Anda di halaman 1dari 24

KEBERKESANAN TEKNIK TWIN2S TERHADAP EMPATI SEJARAH

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DI SEKOLAH DAERAH


TATAU, SARAWAK
Sub-tema: Kurikulum dan Pedagogi

Universiti Kebangsaan Malaysia


@gmail.com
NAMA SV
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail

ABSTRAK

Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan dan
pengetahuan terhadap mata pelajaran sejarah. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kuantitatif untuk menguji dan mengenal pasti keberkesanan Teknik Twin2s Terhadap Empati
Sejarah dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah daerah Tatau,Sarawak.Kajian ini
menggunakan pendekatan kajian berbentuk tinjauan dan soal selidik menggunakan teknik
Twin2s pengetahuan dan empati Sejarah kalangan murid sebagai alat kajian. Kajian ini
melibatkan 3 buah sekolah rendah 60 orang murid tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak
dan mengambil masa selama lapan minggu.Analisis data menggunakan SPSS 23.0 yang
menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian rintis bagi semua item yang dikaji
menggunakan analisis Cronbach Alpha menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap
kepercayaan yang tinggi aitu diantara 0.80 hingga 0.90.Teknik Twin2s ini terbukti berkesan
dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati Sejarah dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra, juga terdapat perbezaan
yang signifikan pengetahuan dan empati Sejarah dalam kumpulan rawatan bagi ujian pos
berdasarkan jantina.Namun tiada intergrasi bagi pengetahuan dan empati Sejarah dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos. Implikasi kajian mendapati
bahawa pendekatan Teknik Twin2s ini, bukan sahaja dapat merangsang minat, menarik
tumpuan malahan menjadi suatu medium baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan dan pengaplikasian teknik ini dapat membuka ruang yang lebih luas kepada guru
dan murid yang selama ini hanya terikat dengan penggunaan buku teks sebagai bahan bantu
mengajar.Teknik ini menggalakkan murid bergiat aktif melalui pemikiran yang lebih
berkembang dan tidak terhad. Oleh itu, teknik ini bukan sahaja boleh digunakan dalam mata
pelajaran Sejarah bahkan dapat digunakan untuk mata pelajaran yang lain ke arah
meningkatkan penguasaan kemahiran dan pencapaian murid.

Kata Kunci - Penguasaan TeknikTwin2s; meningkatkan penguasaan kemahiran terhadap


empati sejarah;kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan:

PENGENALAN

Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah
menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi
sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Era globalisasi
telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar (Arifin, 2003).
Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi cabaran alaf baru,
cabaran dunia siber dan semuanya boleh dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia
yang tidak menentu perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara.
Lantaran itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi
mencapai kecemerlangan pendidikan.

Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Pelan ini menyediakan kerangka
pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara
pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. Pelan ini menggariskan perubahan besar yang
kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkumi aspek pendekatan
pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penmediaan ganjaran kepada guru
dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Bagi menghasilkan anjakan pencapaian seperti yang dihasratkan oleh PPPM, kita
perlu bersandarkan kemajuan yang telah dizahirkan dalam keseluruhan sistem,
menyebarluaskan manfaat kemajuan tersebut secara menyeluruh, terutamanya kepada
kumpulan murid yang terpinggir dan membantu semua murid mencapai kejayaan.
Kementerian Pendidikan akan menggembeleng segala sumber untuk melakukan perubahan
dengan cara yang berbeza terhadap perkara yang paling penting iaitu kemenjadian murid.
Maka, dalam usaha untuk memantapkan kualiti keberhasilan kemenjadian murid, perkara
pertama yang dilihat adalah mengupayakan prestasi kerja guru dalam melaksanakan
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Manakala tanggungjawab pemimpin sekolah adalah memastikan kualiti guru dalam


menyampaikan disiplin ilmu agar dapat mempengaruhi perubahan kemenjadian murid.
Justeru peranan guru dalam bilik darjah sangat penting agar dapat memperbaiki tahap kualiti
PdPc guru dari semasa ke semasa (Mardhiah & Rabatul, 2016, Tay Yong et al,2016). Dalam
PPPM 2013 2025 Kementerian pelajaran Malaysia, telah melancarkan satu Program
Transformasi Sekolah (TS25) bertujuan meningkatkan kemenjadian murid berkualiti melalui
potensi PdPc guru. Justeru itu, amalan PdPc guru sangat signifikan dalam membentuk
kemenjadian murid dari aspek akademik. Kemenjadian aspek akademik diperoleh setelah
murid melalui proses PdPc guru dengan ditaksir oleh guru untuk menentukan tahap
pencapaian murid secara individu. Manakala keberhasilan murid , menurut Zurida (2013)
melalui penglibatan kokurikulum adalah merupakan aktiviti yang dirancang serta lanjutan
daripada proses PdPc dalam bilik darjah. Kajian Irwan (2015) pula mengkaji konsep
kemenjadian sahsiah murid yang merupakan kesinambungan daripada penglibatan murid di
dalam aktiviti kokurikulum iaitu meningkatkan disiplin diri dan mewujudkan budaya sihat di
sekolah.

Seiring dengan perkembangan dan perubahan dunia kini, pendidikan di Malaysia


tidak terkecuali menerima tempiasnya. Buktinya, bermula pada awal tahun 2001, PAK 21
atau Pembelajaran Abad ke-21 telah mula dipraktikkan dengan lebih serius. Bagi Trilling &
Fadel (2009), pembelajaran abad ke-21 bermaksud sebagai satu proses pembelajaran yang
melibatkan empat penerapan kebolehan iaitu pembelajaran sepanjang hayat, penyelesaian
masalah, pengurusan diri dan kerja sepasukan yang menggabungjalinkan elemen kolaboratif,
komunikasi, kreativiti dan penyelesaian masalah dalam pemebelajaran. Perubahan pedagogi
dalam pembelajaran abad ke-21 ini merupakan satu transformasi dari bentuk pengajaran dan
pembelajaran (pdp) kepada Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam bilik
darjah. PdPc adalah proses pelaksanaan pengajaran guru terhadap murid di sekolah. Lantaran
itu, guru perlu bersedia dalam mengikuti corak transformasi pedagogi dalam PdPc yang lebih
dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang lebih relevan. Selai itu, menurut
Shamilati (2018), kepelbagaian dalam gaya penyampaian guru memudahkan murid menerima
dan memahami isi pelajaran yang disampaikan dan seterusnya meningkatkan penguasaan
pembelajaran murid

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut;

1. Menentukan perbezaan pengetahuan dan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos.

2. Mengenalpasti perbezaan pengetahuan dan empati sejarah kalangan murid bagi kumpulan
rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.

Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen bagi mengenalpasti keberkesanan teknik Twin2S
dalam meningkatkan pengetahuan dan empati sejarah. Dalam teknik Twin2S ini, dua teknik
iaitu teknik pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dan komuniksasi dan kolaborasi juga
digunapakai bagi melihat keberkesanan terhadap empati sejarah dalam tema Kerajaan Melayu
Awal. Kajian melibatkan murid Tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak. Selain itu, kajian
ini juga mengenalpasti perbezaan konstruk-konstruk tersebut berdasarkan jantina serta
sumbangan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian dalam kumpulan rawatan bagi ujian
pos. . Justeru, kajian ini menjawab persoalan berikut.

1. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan dan empati sejarah dalam kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?

2. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan dan empati sejarah kalangan murid bagi
kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina?

DEFINISI OPERASIONAL
Kaedah Kuasi Eksperimen
Menurut Czajkowski (2018), kaedah kuasi eksperimen adalah satu kaedah kajian eksperimen
bagi menentukan pendekatan pengajaran atau modul yang digunakan secara perbandingan di
antara dua kumpulan bagi menguji keberkesanan. Kaedah ini bertujuan untuk
membandingkan antara dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Bagi
kajian ini, kumpulan rawatan menggunakan teknik Twin2s manakala kumpulan rawatan
menggunakan pembelajaran lazim.

Teknik Twin2s

Kaedah Sokratik diperkenalkan oleh Socrates iaitu ahli falsafah Yunani sekitar tahun 470 -
300 S.M yang terminal dengan cara pemikirannya melalui pertanyaan dan sentiasa
memberikan hujah pada setiap jawapannya. Socrates mengggunakan konsep-konsep moral
dalam menentukan sesuatu perkara dengan “baik” dan “adil”. Baik dan adil bermaksud,
dalam mempelajari sesuatu konsep, setiap hujah yang dilontarkan mestilah mempunyai
rasional yang baik dan adil dengan kesesuaian keadaan semasa sesuatu perkara itu berlaku
(Chesters, 2012).

Teknik Twin2s dapat mendorong pelajar berfikir bagi membina konstruk untuk
mempelajari sesuatu apabila guru mengutarakan pelbagai soalan. Apabila pelajar kerap
berfikir, secara tidak langsung keupayaan kemahiran berfikir aras tinggi akan berkembang
(Tikva, 2010).

Empati Sejarah

Empati telah menarik perhatian ahli psikologi, terutama mereka yang mengkaji
perkembangan perlakuan sosial. Misalnya Solomon, Watson dan Battistich (2001),
melaporkan program latihan empati yang dibentuk oleh beberapa pengkaji dalam tahun 1970-
an dan 1980-an yang mana para pengkaji tersebut melihat empati sebagai mekanisme
perantaraan paling penting bagi pemupukan perlakuan prososial dan penghalang agresi,
lantas pendekatan latihan empati yang mereka gunakan merangkumi kedua-dua aspek afektif
dan kognitif. Namun begitu, kajian Lee & Ashby (2001) telah menimbulkan banyak
kekeliruan tentang perkataan empati itu sendiri sama ada dari segi makna, konsep mahupun
penggunaanya. Perkara ini dibuktikan oleh kajian Knight (1989) yang mendapati guru masih
kurang pasti akan empati dan sering terkeliru antara empati dan simpati.
Dalam kajian ini, empati yang boleh diselusuri berkaitan dengan tema Kerajaan
Melayu Awal iaitu Mengagumi kegemilangan Kerajaan Melayu Awal, Mengagumi
kemahiran masyarakat Kerajaan Melayu Awal, Mencontohi kebijaksanaan hubungan
diplomatik, Kerajaan Melayu Awal dan Cinta akan negara (DSKP, 2018).

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Secara umum, melihat kajian-kajian atau literatur lalu berkaitan isu utama kajian ini iaitu
pengetahuan murid dalam pendidikan Sejarah dan empati Sejarah. Literatur turut
merangkumi konsep, teori dan model yang menjadi tunjang kepada kajian ini. . Kajian
berkaitan empati Sejarah juga turut diketengahkan dalam bab ini dengan lebih terperinci dan
mendalam.

Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik perlu membuat sorotan literatur tentang
Pendidikan Sejarah di Malaysia dan melihat dengan lebih terperinci dari aspek pengenalan
kepada ilmu sejarah dan kepentingan ilmu sejarah. Konsep, teori dan model berkaitan dengan
kajian serta emapti Sejarah juga akan diteliti dengan lebih mendalam. Penggunaan kata kunci
yang sesuai berkaitan kajian diperlukan dalam pencarian pelbagai sumber kajian seperti buku
rujukan, Google Scholar, e-Books, e-journal UKM dan Research Gate.

PENGENALAN PENDIDIKAN SEJARAH

Sejarah adalah pengalaman hidup manusia pada masa lalu dan akan dilalui sepanjang usia
manusia. Mempelajari sejarah, antara lain bertujuan agar pengalaman manusia, baik manusia
lain atau dirinya sendiri pada masa lampau, dapat menjadi pelajaran, peringatan, inspirasi,
sekaligus motivasi dalam menjalani kehidupan di masa kini dan mendatang (M. Dien Majid,
2014).
Pendidikan sejarah dalam sistem pendidikan formal di setiap negara adalah penting.
Malahan, pendidikan sejarah juga digunakan untuk memupuk sifat-sifat positif dalam
kalangan penduduk supaya kagum dan terinspirasi dengan sejarah negara sendiri. (Mohd
Samsudin dan Shahizan Saharuddin, 2012).

Pendidikan sejarah berperanan sebagai alat didaktik khususnya sebagai tunjang


pendidikan nasional (Sartono Kartodirdjo, 1992). Hal ini, membuktikan bahawa pengetahuan
sejarah khususnya dalam sejarah nasional akan membolehkan sesuatu bangsa terutamanya
golongan muda menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya. Dengan
kepekaan terhadap sejarah secara tidak langsung membolehkan seseorang individu itu
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara. Sifat Pendidikan Sejarah
sebagai alat memahami masa lalu serta fungsinya sebagai pedoman, pengajaran dan panduan
membolehkan sejarah diberikan tempat yang istimewa dalam sistem pendidikan sesebuah
negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) pada
tahun 1949 telah menetapkan mata pelajaran Sejarah diajar sejak pentadbiran British namun
tidak bersifat mata pelajaran induk selaras dengan dasar pendidikan British yang membiarkan
sistem persekolahan dikelolakan mengikut aliran berasaskan pecahan kaum sehingga
membawa kepada kelas yang berbeza dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Perubahan
berlaku pada 1918 susulan pengenalan kepada mata pelajaran Tawarikh di peringkat sekolah
dan maktab (Abd Rahim Abd Rashid 2003). Penubuhan Jabatan Sejarah Universiti Malaya
pada 1949 juga memberikan nafas baru kepada pendidikan Sejarah di Malaysia. Selepas
kemerderkaan hingga kini, Pendidikan Sejarah dirangka memberikan tumpuan kepada
pembinaan dan penyatuan bangsa Malaysia. Matlamat ini menekankan proses pembinaan
generasi baru Malaysia yang bersatu padu dan berpengetahuan khususnya melalui elemen
bahasa dan kekuatan budaya bangsa. Sekolah pula memainkan peranan sebagai institusi
penting bagi mencapai matlamat tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Pendidikan Sejarah

Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, telah wujud aliran yang berbeza dalam sistem
pendidikan di Malaysia iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah
vernakular India dan sekolah vernakular Inggeris. Fenomena yang berlaku dari tahun 1937
hingga 1959 ialah setiap sekolah berbeza aliran ini akan memfokuskan kepada penguasaan
sejarah bangsa dan tanah air masing-masing mengikut asal dan bangsa masing-masing seperti
sekolah Tamil mengkaji Sejarah India melalui bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi , Gujerah
dan Hindu (Khalim Zainal dan Norshidah Mohamad Salleh, 2010).

Ketidaksamaan dan perbezaan antara aliran sekolah dan kandungan pengajaran


sekolah-sekolah ini membawa kepada kewujudan jurang pendidikan yang ketara antara satu
sama lain. Kesan kepada situasi ini, terhakis sifat kebersamaan yang membawa kepada
anggapan setiap kaum berasal daripada tempat dan negeri asal mereka dan bukannya
warganegara Malaya. Hal ini menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan pengabaian
elemen perpaduan dan kebersamaan antara satu sama lain (Sivalapan Selvadurai, 2015).

Konsep dan Kerangka Empati Sejarah

Salah satu unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran ialah empati Sejarah. Ini
termaktub dalam dokumen kurikulum Sejarah yang digunakan di Malaysia. Pada tahun 1989,
konsepsi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia telah mengalami perubahan besar semasa
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ketika itulah empati mula mendapat
tempat dalam dokumen kurikulum negara ini dan kini, empati bukan suatu perkara yang asing
bahkan lebih jelas sebagai salah satu daripada unsur penting dalam pemikiran dan
pemahaman sejarah.
Pelbagai takrifan empati dari sudut pandangan para pengkaji. Menurut Knight (1989),
istilah ‘empati’ timbul daripada idealisme di Jerman pada lewat abad ke-19. Empati atau
dalam bahasa Jermannya “einfuhlung” bermaksud merasakan (feeling into) dan berasal
daripada perkataan Yunani iaitu “empatheia”. Gard dan Lee (1978) menganggap empati
sebagai suatu aktiviti kognitif manakala Boddington (1980), pula melihat empati sebagai
suatu konsep yang membawa makna tersendiri.
Boddington (1980) kemudiannya mendefinisikan empati sebagai kebolehan untuk
memahami perlakuan seseorang bagi mendapatkan maklumat tentang keadaan yang berlainan
dengan keadaan semasa. Namun, berbeza pendapat dengan Sutherland (1986), melihat empati
sebagai sebahagian daripada emosi.
Empati sejarah memainkan peranan dan kepentingan yang tertentu dalam pengajaran
dan pembelajaran Sejarah. Pertama, empati Sejarah dapat membantu mengelakkan
anakronisme (Tholfsen, 1967), prsentism (Gardner, 2000 ; Voss, 1998 ; Wineburg, 2001) dan
syndrom ‘Flinstone’ (Knight, 1989) yang merupakan falasi pensejarahan. Ketiga-tiga gejala
ini merujuk kepada perbuatan mentafsir dan mempertimbangkan sesuatu tindakan atau
kejadian masa lampau mengikut konteks nilai dan piawaian masa kini.
Kedua, empati Sejarah ialah suatu alat untuk memahami sejarah. Menurut Yeager dan
Davis (1996), “good history offers a window on human character” kerana sejarawan
memerlukan empati semasa mengemukakan sonlan dan membuat analisis terhadap sesuatu
peristiwa, tindakan dan pemikiran seseorang tokoh Sejarah. Hal ini bertujuan membantu
mereka membina makna dan pengertian Sejarah.
Kepentingan empati yang seterusnya ialah empati Sejarah merupakan sumber
penyelesaian kepada beberapa masalah manusia dan kemanusiaan (Lee, 1995). Murid perlu
mempunyai pengetuan luas dan pemahaman yang mendalam tentang kehidupan serta
pemikiran seseorang tokoh atau masyarakat lain yang berbeza dengan zaman kini (Ashby &
Lee, 1987).
Kajian ini juga ingin melihat beberapa ciri empati Sejarah. Satu kaedah yang
digunakan oleh Foster (2001), untuk mengenalpasti empati dan ciri-cirinya dengan lebih
mendalam serta mengelakkan sebarang kekeliruan akan unsur tersebut ialah dengan
menyenaraikan beberapa ciri atau sifat yang berlawanan dengan empati sejarah. Ciri-cirinya
adalah seperti berikut,

