Anda di halaman 1dari 3

"DAN APAKAH PANGKATNYA ISA AL-MASIH SEHINGGA DIA BOLEH MENGHAKIMI KESELURUHAN

UMAT DI DUNIA INI???" ~~~ KESAKSIAN HISHAM [MUSLIM MALAYSIA]

Nama saya Hisham. Saya seorang Melayu. Saya mula berkenalan dengan orang Kristian ketika saya
mula bekerja pada awal tahun 90an. Seorang kawan saya yang beragama Kristian pernah
menceritakan kesaksiannya bagaimana dia pernah mendoakan emaknya yang sedang saKit tenat.
Selepas didoakan emaknya pulih dan sihat walafiat.

Daripada dialah saya dapat melihat Kitab Injil buat pertama kalinya. Saya dapati di dalam Kitab Injil
terdapat nama 'Allah', lalu saya bertanya kepada kawan-kawan Muslim saya. Mereka menjawab
bahawa memang di dalam Kitab orang Kristian terdapat perkataan 'Allah'. Tetapi Al-Kitab tidak
menunjukkan siapa sebenarnya 'Allah" itu. Sejak daripada hari itu saya berkata kepada diri saya
bahawa kalau itu adalah ajaran Kristian, lebih baik saya jauhkan diri saya.

Selepas itu saya memberikan perhatian yang lebih kepada agama Islam. Tetapi di dalam diri saya
terdapat beberapa persoalan; menurut Islam, Al-an atau Firman Allah itu adalah kudus sebab Kitab
itu dipercayai turun dari Syurga, maka apa sahaja yang turun dari Syurga semestinya kudus juga.
Kalau ini adalah fahaman Islam, Isa Al-Masih juga adalah kudus sebab menurut HADIS ANAS bIN
MALIK HAL 72 " ISA ITU SESUNGGUHNYA ROH ALLAH DAN FIRMANNYA" Jadi saya bertanya kepada
diri saya sendiri, "Apakah Isa Al-Masih roh yang kudus???". PERNAH RASULULAH S.A.W BERTANYA
KEPADA ALLAH, KATANYA : "YA ALLAH, YA TUHANKU, APAKAH SEBENARNYA 'ROH KUDUS'????".
Tuhan berfirman : "WAHAI MUHAMMAD, ENGKAU HANYA DIBERI PENGETAHUAN SEDIKIT TENTANG
ROH KERANA ENGKAU TIDAK TAHU APA-APA, ITU ADALAH HAL-Ku SENDIRI". Jadi ayat ini
menunjukkan bahawa nabi Muhammad tidak tahu apa-apa tentang roh. Tetapi di dalam agama
Kristian terdapat banyak ajaran tentang roh Allah.

Sejak dari hari itu saya mula belajar ilmu Tasaauf. Ini saya lakukan untuk mencari kebenaran. Saya
ingin mendekatkan diri saya kepada Allah. Sementara itu saya juga sering mengutuk ajaran-ajaran
Kristian.

Tetapi pada suatu hari, ketika saya melihat kalimat-kalimat Islam yang tergantung di dinding rumah
saya, saya bertanya kepada diri saya : "Bermaknakah semuanya ini??? Apakah yang salah di antara
Kristian dengan Islam???". Pada malam itu ketika saya sedang tidur, terasa seperti ada orang yang
memegang tangan dan dada saya. Saya sedar hal ini berlaku, saya cuba untuk melepaskan diri tetapi
dipegang terlalu kuat. Kemudian saya bangun dan berkata : "Apakah ini???". Lalu saya sambung
tidur, tetapi Dia datang sekali lagi. Kali ini saya dapat melihat jubah putihNya tetapi tidak dapat
melihat wajahNya. Pada keesokkan paginya, saya pergi berjumpa dengan seorang ustaz dan
menceritakan bahawa saya telah dilawati oleh seorang yang berjubah putih dan memegang tangan
saya dan menerangkan bahawa Dia adalah Isa Al-Masih. Lalu ustaz itu menjawab bahawa saya telah
diganggu oleh Syaitan, dia pun berdoa untuk menghalau Syaitan itu supaya tidak menganggu saya.
Selepas itu saya kembali ke rumah saya.

Selepas saya sembahyang isyak pada malam itu, sekali lagi saya terdengar suara yang berkata :
"Akulah Isa Al-masih". Selepas itu saya tertidur di atas tikar sembahyang. Kemudian saya terasa ada
orang yang kejutkan saya, jadi saya lari ke bilik dan mula membaca Al-an sehingga tertidur. Pada
malam itu Dia datang lagi dan memegang tangan saya. Daripada jubahnya saya dapat lihat luka yang
sedang berdarah. Saya bertanya kenapa dadaNya berdarah dan tiba-tiba dada saya juga terasa
panas...!!! Pada saat itu saya juga tercium bau wangi seperti wangian bunga ros. Kemudian saya
tersedar.

