Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
ADAT DAN BUDAYA MALAYSIA
ARCHITECTURAL PLAYGROUND VOL 2.0

1) PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Adat Dan Budaya Malaysia sempena Program
Architectural Playground Vol 2.0

1.2 Pertandingan ini bertujuan memberi rangsangan warga Unit Sijil Teknlogi Senibina
mempersembahkan keindahan adat dan budaya melayu bagi menunjukkan rasa
cintakan seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput
ditelan zaman.

1.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti masyarakat
dalam seni tari tradisional.

2) MATLAMAT

Memberi pendedahan kepelbagaian seni budaya kepada pelajar-pelajar Senibina


serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian pelbagai bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

3) OBJEKTIF

3.1 Menggalak serta menarik minat masyarakat mengenali dan mempelajari asas-
asas seni tari yang pelbagai budaya dan kaum.

3.2 Mendedahkan masyarakat kepada satu kaedah pembelajaran tarian


tradisional yang sistematik dan harmoni ;

3.3 Menggalakkan masyarakat bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni


budaya negara;

3.4 Ke arah mewujudkan hubungan yang berbilang kaum selain menghormati adat
dan budaya masing-masing.

3.5 Sebagai alternatif mengisi aktiviti program.

1
4) PENGANJUR

Persatuan Teknologi Senibina

5) TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

20 Januari 2022 (khamis)

6) SYARAT PERYERTAAN

6.1 Bertemakan adat dan budaya Traditional Malaysia sahaja;

• KATEGORI PENSYARAH
• KATEGORI PELAJAR

6.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang
dan maksimum 10 orang;

6.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran;

6.4 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini akan melalui peringkat
saringan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir;

6.5 Setiap peserta hanya boleh menyertai satu pasukan rumah masing-masing
sahaja;

6.6 Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang, kecederaan, kemalangan


peserta semasa dan selepas tamat pertandingan adalah tidak ditanggung oleh
pihak penganjur.

6.7 Rumah yang menarik diri daripada persembahan akan dianggap gagal
keseluruhan penilaian. (Penyertaan Wajib)

7) KONSEP TARIAN

7.1 Konsep persembahan adalah tradisional yang melambangkan identiti


Malaysia.

7.2 Pergerakan adalah bebas dan tidak terikat TETAPI harus bersandarkan kepada
budaya masyarakat Timur. Pergerakan mungkin sahaja terlahir untuk
mengekspresikan cara perbuatan, pergaulan, permainan dan sebagainya,

7.3 Tarian berupa tarian moden, tarian ballet dan lain-lain adalah dilarang sama
sekali TETAPI penggunaan teknik tarian moden, ballet dan sebagainya boleh
diaplikasikan, asalkan hasil karya itu nanti masih berpaksikan kepada budaya
masyarakat Timur.

2
7.4. Props boleh digunakan mengikut kesesuaian persembahan tarian tetapi tidak
boleh yang berbahaya (tajam dsb)

7.5 Setiap kumpulan wajib mempersembahan tarian dalam lingkungan masa 6 hingga
7 minit.

7.6 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama

7.7 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang
telah ditetapkan (kurang atau lebih 1 minit: markah akan ditolak sebanyak 5
markah bagi setiap minit).

8) LAGU / MUZIK IRINGAN

8.1 Lagu atau muzik iringan untuk tradisional tersebut boleh berbentuk medley yang
terdiri daripada lagu lama dan baru atau gubahan baharu tetapi masih
mengekalkan rentak asal lagu.

8.2 Lagu Komersial dibenarkan.


.
8.3 Lagu atau muzik iringan boleh menggunakan CD/pendrive atau peralatan muzik
masing-masing

8.4 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum


pertandingan dijalankan.

9) PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dengan konsep multiracial


dance dan sopan.

10) CARA PEMARKAHAN

Teknik tarian dan koreorgafi - 35


Koordinasi muzik dan gerakan - 20
Pecahan tari dan pola lantai - 15
Kesantunan - 15
Busana dan tatarias - 15

MARKAH PENUH - 100 markah

11) PENGHAKIMAN

Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

Keterangan lanjut dan pertanyaan, hubungi: PN NORHAZLINA BINTI SAHARI


012-7973014

Anda mungkin juga menyukai