Anda di halaman 1dari 15

STANDARD PRESTASI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU

PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

PENILAIAN 1. Kaedah Penilaian Pemerhatian dan penilaian berterusan Penilaian fizikal secara berkala Penilaian hasil kerja Senarai semak Lisan

2. Kekerapan Penilaian Penilaian dijalankan sepanjang masa. 3. Ciri-ciri Penilaian Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit. 4. Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. Menjaga kebersihan tubuh badan; 2. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat; 3. Mengenali ubat; 4. Mengurus emosi; 5. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain; 6. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan; 7. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit; dan

8. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Kata Kunci: KF - Kemahiran Fizikal KE - Kemahiran Emosi KP - Kemahiran Persekitaran D E - Deskriptor - Eviden

BAND

STANDARD Penerangan Generik tentang Aras Perkembangan Pembelajaran(SK &SP)

Dapat mempamerkan pengetahuan tentang kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

Dapat memahami nilai dan amalan dari aspek kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keperihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama.

Dapat membuat keputusan, meningkatkan literasi mengenai kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dapat melahirkan pandangan sendiri berkaitan kesihatan fizikal, emosi, sosial dan persekitaran melalui pembacaan berterusan.

Dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat.

Dapat mengadaptasi cabaran kehidupan seharian dalam membuat ramalan, menjangkau akibat dan mengendalikan perubahan dengan menggunakan teknologi maklumat.

STANDARD PRESTASI : PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU STANDARD Penerangan Generik tentang Aras Perkembangan Pembelajaran (SK & SP) Dapat mempamerkan pengetahuan tentang kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran DESKRIPTOR Apakah yang murid-murid tahu dan boleh buat (Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah) EVIDEN Bagaimana murid menunjukkan tahu dan boleh buat

BAND

Murid dapat: D1 Mengenal anggota tubuh badan.(KF)

Murid boleh: D1E1 Boleh mengecam/ menyebut/ menunjukkan anggota tubuh badan.

D2 Mempamer dan menyatakan D2E1 Boleh perasaan sendiri dan orang menyatakan secara lain.(KE) spontan/ melakukan aksi (mimik muka) perasaan. D3 Menyatakan maklumat diri. (KP) D3E1 Boleh menyatakan/ menyebut nama sendiri / nama ibu bapa / lokasi tempat tinggal (alamat) atau nombor telefon keluarga.

Dapat memahami nilai dan amalan dari aspek kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keperihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama.

Murid dapat: D1 Memahami dan menyatakan tentang:

Murid boleh:

Cara menjaga kebersihan D1E1 Menyatakan/ menyenaraikan diri,pakaian dan alatan kepentingan menjaga keperluan diri. kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan diri.
6

Jenis-jenis ubat dan kepentingan menyimpan ubat di tempat yang selamat.

D1E2 Memilih tempat yang selamat untuk menyimpan ubat. D1E3 Menyatakan jenis-jenis ubat dengan menggunakan perkataan yang diberi. D1E4 Menggunakan perkataan TIDAK atau JANGAN bagi menunjukkan sentuhan pada tubuh yang tidak selamat. Murid boleh: D2E1 Menyebut/mencatat nama ahli dan kedudukannya dalam keluarga. D2E2 Menyatakan tanggungjawab ahli dalam keluarga / penjaga. D2E3 Murid boleh menyebut tentang minat / keistimewaan ahli keluarga / penjaga. D2E4 Murid boleh menunjukkan perlakuan kasih sayang dalam keluarga / penjaga.

Sentuhan selamat dan tidak selamat. (KF)

D2

Dapat mengenal pasti / mengetahui: Kedudukan ahli dalam keluarga/ penjaga.

Tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga / penjaga. Prihatin terhadap minat / keistimewaan ahli keluarga / penjaga. Cara menunjukkan kasih sayang dalam keluarga / penjaga. (KE)

D3

Dapat mengetahui: Jenis- jenis penyakit berjangkit.

Murid boleh: D3E1 Menyenaraikan jenis penyakit berjangkit dengan perkataan diberi. D3E2 Murid bolah menyatakan cara kuman merebak. D3E3 Murid boleh menyatakan cara mencegah penyakit.

