Anda di halaman 1dari 12

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

KARNIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN DAN


KEMAHIRAN
PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT DAERAH KLANG

KELOLAAN:

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2

ANJURAN:

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

DENGAN KERJASAMA:

PERSATUAN PENDIDIKAN KHAS


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

1
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL KREATIF

A. PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tarian Tradisional Kreatif.

2. Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni
bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar tidak luput ditelan zaman.

3. Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional.

B. PENYERTAAN

1. Pertandingan tarian ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD).

2. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai oleh 6 hingga 8 orang bagi
setiap kumpulan.

3. Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan atau campuran.

C. KONSEP TARIAN

1. Konsep Pertandingan adalah Pertandingan Tarian Tradisional Kreatif.

2. Pilihan tarian sama ada Zapin, Asli, Inang atau Joget.

3. Masa yang diperuntukkan tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 8 minit

4. Markah akan ditolak sebanyak 5 markah sekiranya persembahan kurang atau melebihi had
masa yang ditetapkan.

5. Jangkamasa persembahan mula dikira apabila muzik dimainkan.

6. Peserta TIDAK dibenarkan turun dari pentas semasa mempersembahkan tarian.

7. Semakan Kad Pengenalan dan kad OKU akan dibuat sebelum setiap kumpulan membuat
persembahan.

8. Props dan peralatan persembahan yang tidak membahayakan keselamatan dibenarkan.

9. Props dan peralatan hendaklah bersesuaian dengan konsep pertandingan.

2
D. LAGU / MUZIK IRINGAN

1. Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau versi baru
tetapi mestilah terdiri daripada lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.

2. Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja


(Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).

3. Setiap kumpulan diminta menyediakan CD/backup file untuk mengatasi masalah teknikal
sekiranya berlaku.

E. PAKAIAN / AKSESORI

1. Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan yang berkonsepkan tradisional.

F. CARA PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Koreografi 30
2. Koordinasi muzik dan gerakan 15
3. Pecahan tari dan pola lantai 15
4. Kesantunan 20
5. Busana dan tatarias 20
JUMLAH 100

PERTANDINGAN NYANYIAN TRADISIONAL SOLO

3
A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah kategori
Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Bermasalah Penglihatan (BL)

2. Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang peserta sahaja ( 1 lelaki dan 1perempuan).

3. VCD / DVD minus one perlu disediakan oleh peserta dan perlu diserahkan kepada pihak
penganjur semasa pendaftaran.
4. Peserta dikehendaki mendendangkan sebuah lagu wajib ( Berentak Irama Malaysia)

5. Lagu WAJIB akan ditentukan oleh pihak penganjur ( Lihat senarai lagu )

6. Lagu berunsur perkauman, keganasan, seksual dan politik tidak dibenarkan sama sekali.

7. Pakaian hendaklah sopan dan bersesuaian. Penggunaan Props dan Penyanyi Latar tidak
dibenarkan.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Suara 30
2. Sebutan 20
3. Tempo 20
4. Penghayatan 20
5. Penampilan / pakaian 10
JUMLAH 100

4
LAGU PILIHAN IRAMA MALAYSIA

A. Senarai Lagu Untuk Lelaki

1. Kias Fansuri (M. Nasir)


2. Apa Dah JAdi (Tan Sri Dato SM Salim)
3. Cinta Nusantara (Sheqal)
4. Joget Pahang (P. Ramlee)
5. Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
6. Mentera Semerah Padi (M.Nasir)
7. Gerimis Di Lautan (Sudirman)
8. Seni Berzaman (Tok Ki)
9. Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
10. Pantun Budi (Tan Sri Dato SM Salim)
11. Mohon Kasih (Ahmad Jais)

B. Senarai Lagu Untuk Perempuan.

1. Balqis (Datuk Siti Nurhaliza)


2. Cindai (Datuk Siti Nurhaliza)
3. Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini)
4. Mengapa Dirindu (Saloma)
5. Dikir Puteri (Noraniza Idris)
6. Kalau Mencari Teman (Ziana Zain)
7. Awallah Dondang (Noraniza Idris)
8. Nazam Berkasih (Syura)
9. Kurik Kundi (Datuk Siti Nurhaliza)
10. Erti Hidup (Dayang Nurfaezah)
11. Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza)

5
PERTANDINGAN MEWARNA BATIK

A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah kategori
Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)
2. Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang peserta sahaja (1 lelaki dan 1 perempuan)

3. Pertandingan batik adalah bertemakan FLORA

4. Pihak penganjur hanya menyediakan kain yang telah siap dicanting. Segala peralatan lain seperti
warna, berus dan lain-lain perlu di bawa oleh peserta sendiri.

5. Semua hasil kraftangan peserta menjadi hak milik penganjur.

6. Masa yang diperuntukkan kepada setiap peserta adalah selama 1 jam 30 minit.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Kesesuaian Warna 25
2. Campuran Warna 25
3. Kekemasan 20
4. Kehalusan / Kebersihan 15
5. Kreativiti 15
JUMLAH 100

6
PERTANDINGAN MENGHIAS WAU

A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah menengah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)

2. Setiap sekolah hanya perlu menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 2 orang murid samada
murid lelaki atau perempuan.

3. Peserta dikehendaki mengikat rangka wau dan kemudian menghias rangka wau tersebut dengan
menggunakan kertas warna (kertas lain dibenarkan mengikut kretiviti peserta) dengan motif hiasan
tradisional.
4. Peserta diberi masa 2 jam untuk menyiapkan rangka dan hiasan wau.
5. Pihak penganjur hanya menyediakan rangka wau dan tali pengikat sahaja.Segala alatan dan bahan
hiasan perlu dibawa sendiri oleh peserta.
6. Sila bawa Kad Pengenalan dan Kad Oku semasa pendaftaran bagi tujuan pengesahan identiti
peserta.
7. Kesemua wau yang dipertandingkan akan menjadi hak milik penganjur.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Kesesuaian tema 20
2. Motif hiasan 25
3. Kreativiti 20
4. Kesesuaian pilihan warna 25
5. Kekemasan 10
JUMLAH 100

PERTANDINGAN MASAKAN KUIH TRADISI

7
A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah menengah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)
2. Setiap sekolah perlu menghantar hanya 1 pasukan yang terdiri daripada 2 orang murid samada
lelaki/perempuan.

3. Peserta perlu menyediakan kuih tradisi iaitu kuih ketayap.


4. Inti ketayap perlu dimasak semasa hari pertandingan.
5. Adunan lempeng juga disediakan semasa hari pertandingan.
6. Ketayap yang sudah siap dimasak perlu dipamerkan dengan cara yang paling menarik ikut kretiviti
perserta.
7. Nama dan resipi inti dan lempeng perlu dipamerkan bersama hidangan.
8. Peserta WAJIB menggunakan daun pandan asli yang ditumbuk dengan lesung batu sebagai bahan
pewarna.
9. Penggunaan pengisar (blender) untuk apa-apa tujuan adalah TIDAK dibenarkan.
10. Peserta perlu membawa sendiri semua bahan masakan (cth:tepung,gula merah,daun pandan dll)
yang akan digunakan.
11. Peralatan memasak (lesung batu ,dapur gas,kuali lempeng, sudip, pinggan mangkuk hiasan)juga
perlu dibawa sendiri oleh peserta.
12. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit.
13. Sila bawa Kad Pengenalan dan Kad Oku semasa pendaftaran bagi tujuan pengesahan identiti
peserta.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Keaslian resipi 25
2. Rasa masakan (inti dan adunan lempeng) 25
3. Hiasan dan kreativiti 25
4. Kekemasan 25
JUMLAH 100

8
PERTANDINGAN MENGHIAS KEK CAWAN (CUPCAKE)

A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah rendah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)
2. Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang peserta sahaja (1 lelaki dan 1 perempuan)

3. Peserta dikehendaki menghias 5 biji kek cawan.


4. Kek cawan dan icing disediakan pihak penganjur.
5. Hiasan lain perlu dibawa sendiri.
6. Kek cawan yang sudah dihias perlu dipersembahkan dengan cara yang paling menarik ikut kretiviti
peserta.
7. Peserta diberi masa 1 jam sahaja.
8. Sila bawa Kad Pengenalan dan Kad Oku semasa pendaftaran bagi tujuan pengesahan identiti
peserta.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Kesesuaian tema 20
2. Kreativiti 30
3. Kesesuaian pilihan warna 30
4. Kekemasan 20
JUMLAH 100

9
PERTANDINGAN SOLEKAN BUSANA TRADISI

A. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah menengah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD).
2. Setiap sekolah perlu menghantar seorang peserta perempuan sebagai jurusolek dan seorang
model.

3. Peserta dikehendaki menyolek model yang dipilih mengikut tema busana tradisi.
4. Solekan perlu bersesuaian dengan busana tradisi yang dipilih.
5. Model yang telah siap disolek perlu memperagakan pakaian dan solekan di hadapan juri.
6. Pakaian busana dan alatan solek perlu dibawa sendiri oleh setiap peserta.
7. Pakaian dan dandanan rambut/hiasan kepala boleh dipakai dari rumah.
8. Solekan perlu dilakukan di hadapan juri.
9. Pakaian perlulah sopan dan mengikut tema.
10. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit sahaja.
11. Sila bawa Kad Pengenalan dan Kad Oku semasa pendaftaran bagi tujuan pengesahan identiti
peserta.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Kesesuaian tema 20
2. Kretiviti solekan 30
3. Kreativiti busana 30
4. Peragaan 10
5. Kekemasan 10
JUMLAH 100

PERTANDINGAN MENYEDIAKAN HIDANGAN SANDWIC TELUR

10
A. SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah rendah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)

2. Setiap sekolah perlu menghantar dua orang peserta sahaja (seorang peserta lelaki dan seorang
peserta perempuan)

3. Peserta perlu menyediakan hidangan sandwich telur yang lengkap.

4. Peserta perlu membawa telur yang telah siap direbus/digoreng dan bahan lain daripada rumah.

5. Pada hari pertandingan, peserta perlu melengkapkan hidangan dan mempersembahkan hidangan
dengan cara yang paling menarik. (sertakan nama hidangan berserta resipi)

6. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam sahaja.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Rasa 40
2. Persembahan 25
3. Kreativiti 25
4. Kekemasan 10
JUMLAH 100

PERTANDINGAN GUBAHAN SIRIH JUNJUNG

11
A. SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada murid sekolah menengah kategori Bermasalah Pembelajaran
(BP) dan Bermasalah Pendengaran (BD)
2. Setiap sekolah perlu menghantar 1 pasukan sahaja (2 orang ahli lelaki/perempuan)
3. Gubahan perlu menampilkan ciri-ciri berikut:

a. Daun sireh asli,kapur,pinang,gambir tembakau,bunga cengkih dan sebagainya.


b. Reka bentuk menegak-menjulang ke atas.

c. Disusun diatas dulang berkaki

d. Hiasan tambahan mengikut kesesuaian.

4. Peserta perlu menyediakan dan membawa sendiri segala bahan dan kelengkapan untuk membuat
gubahan.

5. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam sahaja.

B. PEMARKAHAN

BIL BUTIRAN MARKAH


1. Ciri tradisi-kemelayuan 30
2. Cara peragaan 30
3. Kreativiti 30
4. Kekemasan 10
JUMLAH 100

12

Anda mungkin juga menyukai