Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera yang diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para

hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid. Tajuk cerita saya pada pagi
ini ialah “ Seruling Sakti”.

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan
tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak prihatin terhadap
kebersihan. Penduduk membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan
tersebut menjadi tempat pembiakan tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Penduduk di


pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka
memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak.

Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk


menghapuskan tikus-tikus tersebut. Pada suatu hari, seorang pemuda yang tidak
dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk
menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah
atas kadar dua keping wang mas setiap orang.

Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran


pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak
sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan
panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang
diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia


mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu
sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang
berada di merata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya.
Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan
menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi
sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.
Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan
membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka menganggap kerja yang
dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya
dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia
menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu
telah menyebabkan tikus-tikus balik ke Hamelyn semula. Mereka menyesal di
atas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna. Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak
melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka.
Murid-murid, pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini ialah kita
hendaklah menepati janji. Orang yang tidak menepati janji akan dibenci orang.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai