Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PITAS 2 PETI POS

12, 89100 PITAS, SABAH.

KERTAS CADANGAN/KERJA
KEJOHANAN ACARA BALAPAN DAN PADANG KALI
KE - 16 TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PITAS II

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


PENDAHULUAN
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan
sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan
Pekan Pitas bagi tahun 2022. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali ke –16 yang
pernah diadakan setelah terkandas selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19 sejak tahun
2019.

MATLAMAT
Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat
pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar
dalam aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan yang
diadakan, membolehkan murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan agar program ini akan dapat :

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang
lebih optimum.
2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerak
kerja yang diceburi.
2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.
2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya
dengan lebih cemerlang.
2.5 Murid yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke
kejohanan olahraga peringkat daerah
2.6 Murid sasaran untuk pernyertaan program ini ialah murid tahun 1 hingga tahun 6.

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


PELAKSANAAN :

Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori acara balapan dan
padang antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan
Kali Ke – 16 Tahun 2022 pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;

Tarikh : 24 – 26 Mei 2022

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Padang SK Pekan Pitas II

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :


Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 5 rumah sukan yang terdiri daripada
semua murid-murid SK Pekan Pitas 2. Berikut merupakan senarai rumah sukan yang
mengambil bahagian dalam kejohanan ini :

 Rumah ( Kuning )
 Rumah (Merah )
 Rumah ( Biru )
 Rumah (Hijau)
 Rumah (Ungu)

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


2. Acara Sukan

BIL ACARA TAHUN KATEGORI

PADANG
1. Lompat Jauh Tahap 2 Lelaki
Perempuan
2 Lompat tinggi Tahap 2 Lelaki
Perempuan
3. Lontar peluru Tahap 2 Lelaki
Perempuan

BALAPAN (INDIVIDU)
1. 50m Tahun 1 Lelaki
Perempuan
2. 60m Tahun 2 Lelaki
Perempuan
3. 80m Tahun 3 Lelaki
Perempuan
4. 80m (berpagar) Tahap 2 Lelaki
Perempuan
5. 100m Tahap 2 Lelaki
Perempuan
6. 200m Tahap 2 Lelaki
Perempuan

BALAPAN (BERKUMPULAN)
1. 4x50m Tahap 1 Lelaki
Perempuan
2. 4x100m Tahap 2 Lelaki
Perempuan
3 4x200m Tahap 2 Lelaki
Perempuan

Sebanyak 24 acara balapan dan padang akan dipertandingkan bagi kategori lelaki dan
perempuan dalam setiap peringkat bagi tahun 1, 2 dan 3 seterusnya tahap 2. Acara padang
hanya ditawarkan bagi murid tahap dua manakala acara balapan diagihkan kepada 3 kategori
bagi murid tahap 1 sementara tahap 2 dipertandingkan kepada semua murid tahap 2.

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH(RM)

Makan dan Minum 5 Rumah


1. RM150 x 5 RM750.00
Murid Sukan

Trofi : RM120.00
2. Trofi / Medal Medal : RM630.00 RM750.00
*Sila Rujuk Lampiran 1
1. RM70.00
2. RM50.00
3. Hamper 5 RM220.00
3. RM40.00
4.RM30.00x2 = 60
5. First Aid Kit 1 RM70.00 RM70.00

6. Air Minuman 500ml 8 kotak RM80.00 RM80.00

Keperluan Padang dan


7. RM500.00
Balapan.

JUMLAH KESELURUHAN RM2370.00

*maklumat terperinci, rujuk lampiran 2 bagi perkara 7.

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

 Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan


Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa
penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran
sekolah.
 Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 ( dua )
acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.
 Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan
yang kurang baik.
 Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan,
kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


Pembatalan :

 Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan.


 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam
acara-acara yang dipertandingkan.
 Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan
kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia
mendapat tempat kedudukan.

Hadiah-hadiah :

 Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan
mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.
 Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib Johan
dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang
dipertandingkan.
 Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan
individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah
berbentuk cup dan hadiah iringan.
 Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk
piala pusingan.

Bantahan :

 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis
dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.
 Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

JAWATANKUASA PROGRAM

*Rujuk Lampiran 3

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022


“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan Olah, Disahkan Oleh,

………………………… …………………………

(Kamlit bin Kindan) (Dg. Asnah binti Awang Damit)

S/U Sukan SKPP II PK Kokurikulum SKPP II

BALAPAN DAN PADANG KALI KE – 16 TAHUN 2022

Anda mungkin juga menyukai