Pada malam ke tiga Dia datang lagi kepada saya dan kali ini Dia berkata : "Akulah jalan keluar untuk
engkau". Sesudah saya mengalami peristiwa ini saya menelefon ke sebuah gereja dan bertanya
tentang apa yang saya alami itu. Mereka menjawab bahawa apa yang saya alami mungkin datang
daripada Syaitan ataupun mungkin daripada Allah sendiri. Kemudian saya telefon pula ke sebuah
gereja lain dan mereka menyuruh saya dibaptis. Apabila saya menelefon ke gereja lain pula, mereka
suruh saya tunggu satu minggu. Akhirnya seorang pemimpin gereja datang berjumpa dengan saya.
Apabila saya berdoa bersamanya, saya terasa disentuh oleh Tuhan. Saya mula percaya kepada Isa Al-
Masih dan saya percaya bahawa Dia adalah Roh Allah dan juga Kalimat Allah seperti yang TERCATAT
DI DALAM AL-ANBIYAA' 21: "Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya,
lalu kami telah tiupkan ke dalam (tubuh) nya Roh daripada kami dan kami jadikan dia dan anaknya
tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi alam semesta". (Al-Imram 45: "(ingatlah), ketika malaikat
berkata 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran putera yang
diciptakan) dengan kalimat (yang datang) kepada-Nya. Namanya Al-Masih "Isa Putera Maryam,
seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan salah seorang di antara orang-orang yang dekat
(kepada Allah).

Setelah saya percaya kepada Isa Al-Masih, setiap kali saya berdoa, saya tercium bau bunga ros. Dia
telah menolong menyelesaikan banyak permasalahan saya selama ini. Saya telah melihat kuasaNya.
Selepas saya mengikut Dia, hidup saya telah berubah. Kalau dulu saya adalah seorang yang panas
baran tetapi kini menjadi lebih banyak bersabar. Dulu saya juga merupakan seorang perokok tetapi
kini saya tidak lagi terikat dengan rokok.

Kepercayaan kepada Isa Al-Masih membawa jaminan penyelamatan. INI TERBUKTI DI DALAM AL-AN
SURAH AZ-ZUKHRUF 61 YANG BERBUNYI;"hazaasyiraatolmustaqiim", yang maksudnya; "IKUTLAH
AKU, INILAH JALAN YANG LURUS". Apakah anda bertemu dengan jalan yang lurus itu???
Sungguh menarik kesaksian en. Hisham tadi. Kenapa en Hisham tiba-tiba mengalami hal ini??? Jelas
dari kesaksian dia, en.Hisham adalah seorang yang sangat ingin mendekatkan diri kepada Allah.
Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Kitab TauratNya, Ulangan 4:29 "...dan jika kamu
mencari Allah dengan segenap hatimu, kamu akan menemuiNya." Keinginan en. Hisham terjawab
apabila Isa Al-Masih menjelma kepada dia. Siapakah sebenarnya Isa Al-Masih itu yang menjawab
kerinduan en. Hisham ini??? DI DALAM AL-AN SURAH AN-NISA' 171, menyatakan bahawa ISA AL-
MASIH adalah 'KALIMATULLAH' atau FIRMAN ALLAH. Ini merupakan salah satu daripada sifat-
sifatNya. Sifat Tuhan yang tidak boleh dipisahkan daripadaNya. Dengan perkataan lain Firman Allah
ialah Allah sendiri. Ini bererti Isa Al-Masih adalah diri Allah sendiri, kerana Dia tidak boleh dipisahkan
daripada Allah??? Dan menurut Al-an, Dia akan turun ke dunia ini untuk menghakimi umat manusia.
Hadith Shahih Muslim juga mengatakan; "Rasullulah bersabda: "Wallahi...!!! Layanzilan nabnu
Maryam Hakaman a'dila" yang bermaksud 'DEMI ALLAH...!!! SUNGGUH AKAN TURUN (AKAN
DATANG KEMBALI) ANAK MARYAM MENJADI HAKIN YANG ADIL'. Kenapa harus Isa Anak Maryam
yang datang menghakimi dunia ini??? Kenapa tidak nabi Muhammad sendiri yang mengadilinya
kerana zaman ini merupakan zaman umat nabi Muhammad dan bukannya umat Isa a.s. DAN APAKAH
PANGKATNYA ISA AL-MASIH SEHINGGA DIA BOLEH MENGHAKIMI KESELURUHAN UMAT DI DUNIA
INI??? Cuba renungkan apakah keistimewaan Isa Al-Masih berbanding dengan nabi-nabi lain
sehingga dia diangkat setinggi itu?V? Hanya Tuhan sahaja yang boleh menghakimi dunia ini. Kalau
diperhatikan, ini jelas menunjukkan bahawa siapa sebenarnya Isa Al-Masih itu.

Anda juga mungkin rindu mendekatkan diri kepada Allah. Percayalah kepada Isa Al-Masih hari ini dan
izinkan Dia menjawab kerinduan anda itu. Isa Al-Masih berjanji untuk menjawab kerinduan apabila
anda datang kepadaNya, mengikut perintahNya dan menerima ajaran-ajaranNya. Datanglah kepada
Dia sekarang...!!!

Anda mungkin juga menyukai