktu Tingkatan 2 dan 3),
ada mandi limau untuk jadi ahli. Mandi limau ni sebenarnya ada 'unsur kebatinan', cuma
guru beritahu atau tidak saja, cuma guru tahu atau tidak sahaja.  Kalau macam Gerak Kilat,
memang belajar jurus dan belajar jurus itu adalah ilmu kebatinan.  Dalam membuka
gelanggang untuk pertunjukan contohnya, guru yang mengiring ada bacaan2nya, bukan
main atas gelanggang kosong saja. 'Kalau tidak nahas'..

Kalau ilmu perubatan, kebatinan adalah perkara biasa.  Tok bomoh dengan jampi-
serapahnya, khadamnya, dan lain2. Masakan tidak, nak berentap dengan macam2 pasti
kena ada persediaan.  Kalau tok bomoh tak bersedia, tok bomoh yang 'kena cekik'...:-)...Ilmu
kebatinan juga dikaitkan dengan petigeni, bertapa, beramal di bukit, gunung dan tempat-
tempat tertentu seperti Gunung Jerai, Gunung Ledang, Bukit Panau dan sebagainya.
Mereka yang 'tamat' atau khatam akan memperolehi natijah beramal seperti beroleh ilmu
perubatan, beroleh ilmu kebal, beroleh batu tertentu seperti geliga sekian2, boleh terbang,
boleh menghilangkan diri dan sebagainya.  Hamba membezakan petigeni, dan bertapa
dengan berkhalwat dan suluk kerana tujuan/niat beramal adalah berbeza dan natihah
beramal adalah berbeza.  Berkhalwat adalah Sunnah Rasul, berkehendak mendekatkan diri
dengan Maha Pencipta, bertujuan mencari keredhaan Allah, bukan mencari 1001 barang
hikmah dan sakti.

Dalam ilmu persilatan, ilmu kebatinan biasanya diajar pada murid yang dah lama, yang
makin matang, yang meningkat maju dalam ilmu persilatannya. Ada yang nak kena
habiskan surah Al-Ikhlas di tempat-tempat menakutkan, ada yg kena mandi minyak, ada
yang khatamnya di Gunung Ledang, ada yg khatamnya di Gunung Jerai, ada yang
khatamnya di Pulau Besar, Melaka dan pelbagai lagi.  Murid persilatan diberikan amalan-
amalan berupa ayat Al-Quran, bacaan-bacaan tertentu yang perlu diamalkan. Ada juga
amalan yang bersangkut dengan perlu puasa pada hari sekian2, selama sekian, perlu
memutih, perlu makan bertih saja sepanjang berpuasa dan pelbagai lagi.  Dalam
sesetengah persilatan yang gurunya mengamalkan tariqat, ada zikir-zikir tertentu yang perlu
diamalkan ketika bersilat, berjurus dan sebagainya.

Dalam ilmu kebatinan yang dibawa oleh Tok Bomoh, Pawang, Dukun dan seumpamanya,
persoalan kebenaran atau kepalsuan atau dampingan mereka terletak utamanya pada hati
mereka sendiri, pada amal mereka sendiri, pada nafsu mereka sendiri. Jika Tok Bomoh @
Pawang @ Dukun itu sendiri tiada jalan ketuhanan, jika mereka sendiri bernafsu ammarah,
jika hati mereka sendiri tidak ingatkan Tuhan, jika hati mereka sendiri gelap, apakah anda
yakin mereka berada di atas jalan yang lurus?  Jika Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun itu
sendiri tidak mendirikan solat, tidak menjaga hukum-hakam Islam, mengambil mudah
perkara syariat, adakah anda masih yakin bahawa mereka benar disisi Allah? Bagi Tok
Bomoh @ Pawang @ Dukun sebegini, dampingan mereka adalah jin, syaitan dan Iblis
Laknatullah...Hati yang tidak menyebut nama-Nya yang agung tidak ditakuti oleh jin, syaitan
dan Iblis Laknatullah. Inilah antara yang menyebabkan berlaku beberapa 'kes
perkosaan/pencabulan' ke atas mangsa, si pesakit. Pendapatan mereka adalah
bersumberkan kerja mereka sebagai Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun.
Malangnya masyarakat hari ini mencari Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun yang 'dengar-
dengarnya Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun tu pandailah, hebatlah, ramai orang berubat
dengan dialah, dia ubat baiklah dan 1001 dengar-dengar'...Asalkan baik, asalkan sembuh
berubat sajalah, persendakan 'syirik' ke atas diri sendiri, biarkan syirik ke atas anak-pinak,
'sebarkan syirik' ke atas orang lain dengan merekomenkan Tok Bomoh @ Pawang @
Dukun tersebut.  Ini menunjukkan sifat taqwa, percaya kepada Qada dan Qadar
(sebahagian daripada Rukun Iman),  redha atas ketentuan Ilahi sudah jauh benar dari hati-
hati manusia hari ini. 

Satu lagi golongan  Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun kelihatannya mematuhi hukum-
hakam, mengubat dengan menggunakan  ayat-ayat al-Quran, berpuasa dan sebagainya.
Ada juga yang boleh 'bedah cara zahir', tetapi tidak berdarah, pakai telur dan sebagainya.
Perbezaan mereka ini dengan mereka yang di atas jalan ketuhanan adalah mereka
mengenakan caj, dan ada juga yang pakai caj tetap. Dan kekadangnya bayarannya
memang tinggi. Ramai orang mengunjungi mereka, mereka ada iklan di akhbar tabloid,
ramai orang datang mengunjungi mereka (kena ambil nombor !). Nasihat hamba adalah
jauhkan diri dari berubat dengan  Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun yang
mempunyai/mengenakan caj, ada caj tetap....Walaupun mereka tidak seperti golongan
mensyirikkan Allah Taala, niat mereka lain, mereka berubat untuk tujuan kebendaan, bukan
lillahi taala. ....Berhati-hatilah, sebaik2nya solat sunat Istikharah dahulu sebelum datang
berubat dengan golongan ini.

Ada golongan kebatinan yang mereka itu mampu menzahirkan kesaktian. Mereka mampu
berjalan menembusi dinding, hilang, 'ghaib', orang tak nampak, memegang benda panas
dengan selamba, menghilangkan orang dalam peti (macam silap mata tu), yg biasanya
ditunjuki di pasar-pasar malam, mampu terbang, tetak dengan pedang tajam tak lut, 'bersilat
apa saja jenis silat', dan 1001 kesaktian. Dalam zaman internet ini, mereka menawarkan
pelbagai ilmu dan kesaktian dengan pelbagai yuran dan caj. Implikasinya mudah, bayar
mahal, mudah dapat ilmu, mudah dapat kesaktian. Ilmu mereka 'diturunkan dengan mudah'
kepada mereka yang berminat. Ramai pulak orang yang berminat tu....:-(  Nasihat hamba,
tinggalkanlah orang-orang sebegini. Kalau dah 'ambil', bukan senang nak buang. Tidak ada
jalan mudah memperolehi ilmu kebatinan yang hak.  Ilmu yang benar disisi Allah, bukan
boleh dijual-beli dengan wang ringgit.

Berbalik kepada orang-orang di jalan persilatan dengan ilmu kebatinan mereka, yang tidak
disepadukan dengan jalan tariqat, dengan jalan ketuhanan, maka persoalan hamba adalah
apa niat mereka mengambil ilmu kebatinan itu? Apakah mereka mengamalkan amalan
kebatinan mereka kerana Allah Taala, lillahi taala?  Apakah mereka tidak menuntut faedah,
natijah, kesan daripada amalan kebatinan itu?  Contohnya jika mereka mengamalkan ilmu
kebal, adakah mereka mengamalkannya kerana Allah Taala atau kerana nak kebal? 
Apakah tauhid mereka, iktiqad mereka semasa mengamalkan ilmu kebal itu? Semasa
mereka mengamalkan ilmu pendinding, apa tujuan mereka memakai ilmu pendinding
tersebut? Adakah mereka berfaham bahawa ilmu pendinding itu boleh melindungi mereka
daripada sekian-sekian. Justeru itulah, ilmu kebatinan dalam jalan persilatan 'banyak
masalahnya' jika tidak dibimbing oleh guru yang arif, bukan saja tentang silat tetapi arif
tentang ilmu tauhid, tentang ilmu tasawuf. Berapa ramai ahli persilatan yang tidak sedar
mereka memakai dampingan daripada jin, syaitan dan dewa-dewi dalam amalan persilatan
mereka. Berapa ramai ahli persilatan yang tidak tahu mereka mensyirikkan Allah Taala
dengan amalan kebatinan mereka itu...

Tidak adakah Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun yang benar disisi Allah? Ada, malah Ustaz
Ahmad Janggut sendiri menyatakan adalah menjadi Fardhu Kifayah bagi pengamal
perubatan Islam untuk jadi Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun sebab banyak sangat yang
sesat (yang sesat lebih ramai dari yang benar)....Tak adakah jalan persilatan yang
mengamalkan kebatinan yang benar disisi Allah? Ada, kan Wali Songo itu hebat-hebat ilmu
persilatan dan kebatinan mereka. Cuma kita sebagai orang biasa, sebagai orang awam
jangan mudah terpengaruh dengan cadangan, pandangan orang ramai tentang bab
mengubat ni. Rugikah kita jika kita mendirikan Solat Sunat Istikharah sebelum pergi berubat
dan menjurumuskan diri ke arah lembah kesyirikan? Yang mana lebih penting, kesihatan
atau kesyirikan? Yang mana lebih baik, sihat dalam kesyirikan atau sakit dalam rahmat
Allah?

Ingatlah sakit juga ada kebaikannya. Selain harus diusahakan dengan berubat, harus juga
tahu bahawa sakit itu menghapuskan dosa. Hamba terbaca dalam Futuhul Ghaib, demam
sehari itu boleh menghapuskan dosa setahun (Sabda Nabi SAW)...

Hamba akhiri dahulu tajuk ini sebagai permulaan bicara yang konteks awalnya adalah
umum dan tidak hamba khususkan kepada mana-mana Tok Bomoh @ Pawang @ Dukun,
tidak hamba khususkan ke atas mana-mana jalan persilatan. Kalau dah terlajak jalan, boleh
berpatah balik, berpatah baliklah....Insya-Allah, akan ada sambungan tentang jalan
ketuhanan yang benar yakni mereka yang menjadi ahli ketuhanan dan juga ahli kebatinan...

wassalam.
Dicatat oleh Muhammad Qul Amirul Hakim 
Label: ilmu kebatinan, ilmu persilatan, Tasawuf
Sumber : http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/jalan-kebatinan-atau-jalan-ketuhanan.html

Manusia terhijab dengan apa yang dia tahu dan apa yang dia tidak
tahu...
Manusia terhijab dengan apa yang dia tahu dan apa yang dia tidak tahu..

...maksudnya, kekadang kita menafikan ilmu seseorg, kelebihan seseorg, anugerah yg Allah
kurniakan kpd seseorg kerana kita tidak tahu, tidak ada pengetahuan tentang perkara itu
sedangkan ilmu seluruh manusia ni hanya setitik dr lautan yg tidak bertepi itu...malangnya
kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu dan tidak mengaku pula yang kita tidak tahu akan
perkara yang kita tidak tahu itu...dan menafikan pula ilmu Allah yang maha luas itu dengan
tidak tahu kita itu

...maksudnya, kekadang kita menafikan ilmu seseorg, kelebihan seseorg, anugerah yg Allah
kurniakan kpd seseorg kerana kita tahu apa yg kita tahu saja, kita tidak tahu apa yg kita
tidak tahu, sedangkan yg kita tahu itu amat sedikit...malangnya yang kita tahu yang sedikit
itu yang kita rasa kita yang punya itu bukan kita yang punya, itu silap yang pertama...silap
yang kedua pula  ialah dengan silap yang pertama,  maksudnya dengan rasa kita berilmu,
kita menafikan ilmu Allah Taala yang lain

sedangkan Al-Fatihah itu sendiri Saidina Ali k.w.h mampu huraikan sehingga berkitab2
untuk ditanggung oleh berpuluh-puluh unta....

Maka, lebih baiklah jadikan diri kita kosong, Yg berilmu Dia... 

wassalam.
 
Dicatat oleh Muhammad Qul Amirul Hakim 
Sumber : http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/manusia-terhijab-dengan-apa-yang-dia.html

Anda mungkin juga menyukai