Anda di halaman 1dari 28

Tuisyen Bahasa Melayu

SPM 2020
ANALISIS KEKERAPAN MENGIKUT ASPEK KAJIAN SASTERA
BERDASARKAN NOVEL- NOVEL LAMA (TERAKHIR JUN 2016)
& BAHARU (NOV. 2016 - JUN 2020)
ASPEK KAJIAN NOVEL LAMA NOVEL BAHARU
SASTERA J11 N11 J12 N12 J13 N13 J14 N14 J15 N15 J16 N16 J17 N17 J18 N18 J19 N19 J20

Sinopsis  X           X               X                   

Tema      X                                

Persoalan    X                X        X          X *

Binaan plot                                      

Teknik plot                                      

Latar tempat         X                          X  

Latar masa         X                 X              

Latar masyarakat                X               X      

- Kepincangan                                  X    
masyarakat

Watak & perwatakan     X      X       X            X            


watak utama

Watak & perwatakan         X   X       X*         X      


watak sampingan

Gaya bahasa                                      

Nilai        X       X     X  X*  X*  X      X    X    X* 

Pengajaran  X    X       X       X  X          X        X 


Peristiwa yang                      X                
menyentuh perasaan
Peristiwa yang                            X          
menimbulkan
perasaan simpati
pembaca.
Peristiwa yang                                    X   
menimbulkan
kesedaran kepada
pembaca.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA (T4)

SINOPSIS
Novel ini mengisahkan Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah dnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana ikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga
beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal enghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai
Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan
terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja
sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar.
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi
kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun.
Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam
kabut, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus
hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah
tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang.
Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan mengecewakan pihak
musuh. Dalam pertempuran, Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Tentera Jepun berjaya menawan Leftenan
Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan
Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri.Tentera Jepun kemudiannya telah berbaris
panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok dan setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu
telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet.

Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat
telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian.
Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai
Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Sophia telah berkenalan dengan
Ustaz Ridwan dan mereka telah berkahwin erta hidup bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah
berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
TIRANI (T5)
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan Waheeda, seorang yang gigih berusaha dan tabah untuk mencapai sasarannya.
Dia tinggal dengan keluarganya di Tajau Emas, Sarawak. Keluarganya mengasaskan industri
perkhidmatan pelancongan. Waheeda selalu memandang rendah terhadap diri sendiri kerana
wajahnya tidak cantik. Pada zaman sekolah rendah dan zaman remaja, Waheeda menaruh keinginan
untuk menjadi cantik walaupun ibunya, Raidah sentiasa menasihati Waheeda agar dia menghargai
wajahnya kerana itulah ciptaan atau hadiah yang diberikan oleh Tuhan. Secara kebetulan, wajahnya
mengalami kecederaan setelah diserang oleh seekor monyet. Oleh hal yang demikian, dia mengambil
keputusan untuk menjalani pembedahan plastik.
Waheeda telah meninggalkan Sarawak dan bertolak ke Singapura untuk menjalani pembedahan
plastik. Di sana, dia tinggal di rumah kawan lamanya, Bazilah dan telah mengenali kawan baharu
seperti Dr. Zahari, Dr. Alma Chan dan Dr. Rushdi semasa menjalani pembedahan plastik pada
hidungnya. Selepas beberapa bulan, dia mendapat pekerjaan baharu di Flamingo Resort semasa dia
bercuti di Sentosa. Dia bekerja sebagai seorang pegawai perhubungan. Pada masa itu, dia mengenali
banyak kawan baharu termasuklah Lais, Halloway dan Zahid. Setelah dia memenangi pertandingan,
Waheeda menjadi Ratu Pelancongan Antarabangsa. Bukan itu sahaja, Waheeda pulang ke Sarawak
selepas masalah hidungnya yang runtuh selesai kerana majlis perkahwinan dengan Zahid.
Selepas berkahwin, hubungan antara Waheeda dengan Zahid semakin erat. Waheeda ingin
memajukan sektor pelancongannya. Oleh itu, kesibukan bekerja menyebabkanhubungan mereka tidak
rapat lagi. Mereka terpaksa berjumpa dengan pelbagai tetamu sehingga sentiasa lupa akan janji temu
untuk makan tengah hari bersama-sama. Zahid yang sentiasa dilupakan oleh Waheeda berasa sangat
marah dan mula mengesyaki keikhlasan hati Waheeda terhadapnya. Zahid telah menuduh Waheeda
curang dan menganggap anak dalam kandungan Waheeda bukan anaknya. Hal ini telah
mengakibatkan Zahid sentiasa tidak pulang ke rumah walaupun Waheeda hamil. Semasa Waheeda
hendak melahirkan anak, Zahid menghilangkan diri. Raidah berasa tidak berpuas hati terhadap
perbuatan Zahid yang membiarkan anak yang baru dilahirkan dan isterinya di hospital.
Waheeda menunjukkan keputusan DNA anaknya, Izzati yang dapat membuktikan bahawa Izzati
ialah anak Zahid ketika Zahid melawat Izzati di hospital. Hal yang menyedihkan ialah Zahid langsung
tidak mahu melihat keputusan DNA itu. Dia menuduh Waheeda mengkhianatinya kerana mempunyai
seorang anak dengan lelaki lain. Hal ini menyebabkan Zahid menceraikan Waheeda.
Waheeda telah berumur 45 tahun tetapi kelihatan wajahnya lebih cantik dan muda berbanding dengan
Izzati yang telah berumur 20 tahun. Walaupun hanya berumur 20 tahun, Izzati telah menamatkan pelajarannya
dan membantu ibu menguruskan hal ehwal syarikat ibunya di Syarikat Aya-Sajinah. Zahid yang sedang bercuti di
Aya-Sajinah ternampak Izzati dan dia berasa terdapat satu ikatan antara mereka, ikatan antara seorang ayah
dengan anak. Akhirnya, Zahid dan Waheeda bertemu. Zahid menyesali terhadap segala perbuatannya terhadap
Waheeda dan Izzati dan meminta pengampunan daripada Waheeda. Izzati merayu kepada ibunya supaya
mengampunkan
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Nilai tanggungjawab dapat dilihat pada watak

-Pak Saidi yang menyekolahkan anak-anaknya

-menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan penduduk Kampung

Sungai Ramal

-hal ini membuktikan bahawa tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak mereka dapat
menjamin masa depan anak-anak

Nilai tanggungjawab juga dapat dilihat pada watak

- Leftenan Adnan sanggup memikul tanggungjawab mempertahankan keselamatan negara


-dia sanggup diseksa oleh tentera Jepun di bawah pokok ceri
-pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab mempertahankan negara perlu kita teladani
TIRANI

Nilai tanggungjawab dapat dilihat pada watak

-Waheeda yang bertanggungjawab mengusahakan inap desa keluarganya


-dia telah menjaga inap desa tersebut sehingga berjaya mempopularkannya
-tanggungjawab Waheeda ini menyebabkan dia juga terkenal
sebagai pengusaha inap desa

Nilai tanggungjawab dapat dilihat pada watak

-Raidah, iaitu emak Waheeda yang pergi ke Singapura untuk

menemani Waheeda yang menjalani pembedahan kosmetik


-Raidah bertanggungjawab menjaga Waheeda dan memberikannya sokongan
dan dorongan padu agar dia sembuh daripada kemurungan
-tanggungjawab ibu kepada anak ini amat mulia

PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada peribahasa:
Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah
mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung


Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak
di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul


Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus


Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti
ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:


Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang
terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan
anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang
setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih


sayang)
ii.bagai menconteng arang ke muka (memalukan)
iii.anak emas (anak kesayangan)
iv.air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap
pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan.
Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan
lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.


ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii.bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:


Contoh:
1. Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang
lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana
berasakan kampung halamannya lebih tenteram.

* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih


baik di negeri sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi
kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:


Contoh:

Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula
bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)
…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang
dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua
tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati
semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi


ii.mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii.anak buah.
SOALAN KOMSAS DALAM KERTAS 2 BMSPM - TEKS BAHARU
(NOV. 2016 - JUN. 2020)
 

NOV. JUN NOV JUN NOV JUN NOV. JUN


TING JUDUL
16 17 17 18 18 19 19 20

  Puisi Tradisional                

T4 1. Syair Bidasari             x    

  2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang                


Ketiga) 

T5 1.  Gurindam Beberapa Petua Hidup  x              

  2.  Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu          x      

                   

  Puisi Moden                

T4 1. Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim                


Othman

  2. Aku Membaca Lagi - Razali Mohd.      x          


Yussof
  3. www.sibermerdeka.com.my - Abdul              x  
Ghaffar Ibrahim

  4. Gelanggang - Onn Malini        x        

T5 1. Sejadah Rindu                

  2. Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis    x            


Kampus

  3. Erti Hidup Bererti                 x

  4. Kudup Perang                

                   

  Prosa Tradisional                

T4 1. Kepimpinan Melalui Teladan   x        x  x    x

T5 1.  Burung Terbang Dipipiskan Lada    x  x  x      x  

                   

  Cerpen                

T4 1. Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah    x            


Hassan

  2. Munsyi - Husna Nazri                


  3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul -              x  
Maskiah Haji Masrom

T5 1.  Cinta Ahmad Mutawakkil            x    

  2.  Hipertensi          x      

  3.  Gerhana Manusia  x              

                   

  Drama                

T4 1. Berkhidmat untuk Negara - Affix        x        


Zulkarnaen Adam

T5 1.  Bukan Gila     x          x

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (DAERAH MARAN)

2020

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Hampir beberapa purnama, saya tidak bertemu Munsyi di perkampungan pinggir kota ini. Suatu hari, saya terhidu perkhabaran tentang
rancangan sebuah syarikat perumahan dengan kebenaran pengusaha kota untuk mengambil alih kampong tradisi yang didiami oleh
Munsyi serta lebih dua puluh buah rumah yang semuanya diduduki keluarga Melayu. Khabarnya kawasan itu akan dibangunkan dengan
pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang. Penduduk diberikan tempoh beberapa hari untuk mengosongkan premis
mereka sebelum dirobohkan. Oleh sebab kesibukan tugas, saya tidak sempat menemui lelaki tua itu.

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-kabut. jentera-jentera berat bersiap sedia
merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi
penduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula,
saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam
jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah
berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan
saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke
mana perginya gerangan orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan diri.

Dipetik daripada cerpen ’Munsyi’

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan reaksi Mel apabila sesi meroboh perkampungan pinggir kota yang merupakan
tempat tinggal Munsyi bermula?

[2 markah]
(ii) Pada akhir cerita, Mel cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung tidak ditemui. Pada pendapat anda, apakah yang
terjadi kepada pejuang bahasa ibunda tersebut?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat-ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari,maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama- sama orang
banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang
ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang
lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan
membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikan fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh
Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri
Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan,
jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba
tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala
perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh
Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang
ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh
hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,

(i) Berikan maksud maka demikian fiil tuan. [2 markah]

(ii) Nyatakan respons Tun Perak terhadap pertanyaan Seri Amerta berkaitan orang Kelang yang membawa anak
isteri bersama-sama ke Melaka.
[3 markah]
(iii) Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha membentuk keluarga yang
bahagia.
Pada pendapat anda, apakah peranan tersebut? [3 markah]

Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Gurindam Dua Belas


(Fasal yang ketiga)

Apabila terpelihara mata. Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tagan, Daripada segala
berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada


senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.
.
Dipetik daripada ‘Gurindam Dua Belas’

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah
damping.

(i) Berikan maksud rangkap di atas. [2 markah]


(ii) Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu yang
tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu berita
yang diragui kebenarannya. [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah] Jawab semua
soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) hiris
(ii) rawan
(iii) urat
(iv) buku
(v) papan
(vi) bidang
[6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat
yang diberi.

(i) Datin Hazrin ialah produk kecantikan yang terkenal itu.


(ii) Puan Emi dan anak-anaknya datang ke kuantan dengan menaiki bas.
(iii) Pertandingan akhir Tokoh NILAM Bahasa Melayu diadakan di Dewan Abu Bakar.
(iv) Jumlah pelajar yang hadir ke kelas tambahan Bahasa Melayu pada hari Isnin
sebanyak 25 orang.

(v) Guru memarahi Laila kerana dia telah menconteng buku kawannya.
(vi) Perkahwinan Puan Juliza dengan pasangannya akan dilangsungkan pada 17 Februari 2021.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pengganas Taliban telah memindah markas utamanya ke suatu lokasi rahasia dikawasan hutan
tebal dan bergunung ganang.

(ii) Inspektor Azliana telah menemukan senjata yang digunakan oleh penjenayah itu ditepi tempat
pembuangan sampah.

(iii) Antara koleksi yang paling menilai yang ada dalam simpanan puan Fariha ialah set pinggan-
mangkuk antik yang berhargai hampir RM 24,000.00.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Apabila disiarkan berita kenaikan harga minyak, stesen minyak-stesen minyak akan dipenuhi
oleh pelanggan yang ingin memenuhkan tangki minyak mereka.

(ii) Encik Razif mewakili penduduk kampung ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas
kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mengisytiharkan Program Cakna Rakyat.

(iii) Novel bertajuk Andai itu Takdirnya karya Siti Rosmizah telah dibaca oleh saya dalam tempuh
sehari sahaja.
[6 markah]

(e) Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang
berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Nuriha : Saya sangat bersyukur kerana kamu datang. Kalau kamu tidak datang, tak
taulah nasib pasukan kita. Mungkin kita akan kalah teruk dan menanggung
malu.
Rozian: Bukan saya seorang sahaja yang penting. Semua pemain mempunyai
tanggungjawab masing-masing.
Nuriha: Kamu ini bukan sahaja pandai membuat hantaran bola, tetapi sangat laju apabila
berlari mengejar bola sehinggakan pihak lawan tidak mampu mengejar kamu.
Rozian: Janganlah tertalu memuji saya. Saya berpendapat sekiranya kita
mempunyai tekad yang tinggi untuk menang, sudah pasti kejayaan menjadi
milik kita.
Nuriha: Saya berasa bersemangat setelah berbual-bual dengan kamu dan saya pasti
pasukan kita akan jadi juara.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai