Anda di halaman 1dari 6

Ceramah israk mikraj (1)

1. 1. PENGENALAN Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa-peristiwa penting berlaku


dalam sejarah Islam.Peristiwa ini disambut pada bulan Rejab setiap tahun untuk
memperingati dan mengambil .pengajaran daripadanya
2. 2. AYAT AL-QURAN “ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan kepadanya
tanda- tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar Lagi
Maha Mengetahui .”
3. 3. DEFINISI  ISRAK ialah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada waktu malam dari
Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al- Aqsa di Baitul-Maqdis, Palestin.
4. 4. MIKRAJ ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Masjid Al-Aqsa naik ke langit
hingga ke Sidratul-Muntaha dan terus ke Hadziratul- Quds.
5. 5. LATAR BELAKANG  Mengikut pendapat yang masyhur, peristiwa Israk dan
Mikraj ini berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 Kerasulan, bersamaan dengan
tahun 612M,
6. 6.  Peristiwa ini juga berlaku selepas “Tahun Dukacita” iaitu setelah kewafatan
isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.  Sebelum peristiwa ini, Nabi
dihina, dicaci dan dicederakan di Taif ketika cuba menyebarkan dakwah Islamiah di sana.
7. 7. MENGAPA ISRAK DAN ?MIKRAJ BERLAKU  Salah satu mukjizat Nabi
Muhammad.  Salah satu cara Allah menunjukkan kekuasaanNya.  Menghibur dan
menenangkan hati Nabi Muhammad s.a.w.  Nabi menerima perintah solat
8. 8. PERISTIWA SEBELUM ISRAK  Nabi Muhammad dibedah oleh Malaikat Jibril dan
Mikail a.s. untuk menyucikan hati. Ketika itu Nabi sedang tidur di Masjid Al-Haram
bersama Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.  Setelah dibedah, seekor Buroq membawa
Nabi untuk di Israkkan.
9. 9. TEMPAT-TEMPAT PERSINGGAHAN NABI SEMASA ISRAK 1. Kota Toiyibah @
Yathrib (Madinah)- Tempat Nabi akan berhijrah dan menegakkan negara Islam. 2.
Madyan - Tempat Nabi Musa berteduh. 3. Bukit Tursina - Tempat Nabi Musa bermunajat
dengan Allah.
10. 10. 4. Baitul-Laham- Tempat Nabi Isa dilahirkan. 5. Baitul- Maqdis- Tempat yang
menjadi kiblat yang pertama bagi umat Islam.  Nabi Muhammad s.a.w. solat sunat 2
rakaat di semua tempat yang disinggahi.
11. 11. BEBERAPA GAMBARAN YANG DIPERLIHATKAN KEPADA NABI
MUHAMMAD S.A.W. KETIKA DIISRAKKAN
12. 12. 1. Jin Afrit membawa obor dan mengejar Nabi dari belakang dengan tujuan untuk
menghalang perjalanannya.  Setiap usaha kebaikan pasti ada halangan, gangguan dan
ujian.  Musuh utama manusia ialah syaitan dan sekutunya.  Manusia dilarang
bersahabat dan mendekati syaitan dan sekutunya.
13. 13. 2. Petani bercucuk tanam dan dapat memungut hasilnya dengan segera tanpa henti-
henti.  Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang berjihad pada
jalanNya dan suka bersedekah.  Orang yang buat kebaikan pasti akan menerima
ganjaran dari Allah.  Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal
dan membuat kebajikan.
14. 14. 3. Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) dan anaknya.  Iman
yang teguh perisai utama dari sebarang ujian dan dugaan Allah.  Allah akan
mengurniakan kepada orang yang berani mempertahankan keimanan.  Kemuliaan
seseorang terletak di atas keimanan.
15. 15. 4. Manusia memecahkan kepalanya sendiri dengan batu.  Balasan orang yang berat
atau malas mengerjakan solat fardu.  Solat fardu ibadah yang wajib diutamakan bagi
setiap muslim.  Setiap muslim mesti menjaga solatnya walau dalam keadaan apa
sekalipun.
16. 16. 5. Manusia makan duri daripada bara api.  Orang yang tidak mengeluarkan zakat
akan diazab di akhirat nanti.  Zakat perlu dikeluarkan bagi orang yang telah cukup
syarat untuk kepentingan orang Islam.  Zakat juga merupakan perisai orang Islam di
alam barzakh dan di akhirat.
17. 17. 6. Manusia makan daging busuk.  Perbuatan zina adalah dosa besar dan azab yang
menanti di akhirat.  Zina merosakkan institusi masyarakat.  Zina, homoseks, lesbian
dan seumpamanya boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti AIDS, Siplis dan
sebagainya.
18. 18. 7. Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu.  Amalan riba
adalah haram dan punca penindasan dan kezaliman dalam masyarakat.  Orang yang
mengamalkan riba termasuk pemberi, penerima, pencatat dan saksi akan menerima azab
Allah.  Islam menggalakkan sifat tolong- menolong, bermuafakat dan kasih-
mengasihani dalam hidup bermasyarakat.
19. 19. 8. Kayu berduri mengait orang yang lalu.  Orang yang suka mengganggu atau
menhalang orang lain membuat kebajikan akan dibalas dengan siksa yang pedih.  Islam
menggalakkan umatnya menjaga ketenteraman awam.  Islam juga melarang umatnya
membuang masa dan membuat kerja yang tidak berfaedah.
20. 20. 9. Manusia yang tidak mampu mengangkat beban (kayu) yang dipikul tetapi terus
ditambah.  Siksaan yang pedih bagi orang yang menerima amanah tetapi tidak
melaksanakannya.  Amanah mesti ditunaikan kepada orang yang berhak.  Sikap tamak,
pentingkan diri sendiri gila kuasa (pangkat) adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
21. 21. Manusia yang menggunting lidah. 10 10 dan bibirnya dengan gunting api .neraka
Islam mengutuk orang yang pandai  bercakap tetapi tidak melaksanakan .apa yang
dicakapnya Orang Islam mestilah bercakap benar  .dan merialisasikannya Bercakap
dusta adalah di antara ciri-  ciri orang munafik
22. 22. 11.Manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga.  Mengumpat
adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi.  Fitnah boleh merosakkan diri sendiri dan
hubungan masyarakat.  Siksaan yang pedih kepada orang yang suka mengumpat dan
suka mendengarnya.
23. 23. 12.Anak lembu yang keluar daripada lubang yang sempit dan bila besar ia bersusah
payah hendak masuk semula ke dalam lubang yang sempit itu.  Sikap angkuh dan
menyombong diri adalah ditegah oleh Islam.  Sifat sombong dan angkuh juga punca
permusuhan dan menutuskan silatur rahim.  Amalkan cara hidup Islam dengan sifat-
sifat mahmudah.
24. 24. 13.Mendengar panggilan daripada sebelah kanan (Yahudi) dan kiri (Nasrani). 
Yahudi dan Nasrani adalah musuh tradisi orang-orang Islam.  Golongan ini akan
sedaya-upaya cuba menghancurkan Islam dan umatnya.  Setiap muslim mesti sentiasa
berwaspada dengan tektik dan gerakan Yahudi dan Nasrani dengan memantapkan akidah
dan perpaduan ummah.
25. 25. 14.Suara panggilan wanita yang sangat cantik dengan penuh perhiasan di tubuhnya. 
Kemewahan dunia digambarkan dengan wanita yang cantik dan penuh dengan perhiasan
yang boleh menggoda manusia menunaikan tanggugjawab sebagai khalifah Allah. 
Orang yang kurang mantap akidahnya akan diperalatkan untuk merosakkan masyarakat.
