Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1.0 Pengenalan

2.0 Peranan yang dimainkan oleh wanita Tunisia

2.1 Peranan wanita Tunisia sebelum revolusi 2011

2.2 Peranan wanita Tunisia selepas revolusi 2011

3.0 Perbincangan utama dalam state feminism

4.0 Perbincangan: Bagaimana penulis boleh mengembangkan

dapatannya, apakah mungkin fokus kajian akan datang

dan hala tuju kajian akan datang serta bagaimana ilmu

berkenaan boleh dikembangkan lagi

5.0 Penilaian/ kesimpulan

Rujukan
1.0 PENGENALAN

‘State Feminism’ dan Perjuangan Wanita Di Tunisia Pasca Arab Spring 2011 adalah

sebuah artikel yang sangat menarik di mana pihak kami telah mengulasnya secara terperinci.

Artikel hasil kajian bersama antara Mohd Irwan Syazli Saidin dan Nur Amira Alfitri ini

diterbitkan di dalam volume 18: (Dec.) 2020, halaman 54 hingga 64, International Journal Of

Islamic Thought (IJIT) oleh Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Disember 2020.

2.0 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH WANITA TUNISIA

2.1 PERANAN WANITA TUNISIA SEBELUM REVOLUSI 2011

Lebih kurang 10 tahun yang lalu, fenomena ‘State Feminism’ dan perjuangan wanita

di Tunisia pasca Revolusi Arab Spring 2011 telah membawa perubahan yang amat ketara ke

arah susunatur politik Tunisia. Wanita mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat dan

mempunyai pengaruh dalam membina generasi yang mana wanita lebih terdidik dan terarah

dalam membina sesebuah kehidupan. Sepanjang tempoh 14 hari protes jalanan,

kesinambungan dan kebersamaan golongan wanita Tunisia telah memainkan peranan penting

dalam membantu golongan lelaki memastikan matlamat muktamad revolusi bagi perubahan

rejim. Dengan kekuatan dalaman yang ada dan semangat patriotik kemerdekaan yang

ditanam dalam diri mereka, kebangkitan wanita bersama-sama untuk bersatu padu dan

berganding bahu kerana dengan upayanya untuk memperluaskan jaringan protes bagi

menuntut hak ketidakadilan. Dengan ini, mereka berusaha membuka minda dan menjadikan

masalah itu satu peluang bagi mencapai kepentingan diri dan berpuas hati dengan gerakan

sosial yang dipelopori oleh wanita yang disebut sebagai gerakan ‘feminism’ telah berhasil

menyatukan seluruh wanita untuk turun ke jalanan dan berjuang mempertahankan kebebasan,

martabat, kesetaraan hak/ gender, keadilan, demokrasi bagi memperjuangkan status dan hak
asasi sebagai wanita serta kebebasan agama adalah hak masing-masing. Setiap falsafah

adalah sama iaitu proses pemikiran berbalik kepada satu hala tuju yang memberikan contoh

yg terbaik tentang penghayatan dalam diri wanita, melihat dan berfikir tentang jati diri.

Demontrasi yang didominasi oleh wanita dari pelbagai kalangan yang berdiri dibarisan

hadapan berhasil mengejutkan rejim dan ini juga mengungkapkan peranan penting yang

dimainkan oleh wanita didalam Arab Spring. Mereka turun ke jalanan untuk mencari

martabat, demokrasi dan hak kewarganegaraan yang mana selama ini aktivis wanita yang

menjurus kearah keislaman akan senantiasa menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa

dengan hak untuk berhijab disekat, memenjarakan wanita dan mereka turut diseksa secara

fizikal dan seksual semasa berada dalam tahanan.

2.2 PERANAN WANITA TUNISIA SELEPAS REVOLUSI 2011

Hanya Tunisia sahaja yang berjaya dalam peralihan kerajaan demokrasi selepas

tunjuk perasaan antipemerintahan Presiden Ben Ali yang mengamalkan pemerintahan

diktator dan menyalahgunakan hak-hak asasi manusia, terpaksa meletakkan jawatan setelah

23 tahun beliau berkuasa. Pada 14 Januari 2011, tarikh keramat yang menjadi titik tolak

perubahan besar politik di Tunisia daripada pemerintahan bercirikan diktator kepada

demokrasi apabila demontrasi jalanan telah mencapai kejayaan sehingga tercetusnya

Revolusi Tunisia. Proses peralihan kerajaan kepada demokrasi di Tunisia dipuji di peringkat

antarabangsa. Perubahan ini sebenarnya mencerminkan pergerakan sosial yang lebih meluas

oleh golongan wanita dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah memainkan

peranan penting iaitu berusaha mengumpul dan menyebarkan mesej tuntutan perubahan

kepada seluruh masyarakat Tunisia berkaitan penindasan, penganiayaan, penderitaan dan

ketidakadilan yang pernah dialami oleh mereka terhadap kebebasan mereka untuk beragama

dan hak mereka untuk bebas bersuara dan berpersatuan. Kesengsaraan mereka dijadikan

sebagai faktor utama yang menarik penglibatan wanita dalam Revolusi Tunisia. Platform
media sosial yang digunakan oleh mereka seperti youtube, twitter dan facebook telah

digunakan sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan berkaitan kezaliman rejim. Secara

tidak langsung, mereka juga menunjukkan inisiatif tersendiri dalam membantu masyarakat

setempat dengan menghulurkan bantuan, bergotong-royong menyediakan dan berkongsi

sumber makanan apabila sektor ekonomi terganggu akibat demontrasi jalanan. Ianya berjaya

menamatkan pemerintahan rejim dan membuka ruang untuk persaingan politik yang lebih

terbuka dan bebas. Ini dapat membina sistem pemerintahan yang demokratik dan mampu

memenuhi cita-cita mereka bagi kehidupan yang lebih baik. Pengukuhan transformasi politik

Tunisia yang dramatik serta penerusan kemajuan dalam pembangunan ekonomi juga

memerlukan kepada perubahan sosial, terutamanya apabila bercakap tentang peranan wanita

dalam kerajaan dan perniagaan. Penyertaan, peranan dan kepimpinan wanita Tunisia dalam

bidang politik, badan kehakiman dan masyarakat sivil amat penting bagi peralihan

demokrasi. Wanita dalam era pasca revolusi telah mengalami trajektori baru dalam kebebasan

politik dan sosial, negara telah mencatatkan peningkatan yang pesat dalam bilangan

penggubal undang-undang wanita yang aktif, eksekutif kerajaan, ahli politik, calon pilihan

raya dan kemunculan kumpulan hak asasi manusia, aktivis gender dan gerakan feminis.

Apabila peluang diberi, kesemua mereka ini telah terlibat secara langsung dan bersungguh-

sungguh untuk menerajuinya. Mereka berperanan dalam proses penggubalan Perlembagaan

Tunisia yang baharu bagi menghasilkan pengiktirafan perlindungan hak wanita melalui

artikel 46 pada 2014 dan Anugerah Harga Keamanan Nobel pada 2015. Apabila diangkat

oleh rakyat kerana mempunyai kepercayaan untuk membela nasib dan mempunyai jiwa untuk

membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar

untuk semua peringkat lapisan masyarakat. Ianya dikatakan satu tugas yang dikira sangat

murni dan suci. Pengorbanan adalah satu sifat wajib yang dilakukan baik dari segi masa,

tenaga, wang, keluarga dan sebagainya. Apabila ianya dapat dikecapi, perasaan rasa bangga
kerana penghormatan yang telah diberikan. Wanita dinilai dari aspek keikhlasan kerana

pengaruh yang ada dinilai dari impak dan hasil. Ianya bukan mudah untuk yang ada kuasa

memanifestasikannya demi manfaat kepada rakyat. Ia adalah satu kepuasan dan peluang ini

adalah satu platform untuk maju ke hadapan. Mereka mempertahankan kemerdekaan dan

patriotik ini di tanam dalam diri bagi generasi yg akan datang dengan menjiwai dan

menghayati kemerdekaan yang dipertahankan dan tentang pengorbanan nenek moyang

mereka. Peranan wanita turut diangkat dalam penggubalan perlembagaan baru Tunisia 2014

yang telah ditermeterai pada 26 Januari 2014 berasaskan matlamat untuk menjamin keadilan

dan kesaksamaan gender di antara lelaki dan wanita, memelihara hak-hak asasi manusia di

Tunisia yang merangkumi kebebasan beragama, bersuara, berpolitik, mengangkat golongan

wanita, mempromosikan demokrasi dan sebagai satu jaminan untuk menghalang Tunisia

kembali kepada pemerintahan diktator. Peranan aktif yang disumbangkan oleh ahli parlimen

wanita dalam proses pembuatan dasar negara merupakan input kepada penggubalan

perlembagaan baru bagi usaha untuk Tunisia ke arah inklusif, adil dan saksama terhadap

wanita untuk berjuang secara bebas dalam menuntut hak wanita yang telah dinafikan dan

memperkenalkan hak-hak wanita dalam kekeluargaan mahupun keperibadian.

3.0 PERBINCANGAN UTAMA DALAM STATE FEMINISM

State feminism merupakan sebuah konsep yang membincangkan peranan dan

tanggungjawab sesebuah negara dalam memperbaiki status wanita. Pendekatan State

feminism adalah berhubung kait dengan galakan dan acuan oleh pemerintah untuk golongan

Wanita mendapat akses di dalam proses pembuatan keputusan dan polisi negara. State

feminism menurut Lovenduski et.al [2005] ialah satu pendekatan bersifat ‘top down’ dengan

gabungan ‘affirmative action’ di mana pemerintah memainkan peranan yang aktif terhadap

permintaan atau tuntutan oleh pergerakan Wanita di dalam sesebuah negara usaha kea rah

keadilan gender tercapai. Pendekatan State feminism ini mula mendapat perhatian dan
dibincangkan secra meluas berikutan hasil penyelidikan berkaitan dengan politik gender di

negara-negara Nordik. Menurut Helga Hernes, buku beliau bertajuk Welfare State and

Women Power: Essays in State Feminism tanpa adanya campur tangan yang berkesan

daripada pihak kerajaan(yang kebiasaannya didominasi oleh golongan lelaki), kaum Wanita

cenderung untuk terus dipinggirkan dalam proses pilihanraya dan pembuatan dasar negara,

apatah lagi berkaitan dengan isu-isu kedudukan,keadilan dan hak asasi wanita.

Konsep State Feminism ini tidak mempunyai terma “gender’’ di dalamnya, ianya

membincangkan berkaitan keadilan gender dalam sesebuah masyarakat. Pengaplikasian State

Feminism ini dapat dilihat dengan jelas di negara- negara Nordik apabila terdapat golongan

feminis dalam pemerintahan negara yang membawa kepada polisi dan dasar kebajikan mesra

wanita, selain daripada tekanan dari bawah iaitu pergerakan-pergerakan wanita

tempatan(Hernes 1987 & Siim 1988). Helga Hernes(1987) berpandangan bahawa amalan

State Feminism mempunyai pelbagai polisi awam dan peraturan menerusi interaksi daripada

bawah dan intergrasi daripada atas yang membawa kepada politik mesra wanita.

Siim(1991)nmenganggap bahawa idea Hernes ini sebagai feminist from above,terma yang

merujuk wanita feminis yang yang bekerja sebagai pentadbir dan ahli birokrasi di mana

mereka mempunyai kuasa gender Bersama-sama ahli politik wanita dan lelaki yang

menyokong polisi berkaitan kesaksamaan gender. Pendekatan State Feminism dilihat relevan

dalam membincangkan tentang perubahan kedudukan dan peranan wanita hasil daripada

transformasi dasar dan penambahbaikan perlembgaan negara yang dilihat bersifat mesra

wanita. Kajian daripada Caitline Mulrine(2011), Andrea Khalil(2014), dan Imen

Yacoubi(2016) turut bersetuju bahawa sejak Tunisia melalui fasa peralihan system

pemerintahan daripada autokratik kepada demokrasi, pemerintah telah mengisytiharkan

sokongan terbuka terhadapa isu kesaksamaan gender dan hak wanita dan hal ini dapat dilihat

melalui usaha kerajaan Tunisia di bawah kepimpinan Moncerf Marzouki dan Beji Caid
Essebi yang menambah baik dasar ‘Code of Personal Status(CPS)’ sedia ada untuk

memberikan keadilan yang lebih meluas kepada wanita. Antara isu yang menjadi tumpuan

selain daripada hak berpolitik adalah berkaitan dengan isu penceraian, pengguguran bayi

secara perubatan dan status kewarganegaraan anak sekiranya dilahirkan oleh ibu bapa yang

berbeza taraf kekayaan. Usaha ini turut disokong oleh parti politik berhaluan Islam iaitu

Ennadha di mana pendekatan State Feminism diaplikasikan dalam memperjuangkan keadilan

sosial terhadap golongan wanita di Tunisia.

4.0 PERBINCANGAN: BAGAIMANA PENULIS BOLEH MENGEMBANGKAN

DAPATANNYA, APAKAH MUNGKIN FOKUS KAJIAN AKAN DATANG DAN

HALA TUJU KAJIAN AKAN DATANG SERTA BAGAIMANA ILMU BERKENAAN

BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI

Di sini, penulis mengembangkan dapatannya dengan mengkaji peranan wanita

Tunisia pasca Revolusi Arab Spring 2011 yang didorong oleh pendekatan state feminism

sehingga membawa perubahan dalam landskap politik Tunisia. Berikutan usaha dan

kecenderungan semasa state feminism di Tunisia, kami menjangkakan fokus kajian akan

datang akan memberi tumpuan kepada konflik-konflik yang akan berlaku. Ini berikutan

pertembungan antara idea state feminism yang dilihat menjurus ke arah pemikiran Barat

(sekular) dengan agama Islam dan sistem patriaki yang telah menjadi norma bagi masyarakat

bukan sahaja di Tunisia, tetapi negara Arab-Muslim rantau tersebut. Ekoran daripada itu,

dilihat hala tuju kajian akan datang adalah dengan membentuk state feminism acuan sendiri

yang sesuai dengan agama, dan budaya tempatan. Ianya supaya pendekatan ini diterima oleh

semua lapisan masyarakat dan mengelakkan dari ancaman ekstrimis agama demi kestabilan

negara. Pendekatan state feminism boleh dikembangkan lagi supaya ia merangkumi

perspektif bukan Barat serta mengambil kira budaya, agama, bangsa, umur dan analisis kelas

sosial masyarakat negara tersebut.


5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan artikel yang telah dianalisis, penulis artikel telah menekankan impak

keberhasilan perjuangan wanita Tunisia pasca Revolusi Arab Spring 2011 yang didorong

oleh pendekatan state feminism. Diamati, penulis telah memberi fakta yang tepat dan padat

dalam hasil kajian mereka di mana ia sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda kami

mengenai betapa dinamiknya pendekatan state feminism di Tunisia. Di sini, jelas dilihat

wanita di Tunisia telah memainkan peranan penting sehingga matlamat muktamad revolusi

iaitu perubahan rejim tercapai. Bukan setakat itu sahaja, wanita di negara tersebut

mempunyai kesedaran dan terus bersatu memperjuangkan nasib mereka sehingga menjadikan

Tunisia satu-satunya negara yang mendokong hak asasi dan kedudukan wanita pasca

Revolusi Arab Spring 2011 di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Dari artikel ini, dapat

disimpulkan bahawa wanita Tunisia dalam era pasca Revolusi Arab Spring 2011 telah

mengalami trajektori baru dalam kebebasan politik dan sosial sehingga mereka diiktiraf dunia

berbanding negara Arab-Muslim yang lain.

Anda mungkin juga menyukai