Anda di halaman 1dari 2

Eulala Scents Inc.

presents

PANTUN
ALAM
SEKITAR
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga di beli cantik sekali,
Alam sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni

Berjalan-jalan di taman,
Banyak kecantikan dapat diamati
Maka elakkan memandang dengan kerakusan,
kerana khuatir keindahan tidak kekal abadi

Pergi menyelam di dalam laut,


Pergi menyelam di laut China,
Kita perlu menjaga laut,
Agar khazanahnya terpelihara

Menanam biarlah berlebihan,


Menebang biarlah berpada-pada,
Kawal nafsu diri dengan sekuatnya,
Barulah diri dan alam dapat bersama

Masa berlalu sekelip mata,


Begitulah juga dengan umur,
Maka jagalah alam dengan sebaiknya,
Kerana alam kian menghampiri masanya

PANTUN ALAM
SEKITAR
MUHAMMAD AMSYAR BIN ZAIDI

KONSEP

Pantun ini bertemakan tentang menjaga kelestarian alam sekitar.

FUNGSI:PENDIDIKAN

Pantun ini bertujuan memberi pendidikan,kesedaran,pengetahuan

dan pengajaran kepada generasi muda mengenai kepentingan

menjaga alam sekitar dan kesannya sekiranya tidak menjaga alam.

RANGKAP 1:Ia mengisahkan bahawa alam sekitar perlulah dijaga

sebaiknya kerana alam sekitar mewarnai kehidupan kita dari

pelbagai aspek,maka wajarlah kita mengekalkan keharmonian

alam sekitar dengan sebaiknya.

Rangkap 2:Alam sekitar membawa keindahan di mata manusia

kerana ia mampu memberi ketenangan di hati dan jiwa,tetapi

kerana keindahan alam ini juga mampu mewujudkan sifat rakus

dan tamak dalam diri manusia yang membawa kepada kepupusan

dan kerosakan alam.

RANGKAP 3:Keindahan laut haruslah dijaga dengan

baik,kerana laut menyediakan sumber rezeki kepada manusia

serta mencatikkan alam sekeliling,laut juga merupakan harta

karun yang berharga bagi manusia,kerana apabila laut

tercemar,maka tertutuplah sumber pencarian rezeki nelayan.

RANGKAP 4:ia mengisahkan tentang aktiviti pemuliharaan dan

penebangan hutan,manusia boleh menebang hutan untuk

kegunaan dalam kehidupan harian,tetapi pada masa yang

sama haruslah menjaga alam dengan baik dengan menanam

semula hutan yang ditebang supaya hutan-hutan tidak pupus

dan dijaga kelestariannya.

RANGKAP 5:ia mengisahkan tentang masa dan umur kerana dua

perkara ini saling berkait antara satu sama lain,bumi semakin lama

semakin tua dan tenat,begitulah juga dengan alam,apabila tidak

dijaga,semakin lama ia kian hilang dan pupus dari pandangan

manusia.

Information source

https://microbenotes.com/photosynthesis/

Anda mungkin juga menyukai