Anda di halaman 1dari 8

iii- Contoh perlakuan beretika

Menggunakan masa dengan sebaiknya dan berusaha menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Melakukan kerja dengan sempurna, tidak mengharapkan orang lain dan rasa bersalah jika tidak dapat
menyempurnakan tugas sebagaimana yang ditetapkan.

Tidak memilih kerja serta tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada ketua.

Bekerja tanpa rasa jemu atau bosan serta sedia menjalankan sebarang tugas yang
dipertanggungjawabkan.

Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri dan sanggup berkorban masa dan tenaga
demi kepentingan perkhidmatan, di samping mengamalkan sikap tolong menolong terhadap kebaikan
dan menghindarkan diri daripada perbuatan buruk.

Patuh dan taat kepada peraturan serta berpegang teguh kepada ajaran agama di samping sentiasa
menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan cuai dan keji.

Menjalankan tugas secara kolektif dan menyedari idea yang diperolehi secara berkumpulan lebih
bernas dan mantap bagi mencapai kejayaan organisasi.

Menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan santun dan sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian
dan tempat kerja.

Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat, bijaksana dalam membuat pertimbangan dan mudah
memaafkan kesilapan orang lain.

- Contoh-contoh sikap

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam
usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan
integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong


perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan
integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad
ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
, cara fikir

Tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai perlakuan beretika beserta huraian.

Pembuatan Keputusan Beretika

Empat elemen dalam kerangka ini adalah :

Intensiti Isu Etikal

Perkembangan Kognitif Individu

Falsafah dan Budaya Korporat

Faktor-Faktor dorongan dan Sampingan

Etika kerja Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos' yang bermaksud khusus kepada 'character'
ataupun perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai
kajianmoraliti. Manakala Shea (1988:17) mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku
yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkah laku. Manakala istilah etika
dalam kalangan teknokrat atau pakar merujuk kepada isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para
teknokrat atau pemimpin yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen kakitangan
organisasi. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang
mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan khususnya bagi mereka yang meminggirkan agama dalam
kehidupan. Demikian itu, dalam negara bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang
berlandaskan ketinggian akhlak (Rosazman, 2014). Tidak ada definisi universal merujuk kepada istilah
etika (Ayee, 1998). Pemahaman maksud etika adalah salah satu istilah yang dikaitkan dengan sejarah
manusia, watak dan akhlak manusia. Ia membincangkan tentang baik atau buruk, betul atau salah
tingkah laku, menilai kelakuan terhadap beberapa kriteria mutlak dan meletakkan negatif atau nilai-nilai
positif di atasnya (Hanekom 1984). Manakala Chapman (1993) mendefinisikan etika sebagai prinsip-
prinsip asas tindakan yang betul dan peraturan tingkah laku (David, 2011: 3-4). Jika semua orang
melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat
bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun berlandaskan
moral yang baik. Namun apa yang menjadi isu adalah mengapa integriti ini masih sukar dicapai?.
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti
masih menjadi masalah utama kepada negara. Di ruangan akhbar sering dilihat berita segelintir
penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang
melibatkan kepentingan umum. Misalnya, rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong
barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan sebagainya. Pada satu tahap amalan tidak
berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari
budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat. Secara ringkasnya, pengkaji merumuskan
integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku, apakah tujuan kita melakukan sesuatu serta cara
atau kaedah yang digunakan untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul.
Maksud betul ialah mengikut ajaran agama serta mematuhi undang-undang. Melunsuri masyarakat
moden masa kini, norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kearah
kemajuan material dan nilai duit untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini
datangnya daripada suatu set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian
terhadap kehidupan manusia. Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan
untuk mengawal tingkah laku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukan dan meninggalkan
perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya
sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat
yang membolehkan teknokrat mengawal tingkah lakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Etika seharusnya dipelajari
dan diamalkan dalam kehidupan seharian dan dalam apa jua tingkah laku. Keberkesanan prinsip etika
terletak pada individu itu sendiri, tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak
dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki.

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu
panduan dalam mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Secara datarnya kod etika ini
berfungsi sebagai :

a. Inspirasi dan panduan

 Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan
dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai
landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.Dengan
panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu dan
mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan
tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.

b. Pencegahan Dan Disiplin

Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk
menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan
diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka
yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah
organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-
maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.

c. Memelihara Maruah Profesyen

 Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap
profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika
merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan
mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing.
Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap ahlinya
perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan
kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan
pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus
memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.

d. Memelihara Keharmonian

 Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan


sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada
berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya
menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang berkaitan.
Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan,
keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya

e. Sokongan

Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang
dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam
memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut
yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan
agama serta etika organisasi atau jabatan.

Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan dengan
etika professional syarikat berkenaan.

Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan
kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Etika
professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan
tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang professional.

Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti
perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika
yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat
amnya.
Budaya Kerja Berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;
i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi
menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti,
bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi
adalah dituntut.
iii) Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi
dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga
kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan
yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

- Kejayaan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan pihak ketiga pada
bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.
iv- Contoh-contoh perlakuan tidak beretika
Manakala ciri-ciri yang tidak beretika atau tidak mengamalkan nilai dan profesionalisme pula
antaranya memiliki sifat-sifat seperti
Sering melakukan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan yang ada, melakukan kerja-kerja
persendirian pada waktu pejabat atau berselindung di sebalik kerja-kerja rasmi.
Memilih kerja berdasarkan tempat, masa dan orang yang memberi arahan serta menunjukkan
ketekunan dalam melaksanakan tugas hanya di hadapan ketua.
Tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas, manakala hasil kerja tidak menepati tempoh
masa atau standard yang ditetapkan oleh organisasi di samping tidak berusaha memperbaiki mutu kerja
sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan dan organisasi.

Mereka juga selalu mengelak daripada membuat kerja dengan mengambil waktu kerja secara berlebihan
seperti membuang masa di kantin bersama kakitangan yang lain.

Sengaja melanggar peraturan dan arahan yang ditetapkan di samping suka membangga diri serta
merendahkan kebolehan orang lain. Biasanya mereka juga sukar menerima pandangan dan pendapat
orang lain.

- Contoh-contoh sikap

Tingkah Laku Yang Tidak Beretika Di Tempat Kerja

Pembohongan

Berbohong adalah sifat yang dibenci di dalam dan di luar tempat kerja. Ini membunuh kepercayaan,
mempengaruhi hubungan dan bahkan boleh membuat orang dalam masalah.

Terdapat situasi yang berbeza di mana pekerja berbaring di tempat kerja – dengan hanya satu
pembohongan yang membuka ruang bagi banyak orang lain. Ini boleh menjadi pengurus penjualan yang
berbohong mengenai jumlah pelanggan yang mereka dapat dalam sebulan atau pekerja yang membuat
panggilan sakit untuk menghadiri wawancara kerja lain.

Banyak pekerja mula berbohong dari CV mereka, dengan menambahkan pengalaman yang tidak mereka
perolehi, dan kemahiran yang tidak mereka miliki. Pekerja perlu memahami bahawa berbohong tentang
pekerjaan akhirnya dapat membuat mereka dalam masalah dan perlu berhenti sebelum mereka
kehilangan pekerjaan.

Namun, kita perhatikan bahawa pekerja berbohong kerana takut akan majikannya — seorang pekerja
akan memanggil orang sakit untuk pergi temu duga kerana syarikat-syarikat tidak berminat terhadap
pekerja yang menemu ramah syarikat lain. SDM harus menerapkan budaya yang lebih ramah yang akan
mendorong orang untuk maju dalam karier mereka dengan mengambil pekerjaan lain dan bahkan
menyokong mereka sepanjang proses tersebut.

Gangguan / Penganiayaan Lisan

Pekerja perlu menjauhi bahasa kasar pada rakan sekerja di dalam dan di luar tempat kerja. Ini sangat
penting ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan diketahui marah dan boleh mengakibatkan
penyalahgunaan lisan kerana produk atau perkhidmatan yang tidak baik.

Keganasan

Sama seperti gangguan verbal, pekerja tidak boleh berlaku ganas ketika berurusan dengan rakan sekerja
dan pelanggan. Pelanggan mungkin memprovokasi anda, tetapi lebih baik anda tutup mulut dan pergi
daripada melakukan kekerasan.

Kerja Berkaitan Bukan Pejabat

Sebilangan besar pekerja mempunyai pekerja sampingan yang mereka gunakan untuk menambah gaji.
Ini sangat baik dan hanya sedikit syarikat yang menentang pekerja yang bekerja untuk menjana wang di
luar waktu kerja. Walau bagaimanapun, sebilangan pekerja masih melakukan kerja yang tidak berkaitan
dengan pejabat pada waktu pejabat.

Pekerja yang mempunyai kesibukan sampingan harus mencuba melakukannya pada hujung minggu atau
menggaji orang lain untuk mengendalikan beberapa logistik perniagaan untuk mengelakkan makan di
waktu pejabat untuk menyelesaikan kerja.

Gangguan seksual

Gangguan seksual adalah kesalahan yang tidak terhad di tempat kerja sahaja. Seorang pekerja yang
dituduh melakukan gangguan seksual bukan sahaja akan menghadapi akibat di tempat kerja tetapi juga
dibicarakan di mahkamah.

Banyak syarikat mempunyai kadar toleransi sifar untuk gangguan seksual di dalam dan di luar tempat
kerja. Ini boleh mencemarkan reputasi syarikat dan satu-satunya cara untuk mengekang adalah dengan
membuat contoh mungkir.
Amalan Rasuah

Beberapa penyebab berlakunya rasuah dapat dilihat semasa proses pekerjaan sesebuah organisasi.
Mereka mengundang begitu banyak orang untuk menghantar CV mereka dan datang untuk temu duga
tetapi hanya orang yang mempunyai fahaman politik yang sama dengan mereka yang mendapat
pekerjaan.

Perkara ini juga biasa berlaku pada syarikat yang meminta kontraktor menawar projek tetapi pekerja
hanya akan memberikannya kepada rakan mereka yang mungkin tidak akan membuat tawaran sama
sekali.

, cara fikir

, tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai perlakuan tidak beretika beserta huraian.

- Kegagalan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan pihak ketiga pada
bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.

- Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya perlakuan tidak beretika tersebut (faktor


kekaburan/dilemma moral/perbezaan individu atau kumpulan).

- Kesan-kesan perlakuan tidak beretika (kepada individu/ masyarakat/negara/ alam sekitar dan
sebgaianya).

Anda mungkin juga menyukai