Anda di halaman 1dari 36

KURIKULUM STANDARD

SEKOLAH RENDAH

PANDUAN GURU
BAHASA MALAYSIA
TAHUN SATU
ISI KANDUNGAN
A. BAHAGIAN 1

PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU


1. Pendahuluan
2. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
3. Matlamat
4. Objektif Umum
5. Fokus
6. Kandungan Standard
7. Struktur Modul
8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
9. Pengisian Kurikulum
10. Tema
ISI KANDUNGAN
B. BAHAGIAN 2
CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur
2. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Membaca
3. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Menulis
4. Strategi Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa
5. Strategi Standard Kandungan Aspek Tatabahasa

C. BAHAGIAN 3
PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN
1. Tema: Kebersihan
2. Tema: Kekeluargaan

D. BAHAGIAN 4
1. Daftar Kata
2. Peribahasa
3. Glosari
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia

Tahun Satu
 disediakan sebagai bahan rujukan untuk
membantu guru menjana idea, merancang
dan melaksanakan pelbagai aktiviti P & P

 sebagai panduan kepada guru untuk


mengaplikasikan Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dalam
P&P
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia
Tahun Satu

 pelbagai aktiviti P & P yang berkonsepkan didik


hibur bagi memberi peluang kepada murid
melakukan aktiviti P & P secara aktif dengan
sokongan pelbagai bahan media.

 diharapkan dapat membantu guru untuk


menterjemahkan Standard Kurikulum Sekolah
Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang
mengetengahkan pendekatan modular dan
menitikberatkan pembelajaran secara didik
hibur.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia
Tahun Satu
 Dalam pendekatan modular ini, fokus P&P
diberikan kepada kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen
lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa.

 Kesemua fokus P&P ini amat penting dan perlu


dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu
mereka memantapkan kemahiran bahasa,
mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai
bidang ilmu pengetahuan, malahan menggalakkan
mereka berkomunikasi secara berkesan dan
bertatasusila dalam semua urusan.
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia
Tahun Satu

 turut memberi penekanan kepada aspek


pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang
merupakan aspek penting dalam P & P

 Strategi dan aktiviti P & P dalam Buku Panduan


Guru ini hanyalah cadangan. Guru digalak
menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah
suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan
kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap
pelaksanaan P & P
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia
Tahun Satu
Mengandungi empat bahagian;
 Bahagian 1 - pengenalan tentang Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan
Struktur Pendekatan Modular,

 Bahagian 2 - contoh-contoh Strategi Pengajaran


dan Pembelajaran,

 Bahagian 3 - contoh pemetaan rancangan


mengajar mingguan

 Bahagian 4 - daftar kata dan glosari Bahasa


Malaysia Tahun Satu.
Prinsip Kemahiran Mendengar dan Bertutur
i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
asas dalam kemahiran berbahasa.
ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan
jelas.
iii. Bahan ransangan penting untuk meningkatkan
minat dalam menguasai kemahiran mendengar
dan bertutur.
iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat
mempercepat penguasaan kemahiran.
v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan,
intonasi, jeda dan tatabahasa;
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian
dengan konsep.
Prinsip Kemahiran Membaca
i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran
membaca.
ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca
dan memahami.
iii. Kebersediaan murid dari segi perasaan dan
bahasa perlu diberi perhatian.
iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat
ansur maju.
v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid
memahami kandungan bahan bacaan.
vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca
diaplikasikan mengikut kesesuaian.
vii. Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa
kata dan ilmu serta minat membaca.
Prinsip Pengajaran Kemahiran Menulis

i. Kemahiran menulis menulis mekanis merupakan


asas kepada penguasaan menulis.
ii. Melahirkan idea dalam bentuk penulisan dan perlu
mengamalkan prinsip ansur maju.
iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis
huruf perlu dititikberatkan.
iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan
amalan.
v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan
kemahiran mengeja.
vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan
karangan yang baik.
Prinsip Pengajaran Seni Bahasa

i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan


kehalusan dan keindahan bahasa.
ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
iii. Penglibatan murid secara aktif dan
menyeluruh.
iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau
pembimbing yang sentiasa kreatif dan
imaginatif.
Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa
i. menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa
mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang
digunakan.
ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang
mudah kepada lebih kompleks.
iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus
atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran
bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan
dalam bentuk lisan dan tulisan.
vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan
alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang
menarik dan berkesan.
Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa
vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu
dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara
berkesan.
viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru
perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang
hendak disampaikan.
ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih
dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan
untuk pengetahuan dan kefahaman.
Modul Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia

 menekankan beberapa aspek dalam


pengajaran merangkumi fokus utama, fokus
sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran,
pengayaan dan pemulihan
 isi kandungan modul boleh diubahsuai
mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid
Modul Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia
Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan
berikut;
  Tema
  Tajuk
  Fokus Utama
  Fokus Sampingan
  Objektif
  Pengisian Kurikulum
  Sistem Bahasa
  Media
  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
 memuatkan aktiviti yang menjurus kepada
pencapaian objektif
 aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa
langkah pengajaran yang menggabungjalinkan
aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan
 strategi P & P ini juga memuatkan aspek
pentaksiran, pengayaan dan pemulihan serta
latihan-latihan yang berkaitan
 semua maklumat tentang strategi ini dipaparkan
dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum
dan catatan.
Pentaksiran
 dianggap sebagai sebahagian daripada proses
P&P
 merupakan proses penilaian untuk menentukan
pencapaian sesuatu objektif P&P tercapai
 pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam
setiap P&P
 hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru
dapat memastikan tindakan susul yang perlu
diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
memberi latihan pemulihan atau pengayaan
Aspek Pemulihan
 disediakan untuk membantu murid yang belum
menguasai kemahiran agar dapat memahami
pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan
penggunaan bahan yang berbeza dan sesuai
dengan kebolehan mereka
 bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta,
bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang
boleh digunakan secara berperingkat daripada
yang mudah kepada yang sukar
 latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan
murid dan kadar masa untuk mereka menguasai
sesuatu kemahiran
Aspek Pengayaan
 perlu diberikan penekanan dalam Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi
kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat
 murid yang membuat latihan pengayaan ialah
murid yang dikesan telah menguasai kemahiran
yang diajar melalui pentaksiran yang diberi
 murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza
daripada murid pemulihan
 bahan yang digunakan perlu lebih mencabar minda
dan digunakan secara bersendirian atau dengan
bimbingan guru yang paling minima. Bahan seperti
bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa
dan bahan-bahan untuk aktiviti boleh diberikan
kepada murid.
Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan

 hendaklah dijalankan secara serentak


 guru perlu memberi penjelasan cara
melakukan latihan pengayaan dan
memberi ruang untuk murid tersebut
membuat latihan yang diberi secara
sendiri
 pada masa yang sama guru perlu
memberi tumpuan untuk membimbing
murid yang lemah menjalankan aktiviti
pemulihan.
STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia


Sekolah Rendah berperanan dalam
melengkapkan strategi penggajaran dan
pembelajaran untuk mencapai objektif
dengan melibatkan pelbagai akitviti di luar
dan di dalam bilik darjah.
 Dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia, strategi merangkumi
pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti.
STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Pendekatan - wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi
perhatian yang lebih utama.
 Kaedah - cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.
 Teknik - merupakan suatu cara yang digunakan
oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih.
 Aktiviti - pembelajaran konvensional boleh
diterapkan kepada murid melalui ruang dan
peluang mengikuti proses pembelajaran yang
menyeronokkan dalam suasana yang kondusif
dengan teknik yang lebih menarik dan berkesan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 kepelbagaian gaya pembelajaran


 minat dan kecerdasan yang berbeza dalam
kalangan murid
 kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak
dan media elektronik
 boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk
saling melengkapi proses pengajaran supaya
tindakan susulan dapat dijalankan dalam menilai
proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memantapkan penguasaan murid
 murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan
melalui kemahiran generik yang berkaitan dengan
ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Berpusatkan Murid

 Strategi pengajaran dan pembelajaran


dalam Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi
membolehkan mereka berinteraksi dan
menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri.
 Oleh itu, murid dapat membina keyakinan
berbahasa.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian Teknik

 Teknik merupakan suatu cara yang digunakan


oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-
muridnya.
 Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah dan pendekatan yang digunakan.
 Dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah guru digalakkan menggunakan
pelbagai teknik mengajar.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknik-teknik pengajaran bahasa
 i. Teknik main peranan
 ii. Teknik permainan bahasa
 iii. Teknik latih tubi
 iv. Teknik bercerita
 v. Teknik inkuiri penemuan
 vi. Teknik perbahasan
 vii. Teknik kuiz
 viii. Teknik sumbang saran
 ix. Teknik soal jawab
 x. Teknik simulasi
 xi. Teknik drama
 xii. Teknik perbincangan
 xiii. Teknik forum
Kepelbagaian Sumber Bahan

 Penggunaan pusat sumber dan komputer


sangatlah digalakkan
 Bahan-bahan sumber seperti akhbar,
majalah, buku rujukan, kamus, Internet,
serta bahan sastera dan bahan berunsur
ilmu
Penggunaan Tatabahasa yang tepat

 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah


Rendah juga menekankan penggunaan
tatabahasa mengikut kemampuan murid dengan
tepat.
 Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu
merancang dan memilih aspek tatabahasa yang
hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan
kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.
Bacaan Luas
 memberikan peluang kepada murid
menimba pengetahuan dan membentuk
sahsiah yang baik bagi meningkatkan
gaya berfikir dan minat ingin terus
membaca
 boleh dijalankan dalam pendidikan
Bahasa Malaysia dengan menggunakan
bahan-bahan ilmiah dan sastera
Penekanan Konsep 5 P

 Strategi pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Malaysia menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian
 selaras dengan usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Pengisian Kurikulum

 Elemen dalam pengisian kurikulum ialah:

> ilmu,
> nilai murni,
> kewarganegaraan,
> peraturan sosiobudaya, dan
> kemahiran bernilai tambah.
Kemahiran Bernilai Tambah
 Kemahiran Berfikir
 Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
 Kemahiran Belajar Cara Belajar
 Kajian Masa Depan
 Kecerdasan Pelbagai
 Pembelajaran Konstruktivisme
 Pembelajaran Kontekstual
 Kreativiti dan Inovasi
TEMA
 Kurikulum Standard Bahasa Malaysia
menyampaikan pengetahuan serta membina
kefahaman tentang kehidupan dan alam
sekekelingi murid melalui kemahiran bahasa, iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, Kemahiran Menulis, Seni Bahasa dan
Tatabahasa melalui tema-tema yang dicadangkan.
 Melalui tema-tema ini akan dapat menambahkan
pengetahuan dan kefahaman, memupuk
kesedaran, membina jati diri, menghargai warisan
dan mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam
diri murid.
Cakupan tema
 Kekeluargaan
 Kemasyarakatan
 Kesihatan dan Kebersihan
 Keselamatan
 Perpaduan
 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
 Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
 Sains, Teknologi dan Inovasi
 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
 Pertanian
 Ekonomi
TERIMA KASIH
KERANA
MEMBERI PERHATIAN

JUMPA LAGI PADA SESI SETERUSNYA

Anda mungkin juga menyukai