Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
2022

HARI/TARIKH

22 OKTOBER 2022

TEMPAT

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

ANJURAN

PELAJAR SAINS SUKAN WARRIORS SEMESTER 1


KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
2022

NAMA AHLI KUMPULAN NO. KAD PENGENALAN


IZHNA MEHRIN BINTI 041220-14-0744
SHARAJIDEEN
NUR NADIAH BINTI MOHD 040306-16-0098
NAWAWI
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
2022

HARI/TARIKH

22 OKTOBER 2022

TEMPAT

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

ANJURAN

PELAJAR SAINS SUKAN WARRIORS SEMESTER 1


KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
2022
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan bola tampar yang dianjurkan ini merupakan amali Sains Sukan bagi pelajar
semester 1. Pengurusan Pertandingan Sukan ini bertujuan untuk meningkatkan potensi
yang ada dalam kalangan pelajar Sains Sukan serta dapat memupuk budaya sukan yang
positif secara interpersonal ataupun intrapersonal. Ia juga bertujuan untuk mendidik
pelajar-pelajar untuk membina keyakinan diri, membina keterampilan diri, meningkatkan
kadar kecergasan dan membolehkan para pelajar untuk membentuk jati diri yang tinggi.
Para pelajar dididik supaya dapat mencungkil bakat sendiri dengan meningkatkan
kemampuan diri melalui pertandingan yang disediakan. Pertandingan bola tampar ini
bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan malah dapat sifat keberanian yang
tinggi dalam diri masing-masing Selain itu, pelajar yang menyertai pertandingan ini juga
dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dalam satu pasukan sekali gus dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tambahan pula, pelajar dapat mengetahui
cara dan teknik bermain bola tampar yang betul serta mengetahui tentang permainan bola
tampar dengan lebih mendalam lagi. Pertandingan bola tampar juga dapat memupuk
semangat kesukanan dalam jiwa pelajar. Dengan aktiviti yang dianjurakan ini dapat
memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertolenrasi dalam kalangan peserta
dan pengelola pasukan sendiri.

2.0 MATLAMAT

2.1 Mengurus dan melaksana suatu pertandingan dengan menerapkan teori-teori yang
dipelajari dalam topik Pengurusan Pertandingan Sukan.
2.2 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan mental dan fizikal dalam
kalangan pelajar Sains Sukan.
2.3 Memupuk sikap bertanggungjawab dan kerjasama berpasukan antara satu sama
lain.
2.4 Mencungkil dan mengasah bakat baharu yang terpendam dalam kalangan peserta
dan pengelola pasukan.
2.5 Memantapkan disiplin diri dalam kalangan pelajar dan pengelola pasukan sendiri.
3.0 RASIONAL

3.1 Dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali,


mentadbir dan melibatkan diri dalam sesuatu kejohanan dengan cemerlang.
3.2 Dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan para pelajar.
3.3 Menerapkan nila-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bertolak ansur,
tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
3.4 Memberi pendedahan serba sedikit tentang pengurusan sukan untuk diaplikasikan
di peringkat universiti nanti.
3.5 Pelajar di didik supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan bersukan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Berkebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh yakin
berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan pertandingan sukan.
4.2 Mengaplikasikan kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang relevan dari
pelbagai untuk merancang, mengurus dan melaksana suatu pertandingan sukan.
4.3 Berkebolehan mencari idea dan penyelesaian alternatif semasa pengelolaan aktiviti
dan pelaksanaan pertandingan sukan.
4.4 Mempamerkan nilai dan etika profesionalisme semasa pengelolaan serta mampu
memimpin suatu pertandingan sukan.
4.5 Mempamerkan pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah, bekerjasama sebagai
satu pasukan serta mengamalkan etika dalam pengurusan pertandingan sukan.

5.0 TEMA

“ 1 PASUKAN 1 MISI ”

6.0 STRUKTUR ORGANISASI

6.1 JAWATANKUASA INDUK


PENAUNG : Puan Norjah Binti Yusop
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Puchong

PENASIHAT : Puan Zarina Binti Othman


Ketua Jabatan Sains Sosial
Kolej Tingkatan Enam Puchong

PENYELARAS : Cik Malisa Binti Abdul Majid


Guru Penasihat Sains Sukan
Kolej Tingkatan Enam Puchong
PENGERUSI : Wan Erin Irdina Binti Mohd Asri
NAIB PENGERUSI : Yoong Elaine
SETIAUSAHA : Izhna Mehrin Binti Sharajideen
BENDAHARI : Nur Nadiah Binti Mohd Nawawi
6.2 JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

