Anda di halaman 1dari 3

LAUNG AGUNG

Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia
dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik".
Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung
hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUAN
1.1 Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
1.2 Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
1.3 Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
1.4 Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
1.5 Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN
2.1 Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat
& nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2.2 Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat
kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela.
2.3 PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela
dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
2.4 Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar
mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
2.5 Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan
dan PKK menjatuhkan tangan mereka.
2.6 Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK
mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK
mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-
dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala
memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT
HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK suadah bangun tegak
dalam keadaan sedia.
2.7 Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMU BUAT HABIS BAIK?"
2.8 PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS
BAIK"
2.9 Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak
jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
3.0 Istiadat Bendera dalam Laung Agung. Akela akan berkata "BENDERA".
Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar
terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.
3.2 Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di
hadapan tiang bendera.
3.3 Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera
untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat
bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan
kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.
3.3 Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n
menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK
mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.
3.4 Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas)
berkata "AP" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim,
tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-
masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "AP"
sebagai isyarat turunkan tangan.
3.4 Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketau Pemimpin
atau minta menjalankan tugas lain.
3.5 Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan
uniform PKK sebelum membuat pengumuman.

GAMBAR RAJAH LAUNG AGUNG


AKELA

PEN.KETUA
SEKAWAN BERTUGAS

KETAU SEKAWAN
BERTUGAS

SEKAWAN
BERTUGAS BENDERA

PEMIMPIN-PEMIMPIN

Anda mungkin juga menyukai