Anda di halaman 1dari 3

 

MODUL BANTUAN KECEMASAN : BANTU MULA (BEBAT DAN ANDUH)

Merupakan bantuan awal atau rawatan yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera (dipanggil
pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar berkelayakan.

BEBATAN

Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta
memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar.

Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau
ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.

Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian
dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.

Menggunakan bebatan.

  Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat


  Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut
  Memegang kain bebat di sebelah tepi
  Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan

IKATAN ANDUH

Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak 
mudah lucut.
 

INGAT!!!!

KIRI ATAS KANAN…. 

KANAN ATAS KIRI

BALUTAN

Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain
belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2
penjuru bertentangan.

 Lipatan Anduh Tiga Segi 

   Lipatan lebar - menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
   Lipatan kecil - menutup bebatan luka kecil.
   Lipatan pelapik - pelapik padat untuk mengawal pendarahan

Lipatan Anduh Tiga Segi

Anduh leher dan siku


 

 
Anduh tapak tangan dan tapak kaki

Nota :

Anda mungkin juga menyukai