Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

Zul-Helmi Bin Ilias


1. Nama Guru
Mereka Yang Tertewas
2. Judul 3. Bidang: Agama

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

“Mereka Yang Tertewas” novel hasil karya Hasanuddin Md Isa ini mengetengahkan sebuah cerita
yang lebih berlatar belakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di
Kampung Bukit Setugal. Tapa yang dahulunya hidup sebagai orang miskin di Kampung Padi
Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan
dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah. Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru
serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit
Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menebarkan syiar Islam.
Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung
tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa
di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk
Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan
anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Beberapa buah pondok
didirikan untuk dijadikan tempat menuntut ilmu agama. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila
mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin. Tomahan demi tomahan dilemparkan kepada
Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan
hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama
menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah
pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah
mereka lakukan ke atas Lebai Pa. 

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai