Anda di halaman 1dari 2

UJIAN LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA TAHUN 2020

1) Tarikh : 21, 22 dan 23 Februari 2020


2) Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
3) Tempat : Daerah Rembau:
Sek. Keb. Dato’ Shahbandar, Rembau ▬► Pejabat Pendidikan
Daerah Rembau ▬► Sek. Keb.Legong Ulu
4) Penyertaan : Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah di Negeri
Sembilan
4) Tarikh Tutup Permohonan/Menghantar Borang Pendaftaran Kelompok:
--- 17 Februari 2010, Jam 2.00petang

1. TENTATIF PROGRAM
Jumaat (21 Februari 2020) : Berkumpul di padang SK Dato’ Shahbandar
5.00 ptg – 6.00 ptg : Pendaftaran di SK Dato Shahbandar, Rembau.
6.00 ptg – 9.00 mlm : Urus Diri, Makan malam, Solat Maghrib dan Isyak
9.00 malam : Taklimat Pengembaraan
- Penyediaan Buku Log
- Pemeriksaan kelengkapan pengembaraan
- Panduan menjawab soalan/task

Sabtu (22 Februari 2020) : Berkumpul di padang SK Dato’ Shahbandar


6-00 pg – 7.30 pg : Persiapan
7.30 pg - 8.00 mlm : Pengembaraan bermula
: ** Bermula dari SK Dato’ Shahbandar menuju ke
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau

Ahad (23 Februari 2020) : Berkumpul di dataran Pusat Kokurikulum PPD Rembau
6.00 pg – 7.30 pg : Persiapan
7.30 pg – 2.00 ptg : Pengembaraan disambung.
** Dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau ke Sek. Keb.
Legong Ulu
- Khidmat Masyarakat di Masjid SK Legong Ulu
2.00 ptg - 3.30 ptg : Tiba di SK Legong Ulu
- Penulisan buku log
: Majlis Penutup
3.30 petang : Bersurai

2. SYARAT KELAYAKAN
1.1. Pelajar Tingkatan 4 & 5 : Keutamaan adalah untuk pelajar Tingkatan 4. Bagi
pelajar Tingkatan 5 hanya dibenarkan jika telah memiliki 3 Lencana Tertinggi
Pengakap Remaja dan belum membuat Lencana Ekspedisi.
1.2. Berumur 16 – 17 tahun
1.3. Berdaftar dan menjelaskan Yuran Keahlian Pengakap Tahun 2019
1.4. Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap
1.5. Sihat tubuh badan.
1.6 Mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
1.7 Sanggup membayar RM 30.00 (untuk pentadbiran, bahan ujian & makanan)

1. SENARAI KEPERLUAN/PERALATAN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH


PESERTA:
1. Melengkapkan Borang Kebenaran Ibubapa.
2. Melengkapkap Borang Perakuan Kesihatan.
3. Membawa Tali Pengakap, Tongkat Pengakap dan Kompas Silva untuk Ujian
Orientering dan Anggaran
4. Membawa Peti Ubat, Kain Anduh dan Kayu Tuap yang secukupnya untuk Ujian
Pertolongan Cemas.
5. Membawa Khemah Igloo dan alas tidur.
6. Membawa Lampu Hurricane dan minyak tanah.
7. Membawa peralatan keperluan peribadi dan kebersihan diri.
8. Membawa pakaian dan kasut aktiviti secukupnya untuk sepanjang
pengembaraan serta baju hujan.
9. Membawa dapur perkhemahan, alatan makan dan bahan makanan
(kering/mentah) secukupnya untuk sepanjang pengembaraan. Peserta wajib
memasak makanan sendiri pada hari ke-2 (pagi, tengah hari & malam) dan hari
ke-3 (pagi). Sila bawa air kosong yang secukupnya.
Makluman : Makan malam untuk hari pertama (Jumaat - malam) dan hari ketiga
(Ahad – tengah hari) disediakan oleh penganjur.
10. Membawa alatan tulis selengkapnya dan sebuah buku log kulit tebal untuk
dijadikan Buku Log Pengembaraan

Anda mungkin juga menyukai