Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

1.0 SINOPSIS CERITA (RINDU AWAK SEPARUH NYAWA) …………. 1


2.0 ANALISIS DRAMA PILIHAN BERDASARKAN TEORI ………………….. 2
2.1 Pilihan Watak : Nazril Nazim ………………………………….. 3
2.2 Watak Nazril Nazim : Teori Pemusatan Pelanggan ………………….. 4

2.2.1 Pemilihan Teori Terbaik Bagi Watak Nazril Nazim …………… 4


2.2.2 Faktor Pemilihan Teori Pemusatan Untuk Watak
Nazril Nazim …………………………………………………………… 4
2.2.3 Teknik Yang Saya Gunakan Untuk Membantu
Nazril Nazim ……………………………………………………………. 5
2.2.4 Tindakan Saya Sebagai Kaunselor Menggunkan Teori
Pemusatan Pelanggan …………………………………………………… 6
2.2.5 Kelebihan dan Kekurangan Teori Pemusatan Pelanggan ………. 7
3.0 RUMUSAN …………………………………………………………………… 8

1.0 SINOPSIS CERITA (RINDU AWAK SEPARUH NYAWA)

1
Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih
Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk
Raqib kerana kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil,
sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya. Maisara berpura-pura menyukai Aidil.
Namun apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan
lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih lagi menyimpan perasaan demi kasihnya
berkenaan.

Pada masa sama, Qistina adalah satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara,
mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri. Pertemuan tanpa diduga
dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup dalam hidup Maisara.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami
insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut antara
mereka. Lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya,
Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim. Rentetan dari
pernikahan antara Maisara dan Nazril telah memutik rasa cinta tanpa mereka sedar. Pelbagai
peristiwa yang berlaku antara mereka yang akhirnya menumbangkan rasa ego masing-masing
dan membawa mereka kepada kasih sayang yang abadi.

2.0 ANALISIS DRAMA PILIHAN BERDASARKAN TEORI

2.1 Pilihan Watak : Nazril Nazim

2
Nazril Nazim merupakan pelajar yang mendapat jolokan nama “Pak Ustaz” semasa di kolej
merupakan seorang pemuda biasa sahaja. Beliau merupakan anak sulong dari dua beradik.
Berasal dari keluarga yang sederhana yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Adiknya
bernama Manja merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Di awal pertemuan dengan Kasih Maisara pada insiden kemalangan yang melibatkan mereka
berdua dan terjadi sedikit pertengkaran lantaran sikap Kasih Maisara yang sangat angkuh dan
sombong. Kemalangan ini telah menyababkan Nazril mengalami luka kecil dan tidak serius.
Namun selang beberapa hari dari kejadian kemalangan ini, Salina merupakan musuh ketat
Kasih Maisara telah mencabarnya untuk mengahwini Nazril dan cabaran ini telah disambut
dengan angkuh sekali oleh Kasih Maisara.

Nazril merupakan seorang pemuda yang mempunyai prinsip yang kuat dan merupakan
seorang yang diberikan pendidikan agama menolak luahan cinta yang dilafazkan oleh Kasih
Maisara. Namun, akhirnya Nazril akur dengan kata hati sendiri dan telah membuka ruang
hatinya untuk Kasih Maisara. Setelah mendirikan rumah tangga, Nazril mengetahui bahawa
dirinya sebagai bahan taruhan telah pergi meninggalkan Kasih Maisara. Lantaran sikap Nazril
yang mempunyai prinsip dan pegangan yang kuat telah menukar rasa cintanya kepada sebuah
keegoan yang sangat tinggi. Beliau cuba menipu diri sendiri untuk terus menolak cinta Kasih
Maisara di saat kedua-dua hati mereka sudah bertaut rapat. Sehingga Nazril tersungkur
dengan cintanya sendiri.

2.2 Watak Nazril Nazim : Teori Pemusatan Pelanggan

2.2.1 Pemilihan Teori Terbaik Bagi Watak Nazril Nazim

3
Nazril di awal drama ini merupakan suatu watak yang digambarkan dengan seorang yang
berprinsip dan tegas dalam menjalankan prinsipnya. Watak sebegini digambarkan dengan
lebih jelas apabila beliau tidak mudah marah semasa kemalangan dan tidak gopoh dalam
menerima cinta Kasih Maisara. Hal ini mungkin kerana beliau telah pun terdidik dengan
asuhan agama yang tinggi dan merupakan ketua keluarga setelah kematian ayahnya. Saya
memilih Teori Pemusatan Pelanggan sebagai teori yang sesuai untuk saya analisis sikap
dan watak Nazril Nazim kerana pada pandangan saya, watak yang dilakonkan beliau
adalah perkembang selari dengan teori yang digunakan. Sikap kebaikan dan cara
pengendalian konflik yang dilalui serta cara beliau mengatasi masalah juga merupakan
langkah yang bertepatan dengan prinsip yang terkandung dalam Teori Pemusatan
Pelanggan.

2.2.2 Faktor Pemilihan Teori Pemusatan Untuk Watak Nazril Nazim

Saya memilih Teori Pemusatan Pelanggan di mana saya rasakan watak Nazril Nazim ini
sangat bertepatan dengan perkembangan teori ini. Sesuai dengan Teori Pemusatan
Pelanggan ini ianya adalah berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942)
telah membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai. Manusia
juga mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri selain dapat
menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Watak yang
dilakonkan oleh Nazril adalah seorang yang tahu menyelesaikan masalah diri di mana
mengetahui kemahuan hati dan perasaannya.

Teori Pemusatan Pelanggan ini juga menekankan bahawa manusia adalah makhluk yang
boleh mempercayai diri mereka sendiri dan sikap kebaikan pada diri manusia. Pada hemat
saya, watak yang dimainkan oleh Nazril Nazim ini adalah sesuai dengan teori yang
digunakan ini bertepatan kerana Nazril merupakan seorang yang dikenali dengan sifat
kebaikannya walaupun dia seorang pemuda biasa. Beliau tidak mudah untuk marah
malahan dapat menahan kesabaran walaupun dilanggar secara tidak beradab. Nazril
sendiri tahu potensi dirinya apabila insiden yang melibatkan maruahnya dimainkan,
beliau dapat mengawal diri dari terus hanyut dalam penipuan perasaan. Di samping
mempunyai kebaikannya yang tersendiri, Nazril seringkali mempertahankan haknya agar
beliau tidak mudah untuk dibuli atau dipergunakan sewenang-wenangnya.

4
2.2.3 Teknik Yang Saya Gunakan Untuk Membantu Nazril Nazim

Di dalam Teori Pemusatan Pelanggan ini juga, Rogers (1987) menekankan 3 aspek
penting iaitu sebagai teknik untuk membantu Nazril Nazim iaitu:

(i) Keikhlasan dan ketulenan


(ii) Penerimaan tanpa syarat

Bersesuaian dengan watak Nazril Nazim, teknik yang saya gunakan untuk membantu
Nazril Nazim adalah dengan menerima pelanggan Nazril Nazim ini dengan rasa ikhlas hati
di mana saya perlu menghormati hak dan pandangan beliau dalam menyuarakan kata hati
dan prinsipnya. Seperti yang telah saya kaji sebelum ini, Nazril Nazim merupakan seorang
yang sangat memegang prinsip dan kata hatinya. Oleh itu, saya hanya perlu memberikan
peluandan ruang untuk Nazril meluahkan isi hatinya dan saya hanya bertindak sebagai
pemudah cara sahaja jika bantuan saya tidak diperlukan. Mengikut pandanagn Rogers sifat
keikhlasan dan ketulenan yang ada pada diri kaunselor, akan membawa pencapaian besar
serta membayangkan manusia akan bertindak dengan lebih waras dan sihat dalam sesuatu
keadaan.

Saya juga akan menerima keadaan pelanggan seperti Nazril Nazim ini dengan tanpa
syarat. Sebagaimana sikapnya yang baik iaitu mempunyai prinsip sendiri, mempunyai
kesabaran serta mempunyai didikan agama yang tinggi adalah suatu bonus yang besar
untuk saya. Namun dalam masa yang sama watak Nazril Nazim ini dilihat mempunyai
keegoan yang sangat tinggi. Beliau tidak akan semudahnya merendahkan keegoannya
hanya setelah hatinya dikhianati. Oleh yang demikian, jika dalam sessi untuk berbincang
tentang konflik diri, saya harus menghormati keputusan yang telah dibuat namun jika
berpeluang saya akan mencelah untuk menyatakan keburukan dan kebaikan keputusan
yang telah diputuskan oleh Nazril Nazim.

2.2.4 Tindakan Saya Sebagai Kaunselor Menggunkan Teori Pemusatan Pelanggan

5
Sebagai seorang kaunselor, saya akan menggunakan Teori Pemusatan Pelanggan jika saya
ditemukan dengan seorang yang mempunyai perwatakan seperti Nazril Nazim ini.
Pemusatan Pelanggan (Client Centered) Carl R. Rogers amat sesuai digunakan apabila
berhadapan dengan watak seumpama ini di mana Rogers telah mengemukakan konsep
kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dengan pelanggannya.
Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua-dua pihak
kaunselor dan kaunselor boleh menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara
mudah tanpa sekatan.

Manusia sebenarnya dilihat mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan
sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan diri apabila mereka mula mengenal
potensi diri. Seperti juga watak yan dimainkan oleh Nazril Nazim ini, beliau juga sentiasa
mencari peluang untuk memajukan diri. Apabila berhadapan dengan sesuatu konflik,
beliau cuba mengambil masa untuk berfikir dengan tenang tentang masalah yang
dihadapi.Sebagai seorang kaunselor saya harus membantu pelanggan mengenal pasti
masalah. Teori Pemusatan Pelanggan ini akhirnya bertujuan menyatupadukan antara rasa
hati organismik yang sebenar yang akan dialami oleh pelanggan dengan konsep
kendirinya. Perkara yang tidak kongruen akan disamakan semula, ini memupuk semula
keseragaman dalam diri individu itu sendiri. Oleh yang demikian, untuk watak Nazril
Nazim ini, sebagai seorang kaunselor, saya perlu untuk memberikan ruang padanya
semasa beliau berada dalam posisi yang kritikal dalam sebarang konflik.

Bagi memastikan kesan interaksi ini dijalankan dengan berkesan, saya perlu melihat mesej
verbal dan non verbal melalui kaedah serta kemahiran melayan dan mendengar. Sebagai
kaunselor, saya perlu peka gerak geri fizikal, nada rentak suara, pertemuan mata, cara
duduk, riak muka antara ciri penting yang diberi perhatian. Ungkapan gerakbalas oleh
kaunselor juga amat penting. Pertemuan dengan pelanggan seperti Nazril Nazim ini
sebolehnya dalam keadaan yang selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak merimaskan pihak
pelanggan. Mesej yang disampaikan mestilah sepadan dengan apa yang tersemat dalam
fikiran pelanggan. Kemahiran mendengar dan melayan perlu dipraktikkan dengan baik
sepanjang sesi antara saya dan pelanggan. Dalam masa yang sama saya akan cuba
membantu beliau dalam menganalisis dan mensintesis masalah yang dihadapi.

2.2.5 Kelebihan dan Kekurangan Teori Pemusatan Pelanggan

6
Seperti juga teori-teori kaunseling yang lain, Teori Pemusatan Pelanggan mempunyai
kekuatan yang tersendiri. Kekuatan dalam menggunakan Teori Pemusatan Pelanggan
adalah :
(i) Menekankan hubungan akrab antara kaunselor dan pelanggan. Hal ini adalah
kerana penggunaan teori ini membolehkan pelanggan meluahkan perasaan
tanpa perlu merasa terdesak malahan mereka merasa lebih selesa semasa
berkongsi pendapat dan rasa hati mereka.
(ii) Penerimaan, kejujuran dan penghargaan amat penting dalam membina
hubungan. Mengamalkan teori ini sebenarnya membuatkan pelanggan merasa
diri mereka dihormati kerana kanselor selalu menghormati pendirian
pelanggan.
(iii) Klien juga merasakan diri mereka adalah rakan kongsi dan berfungsi baik
dalam organisasi kaunselor. Mereka tidak merasa diri mereka terasing dan
tidak merasa diri mereka sebagai pelanggan.
(iv) Pelanggan juga turut merasakan kaunselor adalah rakan akrab mereka yang
sentiasa merendah diri.

Namun, pada masa yang sama, keburukan dan limitasi Teori Pemusatan Pelanggan ini
termasuklah:
(i) Toeri ini tidak mempunyai teknik yang tertentu yang boleh dihuraikan dan
dilaksanakan secara berperingkat.
(ii) Teori ini juga tidak menyediakan panduan yang sistematik untuk diaplikasi
oleh organisasi kaunselor.

7
3.0 RUMUSAN

Kaunseling merupakan suatu kajian dan proses memberi bantuan dari kaunselor kepada
seorang pelanggan atau kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan psikologi. Penguasaan
sesuatu teori membolehkan seseorang kaunselor merangka strategi untuk bertindak dalam
memberikan strategi untuk bertindak dalam memahami pelanggan mereka.
Dalam kajian ini saya telah memilih satu watak yang bernama Nazril Nazim di dalam drama
“Rindu Awak Separuh Nyawa” sebagai watak yang dianalisis. Beliau antara watak utama
yang menguungguli drama ini. Sikap dan watak yang dimainkan adalah suatu watak yang
berat namun penuh kematangan.
Bagi kajian ini juga saya memilih untuk menggunakan Teori Pemusatan Pelanggan sebagai
cara untuk menganalisis watak serta cara untuk saya bertindak sebagai kaunselor dalam
membantu watak Nazril Nazim di alam nyata. Menggunakan teori ini membuatkan pelanggan
merasa mereka lebih selesa dalam setiap sessi kaunseling di mana teknik-teknik yang
terkandung serta prinsip di dalam teori ini adalah lebih mudah untuk diaplikasikan. Terdapat
banyak kekuatan yang didapati apabila menggunakan teori ini termasuklah aspek kejujuran
dan pada masa yang sama pelanggan merasakan diri mereka dihargai dalam setiap pertemuan
sesi kaunseling. Namun tidak dinafikan bahawa terdapat juga limitasi dalam Teori Pemusatan
Pelanggan ini termasuklah tiada panduan khusus untuk kaunselor patuhi dalam melaksanakan
teori ini.

8
RUJUKAN

Combs, A.W. (1989) A Theory of Therapy: Guidelines for Counseling Practise. Newbury
Park, CA: Sage
Corey, G. (2000) Theory and Practise of Group Counseling (5th ed) Pacific Grove, CA:
BooksCole/Wadsworth
Egan, G. (1990) The Skilled Helper: Model, Skills and Method for Effective Helping/ Pacific
Grove, CA: Brooks/Cole
Othman Mohamed (1996) Teori-teori Kaunseling dan Psikoterapi. Serdang: IDEAL UPM.
Rogers, C.R. (1965) Client Centered Therapy. Boston: Houghton Mifflin Company

Anda mungkin juga menyukai