7.0 AJK PERTANDINGAN : 1) Malathy A/P Karna Nethi


2) Izhar Daniel Bin Noorizram Zaizee
3) Thevarishi A/L Adam

AJK TEKNIK DAN PERALATAN : 1) Maran A/L Arasarathanam


2) Shamala Devi A/P Malar Maran

AJK KEPEGAWAIAN : 1) Muhammad Aqil Bin Azmi


2) Mohamad Arif Bin Mohamad Puzi
3) Nurulfazura Batrisyia Binti Haidil

AJK PENDAFTARAN : 1) Nasya Erika Binti Efendi


2) Nur Afikah Binti Md Kamal

AJK KESELAMATAN DAN : 1) Nur Balqis Binti Badarul Zaman


PERTOLONGAN CEMAS 2) Nur Batrisyia Qistina Binti Abdul
Khalil
AJK HADIAH DAN : 1) Nur Izzah Binti Mohd Adam Yusri
CENDERAMATA 2) Nur Shahrina Binti Muhammad Rosli

AJK BUKU PROGRAM : 1) Nurul Athirah Binti Amran Gilbert


2) Nurul Aida Izzati Binti Muzafar Shah
3) Try Widyastuty Binti Yusnan

AJK SIARAYA : 1) Pujita A/P Selvaraju


2) Raja Idris Syah Bin Raja Jasni Syah

AJK PUBLISITI DAN : 1) Nur Farah Zulaikha Binti Muhammad


DOKUMENTASI Zaidi
2) Shasvinrau A/L Simhachalam

AJK MINUMAN : 1) Sivaranjini A/P Raja Solen


2) Muhammad Amar Nazran Bin Mohd
Azuddin
ANGGARAN BELANJAWAN
Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang dinyatakan :

BIL BUTIRAN ANGGARAN


( RM )
1 Makanan & Minuman 240
2 Hamper 180
3 Pingat & Sijil 180
4 Kos - kos lain ( Papan Markah , Marker etc ) 60
5 Cenderahati 240
6 Sewa gelanggang 300
JUMLAH 1 200

8.0 SUMBER KEWANGAN

BIL BUTIRAN PENDAPATAN


( RM )
1 Sumbangan luar 600
2 Sumbangan PIBG 480
3 Yuran Penyertaan 120
RM 30 × 4
JUMLAH 1 200

9.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

Tarikh : 22 Oktober 2022 ( Sabtu )


Masa : 7.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kolej Tingkatan Enam Puchong
Anjuran : Pelajar Sains Sukan Warriors Semester 1

10.0 TENTATIF PERTANDINGAN

MASA AKTIVITI
7.30 Pagi Persediaan
8.00 Pagi Pendaftaran
8.30 Pagi Perlawanan 1
9.30 Pagi Perlawanan 2
10.30 Pagi Perlawanan 3
11.00 Pagi Rehat
11.30 Pagi Penyampaian hadiah
12.00 Tengah Hari Bersurai

11.0 PENYERTAAN

Terbuka kepada 4 pasukan yang terdiri daripada pelajar Sains Sukan mewakili Kolej
Tingkatan Enam Puchong.

12.0 SYARAT PENYERTAAN

12.1 Terbuka kepada semua pelajar tingkatan enam dari Kolej Tingkatan Enam
Puchong.
12.2 Penyertaan adalah secara berpasukan iaitu seramai 6 orang dalam satu pasukan.
12.3 Satu pasukan terdiri daripada 3 orang pelajar tingkatan 6 atas dan 3 orang pelajar
tingkatan 6 bawah.
12.4 Setiap pasukan harus mempunyai seorang ketua pasukan.
12.5 Setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang 5 minit sebelum perlawanan.
12.6 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian yang bernombor dan seragam dalam
satu pasukan semasa pertandingan.
12.7 Kemenangan dikira dengan menang 2 set daripada 3 set perlawanan.

13.0 PENUTUP

Kami berharap agar program yang telah dirancang ini mendapat sokongan daripada
pihak tuan supaya permohonan untuk mengadakan pertandingan ini diluluskan
seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka
dalam bersukan. Pertandingan ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar
dalam mempratikkan gaya hidup yang sihat. Hal ini dapat membentuk sikap
tanggungjawab dan berdisiplin serta peranan para pelajar semasa melakukan aktiviti
ini.

Disediakan Oleh : IZHNA MEHRIN BINTI SHARAJIDEEN


Setiausaha Sains Sukan Ronaldo,
Kolej Tingkatan Enam Puchong,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.
T/Tangan : ________________

Tarikh : ________________

Disemak Oleh : CIK MALISA BINTI ABDUL MAJID


Guru Penasihat,
Kolej Tingkatan Enam Puchong,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.

T/Tangan : ________________

Tarikh : ________________

Disokong Oleh : PUAN ZARINA BINTI OTHMAN


Ketua Jabatan Sains Sosial,
Kolej Tingkatan Enam Puchong,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.

T/Tangan : ________________

Tarikh : ________________

Diluluskan Oleh : PUAN NORJAH BINTI YUSOP


Pengetua,
Kolej Tingkatan Enam Puchong,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.

T/Tangan : ________________

Tarikh : ________________

Anda mungkin juga menyukai