Anda di halaman 1dari 2

Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha

untuk memupuk semangat bersatu padu antara kaum bagi membina negara yang
harmoni. Hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan
penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum dan mampu
mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Oleh hal yang demikian, perpaduan dan
keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian
dalam masyarakat Malaysia. Tanpa semangat bersatu padu, nescaya kemerdekaan
dan kedaulatan negara yang telah diperolehi sejak sekian lama akan hilang sekelip
mata. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mencapai semangat bersatu
padu dalam kalangan rakyat Malaysia?

Antara langkah- langkah untuk mencapai semangat bersatu padu dalam


kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ialah rakyat haruslah bergaul dan
memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah
menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata
mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa seharusnya
menggalakkan anak-anak untuk berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa
dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari perayaan. Dengan
cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan
mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai
jenis kaum dan etnik.

Selain itu, semangat bersatu padu antara kaum boleh dipupuk dengan
memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan,
aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi
antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan
adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan
dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa
mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan
kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu dalam menyediakan dan
menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum.
Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja
dapat mengeratkan hubungan malah menjadi lebih sihat dan cergas.

Seterusnya, semangat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui aktiviti


kemasyarakatan. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat
memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan
kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi
antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah
diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan
perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan
adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat
diwujudkan dan hubungan erat dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk
semangat bersatu padu.
Disamping itu, peranan media massa. Pada realitinya, memang tidak dapat
dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian perhubungan yang banyak
digunakan dalam era globalisasi ini. Langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum,
media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan
mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya,
stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan
dan mempunyai pelakon yang berbilang bangsa. Siaran program sudah pasti dapat
menerapkan nilai bersatu padu dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur.
Sesungguhnya, semangat bersatu padu akan tercapai dengan lebih mudah melalui
peranan media massa.

Akhir sekali, sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha


menerapkan gagasan Keluarga Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah
gagasan keluarga Maalaysia sebenarnya? Gagasan keluarga Malaysia yang diwara-
warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato Sri Ismail Sabri ini bertujuan
mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan
yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut,
kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menerapkan semangat
bersatu padu dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah kempen larian keluarga
Malaysia. Langkah ini dapat menyemai sikap mengenali antara satu sama lain dan
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat berbilang yang
berbilang kaum

Sebagai intihalnya, dapat disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran


sesebuah negara perlulah bergantung kepada semangat bersatu padu antara
kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus berusaha, seia sekata dalam iltizam
mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara. Semangat bersatu padu
antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu misi yang amat
penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan
negara bangsa.
Dengan ini diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada
berulang kembali dan menjadi iktibar kepada masyarakat Malaysia. Oleh itu, jika
semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, sudah tentu perpaduan rakyat dapat dikekalkan.

Anda mungkin juga menyukai