Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 1

Arahan : Isi tempat kosong dengan kata kerja pasif yang sesuai dan betul.

dibaca digali dibeli disusun dikumpul

1. Buku-buku yang berselerak _______________________ oleh Arini.

2. Lubang ____________________oleh ayah.

3. Barang-barang terpakai _____________________oleh Musa dan kawan-

kawannya.

4. Surat khabar _______________________oleh Pak Cik John.

5. Sayur-sayuran ______________________oleh Ming Jun di kedai Pak Amin.

( / 5)

SOALAN 2

Arahan : Susun semula frasa di bawah menjadi ayat yang betul

1.

Kanak-kanak mesti ketika melintas jalan raya dipimpin oleh orang dewasa
2.

memakai topi keledar Kanak-kanak perlu mengikut saiz kepala yang betul

3.

dengan selamatnya. ketika melintas jalan raya Gunakanlah jejantas

4.

dan memimpin Ali keluar dari kereta Ibu membuka pintu sebelah kiri
( /8)

SOALAN 3
Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah taman rekreasi.
Arahan: Bina 5 ayat berdasarkan aktiviti yang telah dinomborkan.

2
1. __________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________

( /10 )
SOALAN 4
Arahan: Baca, fahami dan jawab 5 soalan berdasarkan petikan.
Berlatih bersama-sama

Chun Han, Aidil dan Dinesh membuat keputusan untuk menyertai Pertandingan Suara
Harmoni. Sebelum pertandingan berlangsung, mereka berbincang untuk membuat
persediaan. “Mari kita berlatih di rumah saya,”kata Chun Han.

Aidil dan Dinesh bersetuju. Mereka juga bersepakat untuk memilih lagu yang bertajuk
“Teman Setia”. Lagu itu membawa mesej persahabatan. Semasa berlatih, kakak Chun
Han turut membimbing mereka membuat persembahan.

Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan video. Oleh sebab itu, mereka
dapat mengenalpasti kelemahan menerusi rakaman tersebut.

“Amboi, kamu bertiga berbakat! Kakak yakin jika kamu rajin berusaha, kamu pasti akan
berjaya kerana usaha tangga kejayaan,”kata kakak Chun Han.

Chun Han, Aidil dan Dinesh mengangguk tanda bersetuju.

1. Siapakah yang membuat keputusan untuk menyertai Pertandingan Suara


Harmoni? (1 markah)

__________________________________________________________________

2. Chun Han, Aidil dan Dinesh berlatih di rumah siapa? (1 markah)


__________________________________________________________________

3. Apakah mesej yang disampaikan oleh lagu “Teman Setia? (1 markah)

__________________________________________________________________

4. Bagaimanakah Chun Han, Aidil dan Dinesh mengenalpasti kelemahan mereka?

__________________________________________________________________

5. Bagaimanakah cara untuk berjaya ? (2 markah)

_________________________________________________________________

( /7)
SOALAN 5
Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudia jawab soalan pemahaman
berdasarkan petikan.

Pada suatu petang, Rosmohadi dan Mardiana sedang berjalan-jalan di Orchard Road.
Mereka telah berjumpa dengan ibu rakan mereka, Zul. Ibu Zul memberitahu mereka
bahawa Zul telah dimasukkan ke hospital setelah terjatuh semasa bermain kasut
beroda. Kaki kiri Zul patah dan kedua-dua tangannya luka.

Keesokan harinya, Rosmohadi dan Mardiana pergi melawat Zul di hospital.


Mereka membawa buah-buahan sebagai buah tangan. Zul berasa sangat gembira
melihat kedatangan rakan-rakannya itu.

Tiga hari kemudia, Zul pun dibenarkan pulang ke rumahnya. Zul sungguh
gembira kerana dia sudah bosan duduk di hospital yang sunyi itu. Zul terpaksa bergerak
dengan menggunakan tongkat kerana kakinya disimen.

1. Siapakah yang dijumpai oleh Rosmohadi dan Mardiana? (1 markah)

________________________________________________________________________

2. Mengapakah Zul dimasukkan ke hospital? (1 markah)

________________________________________________________________________
3. Apakah kecederaan yang dialami oleh Zul? (1 markah)

________________________________________________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan “buah tangan” di dalam petikan? (2 markah)

________________________________________________________________________

5. Bilakah Zul dibenarkan keluar dari hospital? (2 markah)

________________________________________________________________________

6.Berikan contoh alat keselamatan dan kegunaannya semasa bermain kasut roda? (3)

________________________________________________________________________

( /10)

Anda mungkin juga menyukai