 Setiap Muslim mesti menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
26. 26. 15. Orang tua yang menghalang di tengah jalan untuk mengemukakan pertanyaan
kepada Nabi.  Iblis sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal penat dan putus asa
untuk menggoda manusia dengan pelbagai cara.  Setiap muslim mesti sentiasa
berwaspada dengan tipu muslihat syaitan.  Sikap istiqomah dalam ibadah dapat
menyekat godaan syaitan.
27. 27. 16. Perempuan yang terlalu tua (bongkok) memanggil Nabi Muhammad untuk
bertanya.  Bumi telah terlalu tua, hampir berlaku kiamat.  Setiap Muslim hendaklah
memanfaatkan masa dengan kerja yang berfaedah di dunia dan akhirat.  Membanyak
dan menyegerakan taubat kepada Allah dan memohon maaf sesama manusia.
28. 28. PERISTIWA- PERISTIWA YANG DIALAMI OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W.
KETIKA DIMIKRAJKAN.
29. 29. 1. Menemui para Nabi dan malaikat yang menyambut kedatangannya dengan penuh
penghormatan dan kemuliaan pada setiap pintu langit yang dilaluinya serta mendoakan
untuknya. Di antara Nabi-nabi yang ditemui oleh Baginda ialah :
30. 30.  Langit Pertama – Bertemu dengan Nabi Adam a.s.  Langit Kedua – Bertemu dengan
Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.  Langit Ketiga – Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.  Langit
yang Keempat – Bertemu dengan Nabi Idris a.s.  Langit yang Kelima – Bertemu dengan
Nabi Harun a.s.  Langit yang Keenam – Bertemu dengan Nabi Musa a.s.  Langit yang
Ketujuh – Bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
31. 31.  Nabi Ibrahim a.s ada berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar umatnya
memperbanyakkan tanaman syurga dengan membaca zikir seperti berikut : ُ َ ‫س ب حا ن ا َو‬
‫َ ُ َ َ ِ ال حم د ِ َ َ ُْ ا و ل َ إله إل ا و ُ َ ِ ا اكب ر و ل َ حو ل َ َ َ ُ َ ُ ِ و ل َ ق و ة إل بالل ه‬
32. 32. 2. Setelah melalui lapisan langit yang ketujuh, Nabi Muhammad melihat pelbagai
keajaiban sehingga Baginda dibawa ke Sidratul-Muntaha. Di sini Nabi dapat melihat rupa
Malaikat Jibrail a.s. yang sebenar. 3. Nabi Muhammad s.a.w. juga dibawa melihat syurga
yang mempunyai 8 tingkat dan neraka 7 tingkat serta penghuni-penghuninya. Nabi
melihat kebanyakan ahli syurga terdiri dari orang-orang miskin.Manakala neraka
kebanyakan terdiri dari kaum wanita.
33. 33. 4. Nabi terus diMikrajkan sehingga ke “Mustawa” hingga Nabi mendengar “Qalam”
yang menulis di Luh- Mahfuz. Seterusnya naik hingga ke Arasy dan di sinilah Nabi
bermunajat dengan Allah. 5. Kemuncak dari Israk dan Mikraj ini adalah kefarduan ibadah
solat. Pada mulanya sebanyak 50 waktu, tetapi atas nasihat Nabi Musa a.s. , Nabi
berulang- alik menemui Allah, akhirnya solat fardu hanya tinggal 5 waktu sehari
semalam sahaja yang difardukan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.
34. 34. PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
35. 35. 1. Peristiwa ini adalah bukti kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah yang boleh
melakukan sesuatu dengan qudrat dan iradatNya yang ditunjukkan kepada Nabi
Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya. 2. Solat ialah satu-satunya ibadah yang
diwahyukan secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu solat merupakan
tunggak segala ibadah dan sebagai penentu penerimaan amalan-amalan lain.
36. 36. 3. Peristiwa ini juga menguji keimanan manusia sama ada menyakini tentang apa
yang disampaikan oleh Nabi atau menolaknya. 4. Gambaran-gambaran yang dipaparkan
dalam peristiwa ini banyak yang boleh dijadikan pengajaran supaya manusia menjauhkan
maksiat dan sifat-sifat mazmumah (terkeji) dan mengerjakan perintah Allah serta
mengamalkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam kehidupan seharian. Ganjaran yang
besar bagi orang yang beriman dan siksaan yang pedih bagi mereka yang ingkar.
37. 37. 4. Setiap Muslim juga mesti berwaspada dari godaan-godaan syaitan di samping
perancangan- perancangan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menghapus umat Islam di
bumi ini hingga hari kiamat. 5. Setiap Muslim hendaklah melakukan “Tazkiyatul-Nafs”
iaitu penyucian jiwa dan hati dengan solat, zikrullah, membaca Al- Quran, infaq harta,
muhasabah, mengingati mati dan sebagainya.
38. 38. KESIMPULAN Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. adalah suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Sebagai seorang
Muslim yang ‘committed’ dengan ajaran Islam, kita menyakini peristiwa ini dan
menjadikannya sebagai suatu cara untuk membuat ‘muhasabah’ diri dalam hidup kita.
Semoga dengan cara ini kita tidak akan tergolong dalam golongan mereka yang lalai dan
hanyut dengan keduniaan hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di
dunia yang fana ini.
39. 39. RINGKASAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ Sidratul- Muntaha, Bertemu Allah –
Difardukan Solat 5 waktu Mustawa,Arasy Langit 7 Nabi Ibrahim Langit 6 Nabi Musa
Langit 5 Nabi Harun Langit 4 Nabi Idris Langit 3 Nabi Yusuf Langit 2 Nabi Yahya & Isa
Langit 1 Nabi Adam Masjid Masjid Al-Aqsa Al-Haram Baitullaham Bukit Tursina
Madyan Madinah/ Yathrib Gambaran-gambaran Kehidupan di dunia
40. 40. AKHIR KALAM
41. 41. SOALAN KUIZ 1. Sebutkan nama surah dari Al-Quran yang menceritakan tentang
kisah Israk & Mikraj? 2. Nabi apa yang telah di Israk dan Mikraj oleh Allah? 3. Waktu
bila Nabi Muhammad di Israkkan? 4. Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad pada waktu
malam dari Masjid Al-Haram ke ……?
42. 42. 5. Bulan apa Nabi Muhammad di Israk dan Mikrajkan oleh Allah? 6. Apakah
kenderaan Nabi Muhammd ketika Israk dan Mikraj? 7. Sebutkan nama malaikat yang
menemani Nabi semasa peristiwa Israk dan Mikraj? 8. Apakah tujuan Allah mengisrak
Nabi Muhammad?
43. 43. Berapa jumlah rakaat mula-mula Allah. 9 fardukan kepada Nabi dan umat Islam
untuk ?solat 10. Apakah pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj? 11. Ada berapa
tingkat syurga? 12. Ada berapa tingkat neraka? 13. Sebutkan nama Nabi yang ditemui
oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika Mikraj?
44. 44. 14. Siapakah musuh umat Islam? 15. Sebutkan satu gambaran yang Nabi Muhammad
lihat semasa peristiwa Israk? 16. Kenapa Nabi Muhammad bersedih sehinggakan tahun
itu disebut ‘Tahun Dukacita’? 17. Di manakah Nabi Muhammad berjumpa dengan Allah
untuk menerima perintah solat fardu ?
45. 45. .SEKIAN. TERIMA KASIH SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
PENGAJARAN DAN PENGIKTIBARAN DARI PERISTIWA ISRAK DAN
MIKRAJ .TERSEBUT USTAZAH SITI JULIANA BINTI HJ. JAMIL

Anda mungkin juga menyukai