Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA

PROGRAM PENCINTA BUKU


SEMPENA PROGRAM NEGARA MEMBACA
BERSAMA YBHG. DATUK WIRA DR. NOOR ZARI HAMAT
KSU MOTAC

14 Oktober 2021 (Khamis), 10.00 pagi


Secara Maya

BIL. PERKARA CATATAN


1. Assalamualaikum warrahmatullahitaala
hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga
Malaysiaku

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T


kerana di atas limpah kurniaNYA maka kita sama-

1
BIL. PERKARA CATATAN
sama diberi keizinan untuk hadir secara maya pada
pagi yang berbahagia ini ke Program Pencinta Buku
Siri Ke-4, bersempena dengan Program Negara
Membaca.

2. Selamat datang saya ucapkan kepada semua


penonton di luar sana, daripada kami di studio mini
PNM. Teruskan sokongan anda kepada apa jua
program/aktiviti anjuran PNM dan
MOTAC....sesungguhnya kami amat menghargainya
sokongan padu kalian. Terima kasih.

3. Baik lah sidang penonton yang saya hormati sekalian,


ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai Program
Negara Membaca ini, yang merupakan sebagai satu

2
BIL. PERKARA CATATAN
wahana ke arah pembudayaan membaca.

(rujuk bahan Lampiran I)

4. {SELESAI}

5. Seterusnya, sebelum kita menjemput tetamu


kehormat bagi Program Pencinta Buku ini, saya akan
bacakan terlebih dahulu biodata beliau, untuk
pengetahuan dan makluman penonton sekalian.

(Rujuk Lampiran II)

6. {SELESAI}

7. Assalamualaikum Datuk, apa khabar?

Selamat datang ke Program Pencinta Buku pada hari


ini, yang bersiaran secara langsung di alam

3
BIL. PERKARA CATATAN
maya...walau pun Datuk jauh nun di Putrajaya, tetapi
sebenarnya kita hanya dekat, bersebelahan sahaja,
memang sesungguhnya Datuk sentiasa dekat dihati
kami.

8. Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk atas


kesudian memenuhi undangan kami, menjadi tetamu
yang pertama dalam kalangan Penjawat Awam,
merupakan Tokoh Penjawat Awam bagi program
pencinta buku ini.

9. Baiklah, tanpa berlengah masa lagi, saya dengan


segala hormatnya mempersilakan YBhg Datuk Wira
Dr Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk
berkongsi ilmu dengan kami dan sidang penonton di

4
BIL. PERKARA CATATAN
luar sana. Apa yang akan beliau kongsikan, sama-
sama kita saksikan....Dipersilakan Datuk.

10. {SELESAI BERKONGSI ILMU}

11. Terima kasih diucapkan kepada Datuk.

12. Saya ada beberapa persoalan yang ingin saya ajukan


kepada Datuk.

13. Sebelum itu, kepada penonton di luar sana, jika ada


apa-apa soalan dan penjelasan lanjut yang
diperlukan, bolehlah utarakan dalam ruangan komen
dan chat. In shaa Allah kami akan cuba petik kelak.

14.

15. Datuk, jika dapat membuat rumusan atau kata-kata

5
BIL. PERKARA CATATAN
akhir kepada penonton di luar sana sebelum program
kita berakhir, silakan Datuk.

16. {SELESAI}

17. Terima kasih Datuk.

Justeru, jelas lah bahawa buku dan apa jua program


atau aktiviti perkongsian ilmu merupakan wahana
yang sangat signifikan dalam usaha membudayakan
pembacaan sebagai satu gaya hidup.

Seyogia simbiosis antara kerajaan dengan rakyat


mampu menghasilkan sinergi yang boleh merubah
senario masyarakat melalui pembacaan.

18.

6
BIL. PERKARA CATATAN
19. Jadi, dengan ini selesai sudah tugasan kita dalam
siaran langsung secara maya ini. Saya bagi pihak
Perpustakaan Negara Malaysia dan Jawatankuasa
Penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, KSU
MOTAC, yang sangat cool dan sporting, atas
kesudian memenuhi undangan PNM untuk bersama-
sama dalam Program Pencinta Buku kali ini.

Tidak lupa terima kasih juga kepada semua penonton


di luar sana yang terus kekal bersama kami dalam
menyokong apa jua aktiviti melibatkan program
galakan membaca, menyokong Dekad Membaca
Kebangsaan, terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung, terima kasih jua
7
BIL. PERKARA CATATAN
buat tim krew teknikal.

20. Akhirulkalam, sedikit teaser buat semua penonton.

Rujuk Lampiran IV

21. {SELESAI}

22. Terima kasih semua dan sehingga kita berjumpa lagi.

Sekian sahaja,

Assalamualaikum wbt dan Salam Keluarga


Malaysiaku.

8
9

Anda mungkin juga menyukai