Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

JOM MENDAKI
BUKIT PANAU TANAH MERAH 2020
“ MENGAMBIL IBRAH DISEBALIK PERJALANAN
DAKWAH RASULULLAH SAW”

TARIKH:
29 MAC 2020
HARI :
SABTU
TEMPAT :
BUKIT PANAU TANAH MERAH
ANJURAN:
UNIT TAKMIR
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

1. PENDAHULUAN

1.1 Kertas ini disediakan untuk mengadakan Program Jom Mendaki Bukit Panau
Tanah Merah 2020.

1.2 Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi semesta alam.
Misi utamanya adalah menyempurnakan akhlak manusia. Namun, dalam
perjalanannya banyak cabaran dan dugaan yang dialami Rasulullah SAW dalam
menjalankan misi mulia tersebut. Bahkan, seringkali nyawa baginda
terancam .Dalam perjalanan dakwahnya, ada tempat-tempat yang sangat
bererti dan bernilai tinggi. Tempat tersebut menjadi saksi betapa beratnya
dakwah yang harus dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Antara lain, tiga gunung
atau jabal yang dilalui oleh baginda, iaitu  Jabal Nur, Jabal Tsur, dan Jabal
Rahmah.

2. TUJUAN

2.1 Program ini dirancang bertujuan untuk memberi ruang kepada kakitangan Unit
Takmir dan guru takmir untuk melibatkan diri dalam riadhah secara bersama.
2.2 Untuk merasai susah payah dan rintangan yang dihadapi sepanjang pendakian
2.3 Pendakian berbentuk riadah ini secara langsung dapat merasai cabaran yang
dihadapi oleh Rasullah s.a.w mendaki gunung ganang dan bukit bukau ketika
keluar berdakwah.
2.4 Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Kakitangan Unit Takmir dan
guru takmir yang terlibat.

3. PENGANJUR

3.1 Unit Takmir, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

4. CADANGAN TARIKH & MASA

4.1 29 Mac 2020, Sabtu / 7.00 pagi – 1.00 tengah hari.

5. CADANGAN TEMPAT
5.1 Bukit Panau Tanah Merah

6. CADANGAN PESERTA

6.1 Kakitangan Unit Takmir - 13 orang


6.2 Wakil 3 orang Guru Takmir 10 Jajahan - 30 orang

7. CADANGAN ATUR CARA

7.1 Seperti di Lampiran A

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Seperti di Lampiran B

9. PERUNTUKAN

9.1 Perbelanjaan program menggunakan peruntukan di bawah Akaun 51107 Kod


PTJ106/24/16103 yang berbaki RM .......................

10.PENUTUP

10.1 Berdasarkan asas pertimbangan di atas, maka kertas ini diangkat dan
dikemukakan bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan YABrs. Timbalan
Yang Dipertua MAIK jua.

Disediakan oleh:

Unit Takmir
Bahagian Agama
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Lampiran A

CADANGAN ATUR CARA


JOM MENDAKI BUKIT PANAU TANAH MERAH 2020

TARIKH MASA PERKARA

7.30 pg - Pendaftaran
29/3/2020 - Berkumpul di Kaki Bukit Panau
- Sarapan Pagi
(SABTU)

7.35 pg - Taklimat Program


- Oleh : Pengarah Program

- Ucapan Alu-Aluan
- Oleh : YBrs. Pegawai Penyelaras Takmir, MAIK

8.00 pg - Pendakian Bermula


- Tiba dipuncak Bukit Panau
- Sesi Perkongsian Ibrah Sepanjang Pendakian

11.00 pg - Mula Turun dari Bukit


- Jamuan Makan (Nasi Bungkus)
- Bersurai
Lampiran B

PROGRAM JOM MENDAKI BUKIT PANAU TANAH MERAH 2020

PERKARA ANGGARAN JUMLAH

- Makan/Minum Peserta RM 10.00 x 43 peserta RM 430.00


(Mihun Goreng, Kuih & Minuman)

- Makan Nasi/Minum Tengah Hari RM 15.00 x 43 peserta RM 645.00

- Air Mineral RM 15.00 x 3 kotak RM 45.00

Baju T-Shirt peserta RM 25.00 x 43 RM1,075.00

Banner RM 150.00 RM 150.00

Lain-lain Perbelanjaan RM 500.00 RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2,845.00

Anda mungkin juga menyukai