I. Empati tidak seharusnya dilihat sebagai satu proses murid “get behind the eyeball of
people in the past” yang berasal dari tempat dan masa yang berbeza dengan mereka.

II. Tidak wujud keupayaan “embrace the persona of the other” yang berasal dari tempat dan
masa yang berbeza dengan mereka dalam kalangan sejarawan atau murid.

III. Murid tidak seharusnya terkeliru antara empati dan imaginasi kerana ini akan mendorong
kepada pemahaman yang silap dan tidak bertanggungjawab tentang masa silam. Menurut
Foster (1999), empati Sejarah tidak bergantung kepada kecenderungan imaginasi sahaja
kerana taakulan dan ramalan memainkan peranan yang penting dalam membantu
sejarawan menerangkan jurang yang terdapat dalam rekod sejarah. Maka, imaginasi
dalam empati memerlukan fakta atau maklumat dan pengetahuan.

IV. Tiada hubungan langsung dengan simpati dan bersimpati bukanlah tujuan utama
pendidikan Sejarah walaupun bersimpati dengan seseorang tokoh Sejarah sangat dituntut
dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah (Booth, 1987)
METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif untuk menguji dan mengenal pasti
keberkesanan teknik Twin2s Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan murid tahun 4
di Sekolah Daerah Tatau, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk
tinjauan dan soal selidik menggunakan teknik Twin2s pengetahuan dan empati Sejarah
kalangan murid sebagai alat kajian. Kajian kuantitatif adalah satu kajian secara umumnya
menggunakan analisis statistik dan lebih bersifat kepada objektif dan berorientasikan kepada
hasil.mengukur pemboleh ubah, dan dapat menguji hipotesis kajian dengan tepat (Creswell
2005; Neuman 2003). Menurut (Borrego dan Amelink 2009) menyatakan bahawa pendekatan
kuantitatif mudah untuk menghuraikan dapatan melalui proses yang objektif. Sehubungan itu,
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat memperolehi data kajian merupakan
cara terbaik kerana responden kajian bebas memilih untuk menyatakan pendapat berdasarkan
soalan yang diberi. Melalui pendekatan ini juga, pengkaji mudah mendapatkan dan
memperolehi data daripada sampel yang besar dan seterusnya menggambarkan keadaan
sebenar ke atas populasi.

RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini melibatkan 3 buah sekolah rendah 60 orang murid tahun 4 di sekolah daerah Tatau,
Sarawak.Justifikasi pemilihan daerah/zon tersebut sebagai lokasi kajian adalah kerana
mengenalpasti keberkesanan teknik Twin2s dalam meningkatkan pengetahuan dan empati
sejarah. Kajian ini juga menggunakan teknik Twin2S ini, dua teknik iaitu teknik pemikiran
kritis dan penyelesaian masalah dan komuniksasi dan kolaborasi juga digunapakai bagi
melihat keberkesanan terhadap empati sejarah dalam tema Kerajaan Melayu Awal,
berbanding dengan sekolah rendah di daerah lain. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini terdiri daripada dua bahagian, Dalam Kajian ini, borang soal selidik mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A (demografi), Bahagian B (Pengetahuan Dan Empati Murid)
Pelaksanaan Pembelajaran Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” bagi kumpulan kawalan.
Bahagian B

Jadual 1 Maklumat Soal Selidik


Bahagian Komponen Item Nombor Item Jumlah Item
A Demografi Responden
· Nama No. 1-2 2
· Jantina

Bahagian A mengandungi item-item soal selidik mengenai demografi responden. Bahagian A


adalah berkaitan dengan nama dan jantina responden kajian. Jadual 1 merupakan item
demografi responden.

Bahagian B

Jenis data yang dikumpul dalam bahagian ini adalah berbentuk pengetahuan dan empati
murid selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s”.Dalam
bahagian B, terdapat 10 item atau penyataan bagi mengkaji tahap pengetahuan dan empati
murid selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan Teknik Twin2s.Taburan item
soal selidik mengikut dimensi adalah seperti adalah seperti Jadual 2 di bawah.
Komponen Item
1. Sejak Zaman Kesultanan Melayu Awal lagi institusi raja telah wujud
sehingga kini
2. Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
3. Konsep daulat bermaksud kekuasaan raja terhadap kerajaan dan kawasan
pemerintahannya.
4. Derhaka bermaksud rakyat yang ingkar terhadap perintah raja.
5. Terdapat sembilan buah negeri yang mengamalkan institusi raja iaitu
Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan
Negeri Sembilan.
6. Terdapat juga negara-negara Asia yang mengekalkan institusi raja.
7. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan bertindak sebagai ketua kerajaan.
8. Semua keputusan terletak pada kuasa Sultan.
9. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu taat kepada Sultan dan negara.
10. Kita harus menunjukkan penghargaan terhadap institusi raja seperti
meraikan Hari Keputeraan Sultan.

