Anda di halaman 1dari 3

CATCH UP Bahasa Melayu Tingkatan 1

SET 2
Pengayaan
Topik:Tatabahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau
rangkai kata yang bergaris.
1. Saya akan menghadiri temu duga di Syarikat Megah pada hari Isnin minggu hadapan.

2. Kesihatan ayahnya bertambah baik setelah menjalani pembedahan.

3. Penebangan hutan secara tidak terkawal merupakan faktor utama berlakunya tanah runtuh di

kampung itu.

4. Nenek akan menjalani pembedahan jantung pada hari Isnin minggu hadapan.

5. Tugas Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuaan Kampung ialah merancang projek untuk

faedah masyarakat kampung.

6. Saya meletakkan kamus yang dibeli semalam di atas rak buku.

7. Mereka hanya dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan tepat pada pukul lapan pagi.

Jawapan (Ayat tanya)

1._______________________________________________________________________

2._______________________________________________________________________

3._______________________________________________________________________

4._______________________________________________________________________

5._______________________________________________________________________

6._______________________________________________________________________

7._______________________________________________________________________
CATCH UP Bahasa Melayu Tingkatan 1

SET 2
Pengukuhan
Topik:Tatabahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau
rangkai kata yang bergaris.
1. Harga majalah Kosmik ialah RM30.

2. Ahmad pegawai baharu di pejabat itu.

3. Mereka sedang bermain bola di padang.

4. Ayah keletihan kerana baru pulang dari tempat kerja.

5. Selvi pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.

Jawapan (Ayat Tanya)

1.Berapakah_________________________________________________________

2.Siapakah___________________________________________________________

3.Apakah____________________________________________________________

4.Mengapakah________________________________________________________

5.Bagaimanakah______________________________________________________
CATCH UP Bahasa Melayu Tingkatan 1

SET 2
Pemulihan
Topik:Tatabahasa

Gariskan kata tanya yang sesuai dalam ayat di bawah ini.


1. (Mengapakah,Bagaimanakah) Dahlia berhenti sekolah?

2. (Bilakah, Mengapakah) Azi tidak datang ke sekolah selama seminggu?

3. (Siapakah, Apakah) pengetua baharu di sekolah itu?

4. (“Apakah, Adakah) kamu akan mernyertai lawatan ini,Aina?”tanya Cikgu Azizah.

5. (Bilakah,Berapakah kita akan bertolak ke Kuala Lumpur?

6. (Di manakah, Bilakah) mereka dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan?

7. (Bagaimanakah,Apakah) cara menyelesaikan soalan Matematik ini?

Anda mungkin juga menyukai