Cara kuman merebak.

Cara mencegah.(KP)

Dapat membuat Murid dapat: keputusan, meningkatkan D1 Mengamalkan gaya hidup literasi yang sihat melalui: mengenai kesihatan dan Menjaga kebersihan dan mengamalkan kebersihan diri. gaya hidup sihat

Murid boleh: D1E1 Murid boleh menunjukkan cara / menceritakan semula cara-cara menjaga kebersihan diri,tangan dan kuku,gigi,organ genital,peralatan keperluan diri dengan betul. D1E2 Menyatakan / menunjuk cara menggunakan peralatan keperluan diri dengan betul. D1E3 Menyatakan / menceritakan kepentingan kepentingan cara menyimpan makanan dan minuman.

Menjaga kebersihan peralatan keperluan diri dengan betul.

Cara menyimpan makanan / minuman secara bersih dan selamat.

Kepentingan menjaga kebersihan diri, kebersihan gigi, peralatan keperluan diri dan makanan / minuman.

D1E4 Menunjuk cara menggosok gigi dengan betul dan menyatakan kebaikan berkumur selepas makan. D1E5 Menyatakan waktu yang paling sesuai menggosok gigi. D1E6 Menyatakan cara yang spesifik untuk membersihkan bahagian genital mengikut jantina dan kepentingannya. D1E7 Menyatakan/ menerangkan keburukan berkongsi peralatan keperluan diri.

Amalan pengambilan makanan / minuman yang cukup, berkhasiat, bersih dan selamat.

D1E8 Menyenaraikan/ menerangkan amalan pengambilan makanan atau minuman yang cukup, berkhasiat, bersih dan selamat. D1E9 Menyatakan perbezaan di antara sentuhan selamat dan tidak selamat. D1E10 Menyatakan / menyenaraikan / menceritakan / caracara kuman membiak dan cara mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit daripada diri kepada orang lain dan sebaliknya.

Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat. Cara mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit daripada diri kepada orang lain dan sebaliknya dan cara kuman merebak. (KF)

Murid boleh: D2 Mempamerkan, membezakan dan mengenal pasti : Luahan perasaan. D2E1 Melakukan aksi (mimik muka) untuk menyatakan perasaan. D2E2 Menyatakan / berlakon cara-cara menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga / penjaga, rakan sebaya dan orang lain.

Hormat menghormati.

D2E3 Menyatakan/ Kehendak dan keperluan. menerangkan perbezaan keperluan dan kehendak diri. D2E4 Menyatakan/ menyenaraikan kelakuan buli dan membezakan pembuli dan mangsa. Murid boleh:

Perbuatan buli. (KE)

D3

Menjelaskan tentang: Maklumat diri.

D3E1 Menyatakan/ menyenaraikan / menceritakan peranan ahli dalam keluarga dan melengkapkan butiran diri dan keluarga. D3E2 Menyenaraikan orang yang boleh diberitahu,boleh dipercayai dan ciri-ciri orang dewasa yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat di rumah dan sekolah.

Orang yang boleh dipercayai.

10

Persekitaran yang selamat.

D3E3 Menyatakan/ Menyenaraikan situasi tidak selamat di rumah,sekolah,taman permainan dan tempat awam.

D3E4 Menyatakan/ Pengambilan ubat-ubatan menerangkan sebab mengapa perlu (KP). mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali. D3E4 Menyatakan / menerangkan sebab mengapa perlu mengelakkan diri daripada orang yang tidak dikenali. D3E5 Menyatakan / menerangkan bahaya berkongsi ubat.

Dapat Murid dapat: melahirkan pandangan D1 Menjelaskan dan memberi sendiri berkaitan pendapat tentang : kesihatan fizikal, emosi, sosial Kepentingan menjaga dan kebersihan diri. persekitaran melalui pembacaan berterusan Amalan pengambilan makanan yang sesuai mengikut waktu.

Murid boleh:

D1E1 Menjelaskan secara ringkas kepentingan menjaga kebersihan diri. D1E2 Menjelaskan/ menghuraikan/ menulis nota ringkas tentang amalan pengambilan makanan yang sesuai mengikut waktu makan.

11

Perlunya mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat. (KF)

D1E3 Memberi sebab/ menjelaskan mengapa perlunya mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat. Murid boleh:

D2 Menjelaskan tentang:

Keperluan dan kehendak D2E1 Membezakan/ menjelaskan keperluan diri dengan cara yang dan kehendak diri betul. dengan cara yang betul. D2E2 Menghubungkaitkan penggunaan perkataan TIDAK/JANGAN kepada sentuhan yang tidak selamat. D2E3 Menjelaskan/ menghuraikan tindakan untuk menghadapi dan menangani buli.

Penggunaan perkataan TIDAK/JANGAN kepada sentuhan yang tidak selamat.

Tindakan untuk menghadapi dan menangani buli.

D2E4 Menulis tentang Keistimewaan diri dan ahli keistimewaan diri dan dalam keluarga/penjaga. ahli dalam (KE) keluarga/penjaga. Murid boleh: D3E1 Menerangkan/menulis nota tentang situasi tidak selamat di rumah/ sekolah/ taman permainan/ tempat awam/ lain-lain.

D3 Menghuraikan secara ringkas tentang: Situasi tidak selamat di persekitaran murid.

12

Cara mengelak kuman dan penyakit berjangkit merebak.

D3E2 Menjelaskan/ menghuraikan cara mengelak kuman dan penyakit berjangkit merebak. D3E3 menghuraikan/menjelas kan / menulis nota ringkas mengenai keperluan memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika terjumpa alat-alat berbahaya.

Keperluan memberitahu orang dewasa yang boleh dipercayai jika terjumpa alat-alat berbahaya. (KP)

Dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat

Murid dapat: D1 Berkomunikasi dengan orang lain atau rakan sebaya tentang: Murid boleh:

D1E1 Menerangkan/ Ciri-ciri makanan dan minuman yang bersih dan menulis tentang ciri-ciri makanan dan minuman selamat. yang bersih dan selamat. Ubat yang boleh membahayakan kesihatan. D1E2 Menerangkan/ menulis tentang ubat yang boleh membahayakan kesihatan. D1E3 Menerangkan/ menulis penyalahgunaan pengambilan ubat.

Penyalahgunaan ubatubatan. (KF)

13

D2 Melahirkan dan menunjukkan empati terhadap: Berkongsi perasaan dan keperluan emosi.

Murid boleh:

D2E1 Menyumbang idea tentang rasa kepunyaan dan keperluan berkongsi emosi. D2E2 Menerangkan/ menulis tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga,rakan sebaya dan orang dewasa yang boleh dipercayai. D2E3 Menjelaskan/ menghuraikan ciri-ciri hubungan yang baik diantara diri dengan ahli keluarga,rakan,jiran dan masyarakat. D2E4 Menulis maklumat keluarga dan orang dewasa yang boleh dipercayai.

Kasih sayang.

Hubungan mesra.

Maklumat ibu bapa / penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan. (KE)

D3 Mengurus dan mengendali secara positif tentang: Sikap bekerjasama dan berkongsi dengan orang lain.

Murid boleh: D3E1 Menjelaskan / menghuraikan tentang sikap bekerjasama dan berkongsi dengan orang lain. D3E2 Menerangkan/ menjelaskan kepentingan mencegah kuman.

Kepentingan mencegah kuman.

14

Bantuan daripada orang lain ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.(KP)

D3E3 Menerangkan/ menjelaskan cara memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan. Murid boleh:

Dapat mengadaptasi cabaran kehidupan seharian dalam membuat ramalan, menjangkau akibat dan mengendalikan perubahan dengan menggunakan teknologi maklumat.

Murid dapat: D1 Menjelaskan tentang:

D1E1 Menghasilkan Kepentingan makanan dan minuman yang bersih buku skrap tentang kepentingan makanan dan selamat. (KF) dan minuman yang bersih dan selamat. Jenis-jenis makanan yang berkhasiat. Bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan), kecemasan dan jika terdapat masalah kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai. (KP) D1E2 Membuat demonstrasi / melakonkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan), kecemasan dan jika terdapat masalah kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai.

15

Anda mungkin juga menyukai