Jadual 2 : Soal Selidik Pengetahuan dan Empati Murid Selepas Pelaksanaan


Pembelajaran Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s”

Bahagian A adalah berkaitan dengan nama dan jantina responden kajian. Bagi aspek
pengukuran dalam bahagian B, ini menggunakan skala likert yang diwakili oleh skala sangat
tidak setuju (1), tidak setuju (2), kurang setuju (3), setuju (4) dan sangat setuju (5). Item yang
ditanya adalah seperti berikut:

Jadual 3 Skala Pengukuran Kajian

Skala Pengukuran
Skala Likert Tahap Singkatan
Sangat Tidak Setuju 1 STS
Tidak Setuju 2 TS
Kurang Setuju 3 KS
Setuju 4 S
Sangat Setuju 5 SS

Kaedah Pengumpulan Data


Sebelum menjalankan kajian di sekolah yang dikenal pasti, pengkaji telah mendapatkan
kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) di Kementerian Pendidikan Malaysia, diikuti
dengan kebenaran daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak dan seterusnya Pejabat Pendidikan Daerah Tatau (PPDT) Sarawak bagi
memperolehi senarai nama murid disetiap sekolah rendah di daerah tersebut. Langkah
seterusnya, pengkaji telah menghubungi pihak pejabat sekolah di 3 buah sekolah rendah di
daerah Tatau tersebut bertujuan untuk memaklumkan mengenai kajian yang bakal dijalankan
di sekolah. Borang soal selidik disebarkan melalui pos dan disertai dengan surat kebenaran
daripada pihak BPPDP dan JPN sebagai rujukan. Guru besar juga dimaklumkan bahawa
senarai nama murid sebagai responden kajian ini telah dilampirkan bersama.

Responden telah diberikan masa yang secukupnya iaitu dalam tempoh tujuh hingga
sepuluh hari sebelum borang soal selidik kajian dikumpulkan dan dihantar kepada pihak
PPDT bagi memudahkan pengkaji mengutip semula borang soal selidik tersebut. Bagi
memastikan peratusan jawapan adalah mencukupi satu plan peringatan perlu disusun (Ary et
al. 2002).

Selepas tiga hari borang soal selidik pos dan diedarkan kepada sekolah yang terlibat,
pengkaji menghubungi semula setiap sekolah bagi memastikan borang soal selidik yang di
pos tersebut telah diterima oleh pihak sekolah dan mengedarkan kepada responden kajian.
Jika pengkaji telah menerima borang soal selidik yang telah dijawab lebih daripada 50
peratus, maka pengumpulan borang soal selidik telah berjaya dan selebihnya boleh diabaikan.
Borang soal selidik yang dikembalikan oleh responden telah disemak terlebih dahulu bagi
memastikan responden menjawab dengan mengikut arahan yang betul dan memberi semua
maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Borang soal selidik yang tidak lengkap atau tidak
mengikut arahan yang dikehendaki adalah dianggap rosak. Borang selidik yang baik dan
mematuhi arahan diproses dan dianalisis bagi mendapatkan data kajian dan menjawab
persoalan kajian.

Prosedur Penganalisaan Data


Maklumat atau data mentah yang diperolehi daripada responden dikumpul dan disemak
sebelum dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 23.0. SPSS telah dibina khusus untuk menampung penganalisaan data yang
banyak dan berulang kali dengan cepat dan cekap. Tambahan lagi, SPSS juga dibina dengan
mengambil kira paras ukuran yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan seperti
ukuran nominal, ordinal dan nisbah (Mohd Najid, 2003 & Pallant, 2006).

DAPATAN ANALISIS

Demografi responden

Jadual 4 menunjukkan taburan demografi responden. Responden adalah terdiri daripada 60


orang murid tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak. Jadual 4.1 menunjukkan taburan
demografi responden bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Taburan responden mengikut
kumpulan kawalan menunjukkan seramai 12 orang (40.0%) adalah murid lelaki, manakala
seramai 18 orang (60.0%) lagi adalah murid perempuan. Bagi taburan responden mengikut
kumpulan rawatan pula menunjukkan seramai 12 orang (40.0%) adalah murid lelaki,
manakala seramai 18 orang (60.0%) lagi adalah murid perempuan. Keseluruhan murid dalam
kajian ini adalah seramai 24 orang (40.0%) daripada murid lelaki, manakala seramai 36 orang
(60.0%) lagi daripada murid perempuan.

Jadual 4 Taburan demografi responden

Bilangan Peratus
Kumpulan kawalan (n=30)
Lelaki 12 40.0
Perempuan 18 60.0
Kumpulan rawatan (n=30)
Lelaki 12 40.0
Perempuan 18 60.0
Pengetahuan dan Empati Murid Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran
Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Kawalan

Jadual 5 menunjukkan skor min dan sisihan piawai pengetahuan dan empati sebelum dan
selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” bagi kumpulan
kawalan. Bagi hasil kajian ujian sebelum pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan
“Teknik Twin2s”, dapatan mendapati julat min item adalah berada di antara 1.70 hingga 2.63.
Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid sebelum pelaksanaan
pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” dalam kalangan murid kumpulan
kawalan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min sebanyak 2.35
dan sisihan piawai 0.434. Manakala hasil kajian ujian selepas pelaksanaan pembelajaran
Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s”, dapatan mendapati julat min item adalah berada di
antara 3.73 hingga 4.43. Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid
selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” dalam kalangan
murid kumpulan kawalan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min
sebanyak 4.13 dan sisihan piawai 0.369. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat peningkatan
min setiap item antara ujian sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan “Teknik Twin2s” bagi kumpulan kawalan.

