Anda di halaman 1dari 4

1 BINTANG KECIL NANGA MELUAN 2022

PERTANDINGAN BINTANG KECIL BERSEMPENA DENGAN KARNIVAL


PELANCARAN TS25 SK NANGA MELUAN 2022

1.0 MATLAMAT

Pertandingan Bintang Kecil ini adalah Pertandingan Nyanyian Solo yang


bertemakan Lagu-Lagu Juara yang julung kalinya diadakan di SK Nanga Meluan
bersempena dengan Karnival Pelancaran TS25 SK Nanga Meluan. Pertandingan
ini sebagai satu platform kepada murid dan juga ibu bapa untuk memberi
pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap pendidikan seni muzik
dalam bidang nyanyian serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai
kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat yang berbudaya.

2.0 RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni nyanyian lagu-lagu tempatan yang ada di


dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah.
2.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang adanya aktiviti muzik
yang dijalankan di sekolah secara terancang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani
dan intelektual serta sosial (JERIS) di dalam aktiviti muzik yang sihat dan
bermoral.
3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika
dalam muzik terutamanya dalam bidang nyanyian.
3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan murid sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
3.4 Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat seni yang
ada pada mereka.
2 BINTANG KECIL NANGA MELUAN 2022

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan ini dibuka kepada sekolah Zon Julau sahaja. Penyertaan dari satu-
satu sekolah adalah SATU penyertaan sahaja. Maklumbalas untuk menyertai
hendaklah dihantar melalui WhatsApp (Cik Feona – 0107693644)

5.0 SENARAI LAGU


Berikut adalah pilihan senarai lagu untuk Pertandingan Bintang Kecil.

NO. NAMA LAGU PENYANYI ASAL


1. Anta Permana Dato’Siti Nurhaliza
2. Kisah Cinta Kita Hafiz Suip
3. Sumpah Naim Daniel
4. Semalam Aina Abdul
5. Gundah Ernie Zakri
6. Mimpi Haqiem Rusli
7. Cinta Marsha Milan
8. Sepi Aina Abdul
9. Sudah Ku Tahu Projector Band
10. Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah
11. Jampi Hael Husaini
12. Tergantung Sepi Haqiem Rusli
*Sebarang lagu selain dari senarai di atas hendaklah dirujuk kepada penganjur
terlebih dahulu.

6.0 MASA PERSEMBAHAN


Masa bagi satu-satu persembahan adalah tidak melebihi 6 minit bagi satu-satu
lagu. Minus One akan disediakan oleh penganjur.

7.0 ETIKA PAKAIAN


Peserta hendaklah mengenakan pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan
lagu yang dipertandingkan.
3 BINTANG KECIL NANGA MELUAN 2022

8.0 PEMARKAHAN
Pitching 40 markah
Tempo 30 markah
Ton/Mutu Suara 15 markah
Gaya Persembahan 10 markah
Pakaian 5 markah
Jumlah keseluruhan 100 markah

9.0 PENGHAKIMAN
Lantikan panel hakim adalah daripada sekolah yang tidak bertanding.
Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

10.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN PERTANDINGAN


Tarikh : 27 Oktober 2022
Hari : Khamis
Masa : 02.00 petang

11.0 PENUTUP
Melalui pengelolaan pertandingan Bintang Kecil ini, kita akan dapat memupuk
sekaligus mempamerkan bakat yang terpendam dalam diri murid kita. Di
samping, menaikkan lagi martabat seni nyanyian Zon Julau.
4 BINTANG KECIL NANGA MELUAN 2022

PERTANDINGAN BINTANG KECIL ZON JULAU

SK NANGA MELUAN 2022

BORANG PENYERTAAN

NAMA SEKOLAH

JUDUL LAGU

MAKLUMAT MURID

NAMA MURID

NO KAD PENGENALAN

KAUM

MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

NAMA GURU

NO. TELEFON

______________________________________
(TANDATANGAN GURU) TARIKH:

PENGESAHAN GURU BESAR: ______________________ COP RASMI SEKOLAH:

Anda mungkin juga menyukai