Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan

Runtutan bunyi bahasa dapat dianalisis atau disegmentasikan berdasarkan tingkatantingkatan kesatuannya yang ditandai dengan hentian-hentian atau rehat yang terdapat dalam runtutan bunyi itu. Silabel merupakan unit bunyi yang ditandai dengan satu unit bunyi yang paling nyaring, yang boleh disertai atau tidak oleh sebuah bunyi lain didepan, belakang, atau sekaligus di depan dan di belakangnya. Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis, dan membicarakan runtutan bunyi-bunyi bahasa disebut fonologi. Fonologi dibezakan menjadi fonetik dan fonemik.

1.

Fonologi Adalah bidang linguistik yang mempelajari bunyi bahasa tanpa memperhatikan

apakah bunyi tersebut mempunyai fumgsi sebagai pembeza makna atau tidak.

Menurut

urutan proses terjadinya dibahagikan kepada tiga jenis fonetik iaitu fonetik artikulatoris, fonetik akustik, dan fonetik auditoris. Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds. Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu kira-kira berbunyi, Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna
1

yang diucapkan oleh manusia iaitu satu pernyataan yang begitu umum untuk mendifinisikan fonologi itu sendiri.Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua iaitu fonetik dan juga fonemik. 1.1 Fonetik Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud penkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik.

1.2

Fonemik Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitikberatkan analisis bunyi sesuatu bahasa.

1.3

Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi

diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, iaitu yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.

Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.

1.4

Artikulasi Fonem Diftong

1.4.1

Artikulasi fonem diftong [ai ]

Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: awalan [aising] [aikido] pertengahan akhiran [hairan] [kailan] [belai] [kedai]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ].

1.4.2 Artikulasi fonem diftong [ au ]

Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh:

awalan [aur] [aurat]

pertengahan [maulana] [saudara]

akhiran [pulau] [relau]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ].

1.4.3 Artikulasi fonem diftong [oi ]

Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh:

pertengahan [boikot]

akhiran [kaloi]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi]

1.5 1.5.1

Alat-Alat Artikulasi] Alat Pertuturan Dan Fungsinya

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

1.6

Alat Ucap Alat-alat yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa adalah sebagai berikut: <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Paru-paru <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Batang tenggorok <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Pangkal tenggorok <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Pita suara <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Krikoid <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Tiroid <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Aritenoid <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Dinding rongga kerongkongan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Epiglotis <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Akar lidah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Pangkal lidah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Tenggah lidah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Daun lidah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Ujung lidah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Anak tekak <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Langit-langit lunak <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Langit-langit keras
8

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Gusi, lengkung kaki gigi <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Gigi atas <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Gigi bawawh <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Bibir atas <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Bibir bawah <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Mulut <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Rongga mulut <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Rongga hidung

Bunyi-bunyi yang terjadi pada alat ucap itu diberi nama sesuai dengan nama alat ucap itu.

1.3

1.4 Apabila terjadinya bunyi bahasa bermula dengan proses mengepam uadara keluar dari paru-paru melalui pangakal tenggorok yang di dalamnya terdapat pita suara diteruskan ke udara bebas. Jika udara yang keluar tidak mendapat hambatan apa-apa, maka kita tidak akan mendengar bunyi apa-apa. Ada empat macam kedudukan pita suara iaitu pita suara terbuka lebar, pita suara terbuka agak lebar, pita suara terbuka sedikit dan pita suara tertutup rapatrapat. Tempat bunyi bahasa dihasilkan disebut tempat artikulasi, proses

terjadinya disebut proses arstikulasi dan alat-alat yang digunakan disebut alat artikulasi (artikulator). 1.3 Tulisan Fonetik Tulisan fonetik tiap huruf atau lambang hanya digunakan untuk melambangkan satu bunyi bahasa. Dalam tulisa fonetik, setiap bunyi, baik yang segmental mahupun suprasegmental, dilambangkan secara tepat, artinya setiap bunyi mempunyai lambang sendiri. 1.4 Klasifikasi bunyi Bunyi bahasa dibezakan atas vokal dan konsonan. Beza bunyi vokal dan konsonan adalah arus udara dalam pembentukan Bunyi vokal setelah melewati pita suara tidak mendapat hambatan apa-apa. Sedangkan bunyi konsonan arus udara itu masih mendapat halangan. 1.5 Klasifikasi vokal Bunyi vokal dikelaskan dan diberi nama berdasarka kedudukan lidah dan bentuk mulut. Kedudukan lidah dapat berposisi menegak atau melintang. Secara menegak dibezakan adanya vokal tinggi, vokal tengah, dan vokal rendah. Secara mendatar ada vokal depan, vokal pusat, dan vokal belakang. Menurut bentuk mulut ada vokal bundar dan tak bundar.

1.6

Diftong atau Vokal Rangkap

10

Disebut diftong kerana kedudukan lidah ketika menghasilkan bunyi ini pada bagian awal dan akhrnya tidak sama. Diftong dibezakan berdasarkan letak atau kedudukan unsur-unsurnya, ada diftong naik dan diftong turun.

1.7

Klasifikasi Konsonan Bunyi konsonan dibezakan berdasarkan tiga kriteria iaitu kedudukan pita suara, tempat artikulasi dan cara artikulasi. Berdasarkan tempat artikulasi kita mengenal, antara lain, konsonan: <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Bilabial <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Labiodental <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Laminoalveolar <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Dorsovelar

Berdasarkan cara artikulasi dapat dibezakan adanya konsonan: <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Hambat <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Gelangsar <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Paduan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Sengauan atau nasal <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Getaran atau trill <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Sampingan atau lateral <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Disedari atau aproksiman

11

2.

Unsur Suprasegmental Arus ujaran merupakan suatu runtutan bunyi yang sambung bersambung terus

menerus diselang-seli oleh jeda singkat atau agak singkat, disertai dengan keras lembut bunyi, tinggi rendah bunyi, panjang pendek bunyi, dan lain-lain. Dalam arus bunyi tersebut ada yang dapat disegmentasikan dan ada yang tidak, sebahagian daripada bunyi tersebut disebut bunyi suprasegmental atau prosodi.

2.1

Tekanan atau strees Tekanan menyangkut masalah keras lunaknya bunyi.

2.1.1

Nada atau pitch Nada berkenaan dengan tinggi rendahnya suatu bunyi. Nada dalam bahasa tertentu boleh bersifat fonem mahupun morfem. Dalam Bahasa tonal dikenali lima macam nada, iaitu:

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Nada naik <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Nada turun <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Nada turun naik <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Nada naik turun

2.2

Jeda atau sendi


12

Jeda atau sendi berkenaan dengan hentian bunyi dalam arus ujaran. Dibezakan menjadi sendi dalam (internal juncture) dan sendi luar (open juncture) .

2.3
1. Silabel

Adalah unit ritmis terkecil dalam suatu arus ujaran atau runtunan bunyi ujaran.

3.

Fonemik

Objek kajian fonetik adalah fon, dan objek kajian fonemik adalah fonem.

3.1

Pengenalan fonem Untuk mengetahui suatu bunyi merupakan fonem atau bukan harus mencari sebuah unit Bahasa biasanya kata kemudian dibandingkan dengan unit bahasa lain yang mirip.

3.2
1. Alofon

Alofon-alofon dari sebuah fonem mempunyai persamaan fonetik. Ertinya banyak mempunyai kesamaan dalam pengucapannya.
13

3.3

Klasifikasi fonem Fonem yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap arus ujaran disebut fonem segmental. Fonem yang sebaliknya yang berupa unsur supra segmental disebut fonem suprasegmental atau fonem non segmental.

3.4

Khazanah Fonem Adalah banyaknya fonem yang terdapat dalam satu bahasa

3.5

Laman Fonem
a. Asimilasi dan disimilasi b. Netralisasi dan arkifonem c. Umlaut, ablaut, dan harmoni vokal. d. Kontraksi e. Metatesis dan epentesis

3.6

Fonem dan Grafem Fonem adalah suatu bunyi bahasa terkecil yang berfungsi atau dapat

membezakan makna kata.

Objektif

Hari ini saya ingin bercakap mengenai bangsa Lundayeh yang baru sahaja saya kenali pada tahun ini. Bangsa Lundayeh ni sangat unik dan istimewa. Nama lain bagi Lundayeh ialah
14

Lunbawang

untuk

bahagian

Sarawak.

Di

Sabah

bangsa

ini

terdapat

di

Long

Pasia,Sipitang,Tenom dan Keningau. Ciri- ciri bangsa ni orangnya putih,cantik dan rendah. Sebenarnya banyak lagi ciri dan keistimewaan bangsa Lundayeh ini dan akan saya kongsikan bersama anda . Kajian ini dibuat adalah untuk memberikan penambahan ilmu kerana selama ini kita hanya mengkaji bahasa-bahasa etnik yang terdapat di Malaysia terutamanya di negeri Sabah. Apa yang kita tahu,negeri Sabah mempunyai banyak rumpun bangsa dan bahasa. Yang telah menjadi salah satu penambahan subjek dalam mata pelajaran di sekolah ialah Bahasa Kadazandusun. Dalam kajian ini, saya amat berminat untuk membuat kajian dalam bahasa Lundayeh. Saya amat tertarik dengan adat-istiadat yang dapat dibawa dalam masyarakat walaupun ada sebilangannya yang menyusahkan kaum itu sendiri. Namun begitu , kita sedia maklum bahawa bahasa itu menunjukkan bangsa. Kita haruslah mengenali pelbagai jenis bahasa kerana bahasa akan membuatkan kita dikenali dan mudah bergaul dalam sesebuah masyarakat. Kalau orang barat mahu mengkaji bahasa kita dan ada yang fasih berbahasa kita kenapa kita mesti malu untuk mengkaji bahasa-bahasa lain yang terdapat di negeri ataupun negara kita sendiri. Memang kita sedar bahawa generasi kini tidak berminat mengetahui bahasa ibundanya sendiri malahan mereka berebut-rebut untuk mempelajari bahasa asing sedangkan bahasa sendiri pun belum dikuasai sepenuhnya. Oleh itu, dengan adanya peluang seperti ini,mengapa kita mengetepikannya,inilah masanya kita mengetahui dan mempelajari bahasa-bahasa bumiputera Sabah yang lain. Tidak rugi mempelajari sesuatu yang baru dan jangan malu sekiranya kita salah mengutarakannya. Itulah belajar namanya. Melalui kajian ini maka adalah penting bagi kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bagaimana bahasa-bahasa itu dibunyikan dengan mengikuti peraturan-peraturan tertentu melalui Fonem dan Alofon, Kaedah Mengenal Pasti Fonem, dan Sistem Fonologi Melayu.

Kaedah penentuan fonem dan alofon a. Kaedah Pasangan Minima

15

Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [ duli] [saku] [sagu] [kari] [gari] [pakar] [pagar]

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza. b. Kaedah Pasangan minima terdekat. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh

16

dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbezabeza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza. c. Kaedah Penyebaran saling melengkapi Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah: [kita] [suka] [to] [kaju] [baki] [soro] [kalau] [Suka] [gagal]
17

Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem. d. Kaedah Variasi bebas Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas. Batasan Pemenggalan Bunyi iaitu Spektogram yang menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain atau juga dikenali dengan tidak terpisahpisah. Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. Diikuti oleh Segmen yang juga dikenali sebagai unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum kepada salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan dan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah. Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu.Ditambah pula dengan urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. Bukti yang menyokong andaian berkenaan: a)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan b)Ketersasulan c)Rima
18

d)Bahasa rahsia e)Perubahan bunyi Tidak ketinggalan juga Fonem iaitu unit bunyi terkecil yang membezakan makna dan setiap bahasa ada fonem berbeza iaitu inventori fonem yang berbeza. Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Kajian ini tidak akan terhasil tanpa penemuan-penemuan di dalam internet dan juga buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Walaupun sukar untuk memperolehi maklumat yang diperlukan tetapi demi untuk menyelesaikan kajian yang telah diamanahkan ini maka saya telah berusaha untuk bertemu dengan teman-teman lepasan universiti dan teman-teman seperjuangan. Berdasarkan pertemuan dan perbincangan dengan kawan-kawan serta tunjuk ajar dari rakan-rakan senior maka dapatlah saya maklumat-maklumat yang dikehendaki. Walaupun banyak rintangannya tetapi tidak ada yang mustahil.

19

2.

Isi (1) Bahasa Lundayeh Bagi bahasa Lundayeh, terdapat 5 ciri-ciri khas bahasa yang akan dikemukakan di

sini. Ciri-ciri khas itu ialah variasi bebas, vokal panjang, vokal rangkap, hentian glotis dan diftong /aw/ dan /au/.

2.1

Variasi Bebas

Bahasa Lundayeh juga mengalami variasi bebas seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu seperti perkataan faham dengan paham dan fikir dengan pikir. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama meskipun menggunakan konsonan f dan p. Menurut Abd. Hamid Mahmood (1997:54), variasi bebas merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan, dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna. Paitoon (2006:126) menambah, dalam lingkungan tertentu, kadang-kala terdapat sepasang bunyi yang memiliki fitur distingtif[1] tidak sama yang tersebar pada posisi yang sama dan tidak pula membezakan makna. Perhatikan beberapa contoh variasi bebas berikut:

paweh nuba meriruh jier

dengan dengan dengan dengan

faweh luba mediruh dier

kahwin nasi ketawa leher

20

Variasi bebas ini berlaku disebabkan pertembungan dua pengaruh bunyi sebutan dari suku kaum Lundayeh itu sendiri iaitu Lundayeh Pa Kemaluh dan Lun Bawang atau Lundayeh di Sarawak. Pergaulan seharian boleh mengubah sebutan asal sama ada dari sebutan Lundayeh Pa Kemaluh kepada Lun Bawang atau sebaliknya. Misalnya seseorang yang pada asalnya menggunakan bunyi sebutan /p/, pada suatu masa kemudian menggunakan bunyi sebutan /f/ daripada pengaruh pergaulan harian. Penggunaan konsonan /f/ mempunyai nada yang lembut berbanding bunyi /p/. Contohnya menyebut nama [Fadan] dan [Padan]. Perbezaan yang ketara ini hanya berlaku pada bunyi konsonan /p/ dan /f/ sahaja. Bunyi sebutan yang lain masih sama. Fenomena yang berlaku akibat penggunaan variasi bebas ini, penutur dengan sewenang-wenangnya menggantikan bunyi fonem /p/ dengan fonem /f/ kerana sudah menjadi amalan atau kebiasaan berbuat demikian. Konsonan /p/ tidak boleh dibunyikan fonem /f/ untuk nama orang seperti Pengiran, Padan, Kapung dan seumpamanya. Selain itu, kekecualian ini juga mencakupi fonem /p/ di posisi akhir seperti lutep tetap, takep bilik tidur dan tekip

2.2

Vokal Panjang

Selain diftong, bahasa Lundayeh juga mempunyai ciri prosodi seperti bunyi vokal yang panjang tanpa hentian ditandai oleh penggandaan vokal [:] pada kata.Vokal panjang berlaku pada posisi awal dan tengah kata. Misalnya; ool aar paad suut miid nginuud root [o:l] [a:r] [pa:d] [su:t] [m:d] [n:d] [ro:t] anting-anting/ subang pagar supaya kecil mengelap menyesal permainan
21

Dalam kebanyakan sebutan penutur bahasa Lundayeh, terdapat juga bunyi vokal panjang di akhir kata. Tetapi agar sukar mengklasifikasikannya dalam kumpulan ini kecuali ada peraturan untuk menyelaraskan satu sistem keselarasan bunyi seperti bahasa Melayu. Antara perkataan tersebut adalah seperti berikut:

balaa badaa baraa

[bala:] [bada:] [bara:]

percakapan pasir beras

2.3

Vokal Rangkap

Dalam bahasa Lundayeh terdapat juga pola vokal rangkap. Vokal rangkap berbeza dengan diftong. Vokal rangkap merupakan turutan dua vokal penuh yang diucapkan dengan penuh, antaranya terdapat pemisahan dua suku kata. Misalnya kata kuan yang bererti untuk atau kepada, vokal udan a adalah vokal penuh yang memisahkan dua suku kata iaitu ku dan an. Vokal rangkap juga menerima pengaruh unsur pembibiran (labialisasi), kerana sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir dalam keadaan bundar. Labialisasi adalah satu proses artikulasi tambahan yang secara kebetulan terhasil ciri bunyi [ w ] sebagai unsur sekunder di tengah-tengah vokal bundar dan leper yang terdiri daripada vokal /u/ dengan /a/, vokal /u/ dengan /e/ dan vokal /u/ dengan /i/ dalam satu kata yang berpunca daripada gangguan artikulasi tambahan[2]. Beberapa contoh vokal rangkap bahasa Lundayeh yang mengalami proses labialisasi adalah seperti berikut:

rua bua

[ruwa] [buwa?]

bambu untuk mengangkat air buah


22

rueb ruen kiung

[ruwb] [ruwn] [kiju]

air terjun melakukan muka

Selain proses labialisasi, vokal bahasa Lundayeh juga mengalami proses pempalatan seperti contoh perkataan berikut:

teu mesia

[twu] [msija?]

kita merah

3.

Isi (2)

Hentian Glotis

Dalam bahasa Lundayeh, hentian glotis atau glotalisasi banyak berlaku terhadap bunyi vokal pada posisi akhir perkataan. Paitoon (2006:212) menjelaskan bahawa glotalisasi terhasil kerana berlaku penyempitan alat artikulasi di kotak suara, iaitu pita suara dirapatkan. Isu penambahan [?] pada sesetengah kata yang berakhir dengan vokal setakat ini menurut Chong Shin (2004:213-214), masih tidak dapat diramalkan rumusnya, kerana ciri fonologi ini adalah varian Melayu Borneo Barat. Menurut Nothafer (1996:14) yang dipetiknya juga mengatakan bahawa varian-varian ini merupakan bahasa subkelompok Borneo Barat. Kehadiran hentian ini boleh membezakan makna sesuatu kata. Dalam bahasa Lundayeh hentian ini berlaku pada vokal yang terletak di posisi akhir kata sahaja kecuali vokal //. Jadi, bagi memudahkan penyebutan kata yang seumpamanya dengan tepat, simbol hentian () ditandakan bersama huruf vokal yang berkenaan seperti berikut: ina ina [in?] [in] emak tadi

23

bada bada iti iti buri buri ticu ticu

[bada] [bada?] [iti?] [iti] [buri] [buri?] [tiu?] [tiu]

pasir ajaran buah dada tanda / alamat kekotoran percakapan tangan diteruskan

Kehadiran hentian ini [] tidak hanya berlaku terhadap bunyi vokal depan dan vokal belakang tetapi juga vokal e taling. Misalnya: [e?] ya, benar, betul

Perkataan ina, bada, buri dan ticu di atas merupakan contoh perkataan yang akan menghasilkan makna lain jika berlaku hentian glotis. Jadi, dalam bahasa Lundayeh hentian glotis pada bunyi vokal di akhir perkataan sangat penting kerana ciri ini [?] berstatus fonem yang tersendiri dan bukan pasangan minimal /k/ dan /?/ seperti dalam perkataan kotak yang dibunyikan [kota?] Banyak perkataan Lundayeh yang menggunakan hentian glotis [?] ini.

3.1

Diftong /au/ dan /aw/

Kehadiran dua diftong ini nyata membawa ciri yang berlainan berbanding bahasa peribumi yang lain di Kepulauan Borneo ini. Fonem /u/ merupakan vokal bersuara manakala /w/ pula adalah separuh vokal. Kadang kala menjadi suatu kesukaran menentukan
24

bunyi diftong sama ada /au/ atau /aw/. Contoh perkataan yang mengandungi diftong ini adalah seperti berikut:

pagau arau irau megagau tuwau baw kerubaw

katil gabus untuk panah sumpitan pesta gelisah burung merak manik-manik kerbau

Penutup

Bahasa Lundayeh adalah salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa. Wallwork ( 1969 ) telah menyenaraikan beberapa fungsi bahasa, iaitu bahasa sebagai alat sapaan, digunakan bagi tujuan keupacaraan, sebagai alat bertindak, penyimpan rekod, untuk menyampaikan perintah dan keterangan, untuk mempengaruhi orang, curahan rasa hati, dan wadah memuatkan fikiran serta membolehkan seseorang itu berfikir. Namun begitu, fungsi bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia. Namun kini,bahasa telah menjadi satu bahan ilmiah untuk dikaji.

Walaupun telah pelbagai definisi

dikemukakan oleh para sarjana dan ilmuwan

bahasa. John P. Huges mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang
25

arbitrari yang digunakan untuk menyampaikan fikiran daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Samsuri ( 1978 ) pula menyatakan bahawa bahasa merupakan alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan, dan perbuatan. Edward Sapir ( 1948 ) mentakrifkan bahasa sebagai a purely human and non-instintive method of communicating ideas, emotions, and desires by means of a system of voluntary produced symbols. Albert B. Cook ( 1977 ) telah memberikan pengertian bahasa sebagai satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota sesebuah komuniti bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi, dan memindahkan kebudayaan mereka. Nelson Francis mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh artikulator dan digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka.

Biblografi

Jurnal Bahasa Lundayeh bertajuk Fonologi Bahasa Lundayeh di Sabah yang ditulis oleh S.M.D Robert Y.W.P Taringan dalam Jurnal Bahasa Jilid 8 Bil. 1 Jun 2008, halaman 104-131, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar, K. 1990. Kajian Bahasa yang Berorientasi Budaya. Pidato Pengukuhan sebagai Guru Besar Tetap di Bidang Linguistik pada Fakultas Sastra Universitas Andalas Padang.

Bonvillian, N. 1977. Language, Culture, and Communication: The Meaning of Messages. New Jersey: Prentice-Hall.
26

Duranti, A. 1997. Linguistic Anthropology. First published, Cambridge: Cambridge University Press. Fanany I. dan Rebecca F. 2003. Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

Anda mungkin juga menyukai