Anda di halaman 1dari 1

Mengumumkan ketibaan yang paling kami kasihi, Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Tuan Haji

Baharom bin Mohd Noor, xxx (nama pegawai), Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar, Encik
Jamhari bin Saari, para pensyarah dan para penerima Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak yang
dihormati sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera. Selamat datang ke majlis penyampaian
Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak.

Sekarang, majlis menjemput xxx (nama pegawai) bagi menyampaikan ucapan beliau. Majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar , Tuan Haji Baharom bin
Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh Tuan Pengarah sebentar tadi.

Majlis sekarang menjemput Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar , Tuan Haji Baharom bin Mohd
Noor diiringi oleh Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar, Encik Jamhari bin Saari untuk
menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak kepada para penerima.

Penerima pertama ialah YYY…… (Senarai nama)

Setinggi-tingginya ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, xxx (nama pegawai), para
pensyarah dan para penerima Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri majlis penyampaian Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak pada petang ini.

Majlis mengumumkan keberangkatan Tuan Pengarah, xxx (nama pegawai), para pensyarah yang
dihormati sekalian.

Anda mungkin juga menyukai