Jadual 5 Pengetahuan Dan Empati Murid Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran
Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Kawalan

Ujian Sebelum Ujian Selepas


No Item (Pra) (Pos)
Min SP Min SP
1. Sejak Zaman Kesultanan Melayu Awal lagi institusi
1.70 .837 4.17 .791
raja telah wujud sehingga kini.
2. Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam sistem
2.60 .621 4.33 .711
pemerintahan.
3. Konsep daulat bermaksud kekuasaan raja terhadap
2.63 .615 3.97 .490
kerajaan dan kawasan pemerintahannya.
4. Derhaka bermaksud rakyat yang ingkar terhadap
2.37 .669 4.27 .740
perintah raja.
5. Terdapat sembilan buah negeri yang mengamalkan
institusi raja iaitu Kedah, Perak, Selangor, Johor,
2.50 .820 3.73 .450
Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Negeri
Sembilan.
6. Terdapat juga negara-negara Asia yang mengekalkan
2.40 .621 4.13 .434
institusi raja.
7. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan bertindak
2.43 .728 4.43 .728
sebagai ketua kerajaan.
8. Semua keputusan terletak pada kuasa Sultan. 2.33 .802 3.90 .305
9. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu taat kepada Sultan
2.20 .761 4.37 .669
dan negara.
10. Kita harus menunjukkan penghargaan terhadap
2.33 .711 3.97 .414
institusi raja seperti meraikan Hari Keputeraan Sultan.
Keseluruhan 2.35 .434 4.13 .369

Pengetahuan Dan Empati Murid Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran


Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Rawatan

Jadual 6 menunjukkan skor min dan sisihan piawai pengetahuan dan empati murid sebelum
dan selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” bagi kumpulan
rawatan. Bagi hasil kajian ujian sebelum pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan
“Teknik Twin2s”, dapatan mendapati julat min item adalah berada di antara 2.27 hingga 2.57.
Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid sebelum pelaksanaan
pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” dalam kalangan murid kumpulan
rawatan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min sebanyak 2.40
dan sisihan piawai 0.467. Manakala hasil kajian ujian selepas pelaksanaan pembelajaran
Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s”, dapatan mendapati julat min item adalah berada di
antara 3.63 hingga 4.87. Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid
selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan “Teknik Twin2s” dalam kalangan
murid kumpulan rawatan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min
sebanyak 4.33 dan sisihan piawai 0.252. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat peningkatan
min setiap item antara ujian sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan “Teknik Twin2s” bagi kumpulan rawatan.

Jadual 6 Pengetahuan Dan Empati Murid Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran
Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Rawatan
Ujian Sebelum Ujian Selepas
No Item (Pra) (Pos)
Min SP Min SP
1. Sejak Zaman Kesultanan Melayu Awal lagi
2.57 .568 4.10 .403
institusi raja telah wujud sehingga kini.
2. Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam
2.53 .629 4.87 .434
sistem pemerintahan.
3. Konsep daulat bermaksud kekuasaan raja
terhadap kerajaan dan kawasan 2.40 .675 4.03 .556
pemerintahannya.
4. Derhaka bermaksud rakyat yang ingkar 2.30 .651 4.73 .521
terhadap perintah raja.
5. Terdapat sembilan buah negeri yang
mengamalkan institusi raja iaitu Kedah, Perak,
2.53 .776 3.63 .556
Selangor, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan.
6. Terdapat juga negara-negara Asia yang
2.27 .640 4.43 .504
mengekalkan institusi raja.
7. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan bertindak
2.43 .679 4.50 .572
sebagai ketua kerajaan.
8. Semua keputusan terletak pada kuasa Sultan. 2.27 .740 4.03 .414
9. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu taat kepada
2.30 .651 4.83 .461
Sultan dan negara.
10. Kita harus menunjukkan penghargaan terhadap
institusi raja seperti meraikan Hari Keputeraan 2.43 .728 4.17 .592
Sultan.
Keseluruhan 2.40 .467 4.33 .252

Perbandingan Pengetahuan Dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan Dan


Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pra Dan Pos.

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian pertama iaitu menentukan
perbezaan pengetahuan dan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
berdasarkan ujian pra dan pos. Hasil ujian-t perbandingan antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos dipaparkan dalam Jadual 7 ,jadual 8 dan
jadual 9 di bawah.

Perbandingan Pengetahuan Dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan dan


Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pra

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati Sejarah dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra

Hasil dapatan data ujian statistik seperti yang dipaparkan dalam Jadual 7 menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan skor pengetahuan dan empati Sejarah [t = -0.458, p =
0.648], p > 0.05 antara murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian
pra. Dengan itu Ho1 adalah diterima. Dapatan ini menunjukkan tidak ada perbezaan di
dalam pengetahuan dan empati Sejarah berdasarkan ujian pra dalam kalangan murid
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Jadual 7 Perbandingan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan Dan
Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pra

Ujian Pra Kumpulan N Min SP Nilai t Sig. P


Pengetahuan dan Kawalan 30 2.35 .434 -.458 .648
empati Rawatan 30 2.40 .467

Perbandingan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan dan


Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pos

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati Sejarah dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos

Hasil dapatan data ujian statistik seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8 menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan skor pengetahuan dan empati Sejarah [t = -2.530, p =
0.015], p < 0.05 antara murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian
pos. Dengan itu Ho2 adalah ditolak. Dapatan ini menunjukkan skor pengetahuan dan empati
Sejarah berdasarkan ujian pos dalam kalangan murid kumpulan rawatan (min = 4.33, SP =
0.252) adalah lebih tinggi berbanding murid kumpulan kawalan (min = 4.13, SP = 0.369).

Jadual 8 Perbandingan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan Dan
Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pos

Ujian os Kumpulan N Min SP Nilai t Sig. P

Pengetahuan dan Kawalan 30 4.13 .369 -2.530 .015


empati Rawatan 30 4.33 .252

Analisis Perbezaan Pengetahuan Dan Empati Sejarah Dalam Ujian Pos Kumpulan
Rawatan Berdasarkan Jantina

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenalpasti
perbezaan pengetahuan dan empati Sejarah kalangan murid bagi kumpulan rawatan bagi
ujian pos berdasarkan jantina. Ia menilai hipotesis seperti berikut:
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati Sejarah dalam
kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.

Hasil dapatan data ujian statistik seperti yang dipaparkan dalam Jadual 9 menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan skor pengetahuan dan empati Sejarah [t = -1.190, p =
0.244], p > 0.05 dalam kalangan murid kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.
Dengan itu Ho3 adalah diterima. Dapatan ini menunjukkan tidak ada perbezaan di dalam
pengetahuan dan empati Sejarah berdasarkan ujian pos antara murid lelaki dan perempuan
dalam kalangan murid kumpulan rawatan.

Jadual 9 Ujian-t Perbezaan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Ujian Pos Kumpulan
Rawatan Berdasarkan Jantina

Kumpulan rawatan Jantina N Min SP Nilai t Sig. P

Pengetahuan dan Lelaki 12 4.27 .311 -1.190 .244


empati Perempuan 18 4.38 .202

Sebanyak 3 hipotesis telah diuji dalam kajian ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
sebanyak satu hipotesis tersebut telah ditolak, manakala dua hipotesis lagi telah diterima
dalam kajian ini.

Jadual 10 Rumusan Hipotesis


Hipotesis Keputusan
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan
empati Sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan Diterima
berdasarkan ujian pra
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati
Sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan Ditolak
berdasarkan ujian pos
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan empati
Sejarah dalam kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan Diterima
jantina.

PERBINCANGAN
Pengetahuan dan Empati Murid Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran
Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Kawalan

Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid sebelum pelaksanaan


pembelajaran Sejarah berbantukan teknik Twin2s dalam kalangan murid kumpulan kawalan
tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min sebanyak 2.35 dan sisihan
piawai 0.434. Manakala hasil kajian ujian selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan teknik Twin2s, dapatan mendapati julat min item adalah berada di antara 3.73
hingga 4.43. Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid selepas
pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan teknik Twin2s dalam kalangan murid
kumpulan kawalan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min
sebanyak 4.13 dan sisihan piawai 0.369. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat peningkatan
min setiap item antara ujian sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan teknik Twin2s bagi kumpulan kawalan.

Pengetahuan Dan Empati Murid Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Pembelajaran


Sejarah Berbantukan “Teknik Twin2s” Bagi Kumpulan Rawatan

Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid sebelum pelaksanaan


pembelajaran Sejarah berbantukan teknik Twin2s dalam kalangan murid kumpulan rawatan
tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min sebanyak 2.40 dan sisihan
piawai 0.467. Manakala hasil kajian ujian selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan teknik Twin2s, dapatan mendapati julat min item adalah berada di antara 3.63
hingga 4.87. Secara keseluruhannya menunjukkan pengetahuan dan empati murid selepas
pelaksanaan pembelajaran Sejarah berbantukan teknik Twin2s dalam kalangan murid
kumpulan rawatan tahun 4 di sekolah daerah Tatau, Sarawak adalah mencatatkan min
sebanyak 4.33 dan sisihan piawai 0.252. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat peningkatan
min setiap item antara ujian sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Sejarah
berbantukan teknik Twin2s bagi kumpulan rawatan.

Perbandingan Pengetahuan Dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan Dan


Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pra Dan Pos
Hasil dapatan data ujian statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor
pengetahuan dan empati Sejarah antara murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
berdasarkan ujian pra. Dengan itu Ho1 adalah diterima. Dapatan ini menunjukkan tidak ada
perbezaan di dalam pengetahuan dan empati Sejarah berdasarkan ujian pra dalam kalangan
murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Perbandingan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Kumpulan Kawalan Dan


Kumpulan Rawatan Berdasarkan Ujian Pos

Hasil dapatan data ujian statistik terdapat perbezaan yang signifikan skor pengetahuan dan
empati Sejarah antara murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian
pos. Dengan itu Ho2 adalah ditolak. Dapatan ini menunjukkan skor pengetahuan dan empati
Sejarah berdasarkan ujian pos dalam kalangan murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi
berbanding murid kumpulan kawalan.

Analisis Perbezaan Pengetahuan dan Empati Sejarah Dalam Ujian Pos Kumpulan
Rawatan Berdasarkan Jantina

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenalpasti
perbezaan pengetahuan dan empati Sejarah kalangan murid bagi kumpulan rawatan bagi
ujian pos berdasarkan jantina. Hasil dapatan data ujian statistik menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan skor pengetahuan dan empati Sejarah dalam kalangan murid
kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina. Dengan itu Ho3 adalah diterima.
Dapatan ini menunjukkan tidak ada perbezaan di dalam pengetahuan dan empati Sejarah
berdasarkan ujian pos antara murid lelaki dan perempuan dalam kalangan murid kumpulan
rawatan.

KESIMPULAN

Sejarah sebelum ini telah dimomokkan sebagai mata pelajaran yang membosankan, kurang
menarik juga dinyatakan sebagai ‘dead-subject’ dan dianggap sebagai mata pelajaran yang
tidak menjamin masa hadapan. Oleh yang demikian, semua pihak terutamanya pihak
kementerian haruslah memikirkan pendekatan dan cara terbaik dalam usaha menempias
segala momokan tentang mata pelajaran Sejarah.
Amalan pedagogi guru dan tenaga pengajar haruslah seiring dan sejajar dengan
kepesatan dan perkembangan dunia pendidikan secara global. Perubahan teknologi kini yang
lebih maju memerlukan guru untuk bertindak selangkah ke hadapan dalam memanfaatkan
pelbagai sumber dan memilih alternatif yang lebih mudah untuk memproses maklumat.
Maka, komunikasi dan interaksi yang berkesan melalui kemahiran berfikir aras tinggi atau
penemuan inkuri murid sendiri dapat membangunkan domain kognitif dan memahami
sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Menurut Allina (2018), panduan, bimbingan dan
komunikasi yang berkesan membantu murid menguasai suatu kemahiran dan pengetahuan
serta dapat menggunakannya semula dalam situasi yang sama atau situasi yang lain.
Penerokaan pembelajaran abad ke-21 bermula 1 Januari 2000 telah membawa kepada
perubahan dan juga jurang yang besar dalam pendidikan. Jika sistem pendidikan negara
masih di takuk lama, dengan pendekatan yang bersifat tradisional, nescaya semakin mundur
dan musnahlah sistem pendidikan negara. Tuntasnya, lahirlah generasi muda dan pelapis
negara yang gagal dan tidak kompetetif kerana kemahiran asas dan pengetahuan tidak dapat
dikuasai. Justeru, teknik Twin2s ini seharusnya diguna pakai oleh guru-guru Sejarah
khususnya dan diharapkan dapat meningkatkan minat, penguasaan kepelbagaian pengajaran
Sejarah seterusnya dapat menghayati Sejarah ke arah pembentukan sebuah negara bangsa
yang teguh jati diri, cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002. Pengajaran dan pembelajaran sains sosial: Teori dan
amali. Editi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdul Razaq Ahmad, Ahamad Rahim & Ahmad Ali Seman. 2013. Active learning through
history subject towards racial unity in Malaysia. The Social Sciences 8(1): 19-24

Ashby, R. dan Lee, P. (1987). Children's conception of empathy and understanding in history.
Dalam C. Portal (ed.). The history curriculum for teachers. London: The Falmer Press,
62–88.

Bruce, F. (1997). Historical thinking ability among talented math and science students: An
exploratory study. Kertas kerja yang dibentangkan di The Annual Meeting of the
American Research Association, Chicago, 28 Mac 1997.

Counsell, C. (1999). Teaching history. History Today, 49(11), 18–21.

Crocco, M.S. & Marino, M.P. 2017. Promoting inquiry-oriented teacher preparation in social
studies through the use of local history. The Journal of Social Studies Research 41(1) :
1-10

Foster, S. J. (1999). Using historical empathy to excite students about the study of history.
Can you empathize with Neville Chamberlain? Social Studies, 90(1), 18–24.

Foster, S. J. (2001). Historical empathy in theory and practice: Some final thoughts. Dalam
O. L. Davis Jr., E. A. Yeager dan S.T. Foster (ed.). Historical empathy and perspective
taking in the Social Studies. Oxford: Rowman & Littlefield, 167–182.72.
Gardner, H. (2000). The disciplined mind: Beyond facts and standardized test, the k-12
education that every child deserves. London: Penguin Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2018. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Darjah 4, Putrajaya : Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Knight, P . (1989). Empathy: Concept, confusion, and consequences in national curriculum.


Oxford Review of Education, 15, 41–53.

Lee, P. (1995). History and the national curriculum in England. Dalam A. Dickinson, P.
Gardon, P. Lee dan J. Slater (ed.). International year book of history education.
London: The Woburn Press, 73–123.

Lee, P. dan Ashby, R. (2001). Empathy, perspective taking, and rational understanding.
Dalam O. L. Davis Jr., E. A. Yeager dan S. T. Foster (ed.). Historical empathy and
perspective taking in the social studies. Oxford: Rowman & Littlefield, 21–50.

Shakila Che Dahalan. 2015. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
kemahiran pemikiran sejarah oleh guru pelatih. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia.

Shakila Che Dahalan. 2020. Keberkesanan modul KPSA-21 terhadap pengetahuan dan
amalan kemahiran berfikir aras tinggi serta empati Sejarah. Tesis Ijazah Doktor
Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Hawa Abdullah. 2007. Empati sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22 : 61 – 74

S.J. Foster. 2001. The role of empathy. Dalam O. L. Davis Jr., E. A. Yeager dan S. J. Foster
(ed.). Historical empathy and perspective taking in the social studies. London:
Rowmann & Littlefield, 13–20.
Solomon, D., Watson, M. S. dan Battistich, V. A. (2001). Teaching and schooling effects on
moral/prosocial development. Dalam V. Richardson (ed.). Handbook of research on
teaching (ed. ke-4). Washington, DC: American Education Research Association, 566–
603.

Sutherland, M.B. 1986. Education and Empathy. British Journal of Educational Studies
34(2): 142-151

Yeager, E. A. dan Foster, S. J. (1996). The role of empathy in the development of historical
understanding. Kertas kerja yang dibentangkan di College and Faculty Assembly,
Washington, DC..

Yen, T.S. & Halili, S.H. 2015. Effective Teaching of Higher-Order Thinking (HOT) in
Education 3(2): 41-47

Zarina Md Yassin. 2013. Penilaian penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) peringkat
menengah atas. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai