Anda di halaman 1dari 11

1.

0 SINOPSIS CERITA (RINDU AWAK SEPARUH NYAWA)

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih
Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk
Raqib kerana kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil,
sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya. Maisara berpura-pura menyukai Aidil.
Namun apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan
lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih lagi menyimpan perasaan demi kasihnya
berkenaan.

Pada masa sama, Qistina adalah satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara,
mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri. Pertemuan tanpa diduga
dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup dalam hidup Maisara. Dalam
kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal.
Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu .Tercetus
perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua
mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah
sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan
sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu
bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan sifat Maisara. Nazril satu-satunya lelaki
yang berani menegur perangai buruk yang ada pada Maisara. Egonya terusik dengan teguran
Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally. Sally yang kemudiannya
mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju
menerima cabaran tersebut menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh
Maisara dan Sally tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk terus mendekati Nazril dan memenangi
pertaruhan dia dan Sally. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda,
gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril. Mereka bakal disatukan setelah
keduanya tamat belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat
dibenci oleh Maisarah. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka
hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya
menyayangi Nazril kecewa. Manusia ini tidak sempurna dan seringkali melakukan kesalahan.
Maisara hidup dan belajar tentang ketulusan hati Nazril menyiram dirinya dengan cinta
membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai berputik dan mekar, Nazril
menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah sebuah ‘pertaruhan’ buat Maisara. Nazril
telah pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu
kepulangan suaminya namun Nazril tidak juga kunjung tiba.

Maisarah akhirnya kembali ke rumah orang tua Nazril untuk menemui cinta hatinya.
Kepulangannya disambut baik oleh mentuanya namun disambut dingin oleh suaminya sendiri
Nazril. Kepulangan Maisarah juga dilanda musibah dalam masa yang sama ayah Maisarah
telah meninggal dunia semasa ketiadaan Nazril disampingnya dan syarikat ayahnya telah
diisytiharkan bankrap namun tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Qistina dan Aidil.
Kehidupan Maisarah agak susah dan beliau mengambil keputusan untuk mencari Nazril,
suaminya. Di sebalik kesusahannya, Maisarah tidak pernah lokek memberi bantuan secara
sembunyi kepada sesiapa pun termasuklah Nurul Huda dan Kak Munah.

Pelbagai ujian telah Maisarah lalui dalam meraih kembali cinta suaminya, Nazril. Tambahan
lagi dengan kehadiran Nurul Huda di rumah Nazril yang menjadikan pelbagai perbalahan
yang berlaku kerana Nurul Huda juga bukanlah seorang yang bersikap baik seperti
penampilan yang ditonjolkan. Kerapkali Nurul Huda mengambil peluang untuk menggoda
Nazril dan membuat tomahan terhadap Maisrah. Maisarah walaupun pada zahirnya dahulu
seorang yang sangat ego, namun kerana cinta yang telah mula menyiram di dalam hatinya
terhadap Nazril telah berubah dan membuang semua egonya. Kerapkali Maisarah terpaksa
memakan hati atas perbuatan Nazril dan Nurul Huda. Akhirnya berlaku insiden yang terlalu
membuatkan Maisarah memakan hati kerana Nazril telah menghalaunya dari rumah setelah
mengetahui ayah Maisarah bankrap dan merasakan Maisarah ingin menumpang senangnya
dan mempergukan dia lagi. Maisarah telah keluar dari rumah Nazril bersama kandungannya
yang berusia 3 bulan. Dalam perjalanan keluar dari rumah Nazril, Maisrah telah mengetahui
berita kebakaran di rumah Kak Munah dan telah merempuh masuk ke rumah Kak Munah
untuk menolong Kak Munah. Namun, Maisarah telah terperangkap dalam api yang sedang
marak. Nazril terkejut dengan berita tersebut dan merasa amat bersalah.

Setelah beberapa bulan berada dalam kemurungan, Nazril yang masih belum dapat menerima
takdir kematian isterinya, merasakan isterinya masih hidup dan mencari Maisrah di merata
tempat. Akhirnya, terbocor rahsia bahawa Maisarah sebenarnya selamat dan menetap di
rumah sewa. Akhirnya mereka bertemu dan Nazril telah sedaya memujuk Maisarah dengan
pelbagai cara bagi membolehkan Maisarah kembali padanya. Akhirnya, mereka kembali
bersatu dan hidup bahagia.

2.0 ANALISIS TERHADAP FILEM

2.1 Analisis Terhadap Corak Keluarga

Keluarga adalah suatu institusi yang sejagat terdiri daripada individu-individu yang
mempunyai pertalian darah di mana ianya mempunyai bentuk-bentuk hubungan yang tertentu
di dalam menyelenggarakan aktiviti rumahtangga.  Keluarga yang berkualiti pada zahirnya
mampu untuk membentuk generasi yang positif, berdikari, berdaya tahan, berilmu, bersifat
saingan dan produktif.  Peranan keluarga adalah amat penting ke arah melahirkan sumber
tenaga manusia untuk pembangunan sesebuah negara.  Pembangunan keluarga dan manusia
tidak dapat berlaku dengan sempurna tanpa perancangan dan sokongan semua sektor
masyarakat.

Terdapat dua bentuk corak yang dibentuk dalam filem ini iaitu keluarga Nazril Nazim dan
juga keluarga Kasih Maisarah. Keluarga Nazril Nazim adalah sebuah keluarga yang lengkap
dengan didikan agama dan didikan kasih sayang dari ibu bapanya menjadikan Nazril Nazim
ini soerang lelaki yang matang dan selalu bersikap positif. Manakala Kasih Maisarah
merupakan seorang anak yang degil hasil dari pembetukan seorang ayah yang mementingkan
kewangan ekonomi semata-mata sehinggakan anak sendiri membenci seorang ayah.

2.2 Analisis Terhadap Tema Filem

Filem yang dipilih ini adalah berdasarkan hubungan dua hati yang pada asalnya tidak suka
antara satu sama lain namun akhirnya berkahwin dan saling jatuh cinta antara satu sama lain.
Kasih Maisarah berasal dari keluarga yang selalu bertegang lidah dan kurang kasih sayang
dan hidupnya sentiasa membentak. Manakala Nazril Nazim pula berasal dari keluarga yang
diberikan penuh didikan dan kasih sayang. Tema filem ini ialah tentang kekeluargaan di
mana cabaran untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga merupakan satu cabaran besar
bagi mereka. Namun dengan berbekalkan bantuan dan nasihat dari teman rapat Nazril iaitu
Aidil dan juga ibu kepada Nazril, ego yang menjadi batasan untuk Maisarah dan Nazril
bebaik semula dapat ditumbangkan. Hingga akhirnya, keluarga ini menjadi keluarga yang
harmoni dan bahagia pada akhirnya.

2.3 Analisis Terhadap Sempadan dan Peraturan Keluarga

Berdasarkan modul yang diberikan, menurut (Becvar & Becvar, 2006), peraturan dalam
sistem diertikan sebagai ciri-ciri atau bentuk hubungan dalam sesuatu sistem. Peraturan
adalah cerminan nilai sesuatu sistem dan tingkahlaku yang bersesuaian dalam sistem tersebut.
Peraturan sesuatu sistem adalah berbeza dengan sistem yang lain. Oleh yang demikian,
peraturan tersebut akan menjadi sempadan kepada sesuatu sistem itu sendiri. Walau
bagaimanapun, peraturan dan sempadan tidak dapat dilihat jelas kecuali dengan memahami
bentuk tingkahlaku dan tindakbalas yang terhasil dalam sistem itu sendiri. Peraturan dalam
sesuatu sistem bersifat implisit dan kebiasaannya wujud tanpa disedari oleh ahli-ahli sistem.

Berdasarkan Filem yang dipilih ini, peraturan yang diwujudkan dalam filem ini ialah sebuah
keluarga haruslah berada dalam keadaan harmoni di mana kedua-dua belah pihak suami dan
isteri haruslah sentiasa berdamai dan saling menyayangi. Namun oleh kerana tembok
keegoan seorang isteri dan juga suami inilah yang menjadi sempadan untuk mereka terus
hidup dalam kasih sayang dan harmoni. Sempadan yang wujud ini merupakan suatu
sempadan yang memisahkan sebuah kasih sayang dari terus disemai bersama. Jika temboh
sempadan ini dileraikan dengan baik, pastinya peraturan dalam sesebuah keluarga itu akan
mudah dituruti dan dilengkapi dengan mudah serta harmoni sekali.
2.4 Analisis Terhadap Struktur Keluarga

Berdasarkan modul yang diberikan, Minuchin (1974) berpendapat bahawa struktur keluarga
merupakan set yang tidak kelihatan (invisible) yang memerlukan peraturan bagi
membolehkan ahli-ahli keluarga berhubungan antara satu sama lain. Struktur yang menguasai
sesuatu keluarga boleh diperhati dengan cara pemerhatian tingkahlaku dan interaksi
percakapan mereka semasa sesi kaunseling berlangsung.

Jika dilihat dari filem ini, struktur yang terkandung di dalamnya adalah seimbang di mana
apabila Maisarah dalam keadaan keegoan yang tinggi dan bercakap dengan bahasa kasar dan
menguasai komunikasi, watak Nazril akan menjadi perlahan dan menelan dengan baik kata-
kata yang dilemparkan oleh Maisarah. Manakala sewaktu keadaan komunikasi menjadi
tegang di sebelah Nazril Nazim ini, watak Maisarah pula akan menjadi perlahan dan menelan
kata-kata yang dihujahkan oleh Nazril. Hal ini menjadikan struktur keluarga agak seimbang
dan salah satu pihak sahaja yang akan menguasai komunikasi di dalam sesuatu keadaan.

Oleh yang demikian, struktur keluarga dalam filem ini ada tersusun dan tidak bercelaru
walaupun komunikasi antara kedua-dua pihak adalah terkadang agak tegang, namun masih
dalam kawalan yang baik.
3.0 ANALISA INTERAKSI DALAM KELUARGA

3.1 Nilai-nilai Utama Yang Dipegang Oleh Keluarga Ini

Dalam hubungan sesebuah kekeluargaaan, kasih sayang merupakan harta terpenting yang
tidak dapat diganti dengan nilai wang ringgit dan sebagainya. Oleh kerana itulah, setiap ahli
keluarga perlu menjaga tradisi kekeluargaan bagi mengekalkan hubungan silaturahim antara
ahli keluarga. Semua ahli keluarga seharusnya mengamalkan nilai, adat dan budaya dalam
sesebuah keluarga yang diciptakan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Apa yang
dimaksudkan dengan nilai adalah dengan menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu
kebiasaan, adab dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam tradisi sebuah
keluarga. Tradisi keluarga ini jika dikekalkan akan menyemarakkan lagi nilai-nilai murni
serta jati diri dalam diri seseorang.

Di dalam filem yang dipilih ini, terdapat banyak nilai yang boleh diambil secara positif iaitu
kasih sayang, saling menghormati, saling berkasih sayang dan semangat setiakawan yang
ditunjukkan antara satu sama lain.

Di pihak Nazril iaitu selaku watak utama, beliau merupakan seorang yang sangat dihormati
oleh rata-rata orang di sekelilingnya. Nilai kesabaran dan rasa hormat beliau pada sesiapa
sahaja merupakan suatu yang tinggi. Nazril diwatakkan juga sebagai seorang yang penuh
kasih sayang kerana didikan yang diberikan oleh ibu bapanya sangat baik. Nazril yang
mempunyai seorang adik OKU, tetap menjaga adiknya dengan baik walaupun adiknya
seorang yang serba kekurangan. Nilai kasih sayang inilah yang juga telah meresap ke jiwa
isterinya. Di mana Maisarah seorang yang tinggi egonya tumbang dengan nilai kasih sayang
dari Nazril dan keluarga. Selain itu juga, watak yang dimainkan oleh ibu kepada Nazril
sangat berkesan di mana ibunya selalu memberikan kata-kata semangat dan menunjukkan
kasih sayang kepada anak-anak dan menantunya.

Maisarah walaupun pada awal wataknya seorang yang kasar, namun apabila disirami kasih
sayang dan ketulusan dari Nazril ini telah berubah menjadi seorang isteri yang menghormati
suaminya. Perubahan dan nilai sikap ini merupakan suatu yang sangat baik. Dengan
perubahan baik ini membolehkan mereka kemudiannya hidup dalam keadaan aman dan
damai. Perubahan yang berlaku dalam kehidupan Maisarah dan Nazril ini juga adalah kerana
bimbingan nasihat yang berterusan dari semua pihak kerana keluarga Nazril dan orang-orang
sekeliling mereka selalu hidup dalam berkasih sayang. Qistina pula merupakan seorang
sahabat yang sentiasa berada bersama Maisarah walaupun dalam susah dan senang. Qistina
selalu memberikan nasihat dan pertolongan yang sepatutnya pada Maisarah di saat Maisarah
berada dalam kesulitan dan kesusahan. Semangat setiakawan ini merupakan suatu nilai yang
mahal untuk didapati.

3.2 Corak Fungsian dan Tidak Berfungsi

Di dalam filem yang telah dipilih ini, keluarga yang terlibat dalam jalan cerita ini adalah
keluarga yang berfungsi. Di mana keluarga Nazril Nazim merupakan kekuatan terbesar yang
memainkan peranan sehingga kemelut yang melanda mereka akhirnya berakhir dengan
sebuah kebahagiaan. Peranan yang dimainkan oleh ibu kepada Nazril yang selalu
memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan penikahan dengan Maisarah telah
membuatkan Nazril semakin terbuka hati. Selain itu juga, ibu Nazril ini seringkali membuka
peluang untuk Maisarah untuk terus membuat kebaikan walaupun tidak dipandang oleh
Nazril. Kewarasan ibu Nazril untuk meminta Nurul Huda agar tidak tinggal di rumahnya lagi
agar membuka peluang kepada Nazril dan Maisarah untuk berbaik semula adalah suatu
tindakan tegas yang harus dipuji.

Walau bagaimana pun watak yang dimainkan oleh ayah Maisarah merupakan watak yang
agak tidak berfungsi. Beliau lebih banyak memendam dan tidak menerangkan perkara yang
sebenarnya kepada Maisarah walaupun keadaan mendesak. Hubungan antara dua beranak ini
selalu tegang dan akhirnya Maisarah perlu mencari jawapan sendiri atas segala persoalan
yang melanda hidupnya. Akhirnya watak ayah Maisarah ini telah dimatikan dan Maisarah
terpaksa mencari jawapan kepada kematian ibunya sendirian.

3.3 Penyelesaian Terhadap Masalah Keluarga Ini

Walaupun telah diasak dengan pelbagai cara oleh Maisarah dalam meraih cinta suaminya
kembali, namun Nazril masih juga tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu memberikan
Maisarah peluang lagi. Kemuncaknya, Maisarah telah dihalau keluar oleh suaminya sendiri
dari rumah keluarga Nazril. Namun, ibu Nazril tetap menasihatkan Nazril untuk berfikir
dengan kewarasan dan bukan dengan kemarahan. Maisarah yang juga telah patah hati telah
nekad untuk keluar dari rumah itu.
Walau bagaimanapun, perubahan plot berlaku apabila Maisarah ke rumah Kak Munah yang
kebakaran dan menemui Aidil di situ. Aidil telah berpakat dengan Maisarah untuk
merahsiakan bahawa Maisarah terselamat daripada kebakaran dan telah menipu Nazril
mengatakan Maisarah telah mati terbakar. Di sini, keegoan Nazril telah runtuh dan Nazril
meraung-meraung menafikan kematian Maisarah. Nazril telah mengalami kemurungan yang
teruk namun hatinya kuat mengatakan bahawa Maisarah masih hidup. Tidak tahan melihat
sahabat baiknya hidup dalam kemurungan, akhirnya Aidil membuka mulut bahawa Maisarah
masih hidup dan menumpang hidup di rumah sewa. Keadaan ini telah membuka ruang dan
peluang untuk Nazril berubah. Bermulalah episod mengemis cinta dari Maisarah sehingga
Nazril untuk kembali ke pangkuannya.

Secara kesimpulannya, dalam menangani krisis antara suami isteri ini, banyak pihak telah
pun campur tangan dan saling menasihati. Terutama ibu Nazril yang telah banyak menasihati
dan memberikan kata-kata yang baik buat mereka. Namun kerana masih juga tiada
penyelesaian, pertolongan dari rakan baik mereka berdua telah membuahkan hasil untuk
sama-sama meruntuhkan tembok keegoan Nazril yang akhirnya menjadikan Nazril sedar
akan salah dan silap yang telah dilakukan. Akhirnya mereka berdua hidup aman dan saling
berkasih sayang antara satu sama lain.
4.0 TINDAKAN AHLI TERAPI BERDASARKAN KONSEP KELUARGA

4.1 Menggunakan Pendekatan Teori Hubungan Objek

Teori Hubungan Objek dibangunkan pada akhir 1920-an dan 1930-an dan menjadi sangat
popular pada tahun 1970-an. Karl Abraham, Margaret Mahler, dan Melanie Klein adalah
antara nama yang dikreditkan dengan asal-usul dan penyempurnaannya. Teori hubungan
objek kadang kala juga digunakan dalam merawat sejarah fobia , terutama yang menumpukan
pada orang, atau hubungan kita dengan mereka.

Mengikut teori ini juga cara kita berhubungan dengan orang lain dipengaruhi oleh
pengalaman awal dalam kehidupan kita. Dengan kata lain, imej mental diri seseorang
dibentuk adalah dari pengalaman dan jangkaan orang lain semasa seseorang itu membesar.
Berdasarkan kepada Filem yang dipilih ini iaitu Rindu Awak Separuh Nyawa ini, jika saya
salah seorang daripada ahli keluarga Maisarah, saya akan cuba membentuk Maisarah dengan
kasih sayang sejak dari beliau masih kecil. Kecelaruan yang berlaku dalam diri Maisarah ini
adalah kerana kurangnya kasih sayang daripada ayah kandungnya yang hanya banyak
menumpukan kepada kerjaya dan beliau merasakan ayah kandungnya tidak mementingkan
keluarga.

Menurut Teori Hubungan Objek ini, sesuatu perlakuan, emosi dan tindakan bergantung
kepada didikan dan kasih sayang yang dibentuk dari sejak kecil. Oleh yang demikian, jika
saya salah seorang daripada ahli keluarga ini, saya akan mencurahkan sepenuh kasih sayang
kepada Maisarah. Berlainan pula dengan Nazril, didikan ibu dan ayahnya yang baik dan elok
sejak dari kecil menjadikan beliau seorang yang mempunyai jati diri yang kuat walau di mana
beliau melangkah.
4.2 Menggunakan Teori Pendekatan Intergenerational Family Theraphy

Teori keluarga Intergenerational adalah berhubung erat dengan Murray Bowen yang kadang
kala dikenali sebagai Bowen Intergeneration Theory. Bowen ini percaya bahawa ketegangan
dalam sesebuah keluarga akan boleh dileraikan dengan kehadiran orang ketiga yang bersifat
neutral.
Oleh yang demikian, bagi memenuhi pendekatan teori ini, saya akan cuba untuk mejadi ahli
keluarga yang bersikap neutral dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku antara
Maisarah dan juga Nazril Nazim ini. Selaku ahli keluarga yang neutral, saya akan cuba
menasihati kedua-dua belah pihak untuk menjadikan ketegangan yang berlaku antara mereka
dapat dikurang dan seterusnya dileraikan.

Perlakuan Maisarah yang sebelum ini agak keterlaluan perlu dinasihati dengan sebaik-
baiknya. Walau bagaimanapun, bukan sahaja nasihat yang perlu dilakukan dalam membentuk
perlakuan yang baik bagi membentuk Maisarah tetapi juga cuba untuk menjebakkan diri
Maisarah dengan aktiviti luar dan memberikan kefahaman kepada Maisarah apa yang patut
dan tidak patut beliau lakukan.

Selain itu juga, bagi watak Nazril Nazim ini, pada awalnya merupakan seorang yang kuat jati
dirinya namun berubah setelah merasakan maruah dirinya seakan di permainkan. Oleh yang
demikian, selaku ahli keluarga yang bersikap neutral, saya akan ingatkan kembali tentang
didikan yang telah diterima sejak dari kecil tentang bagaimana ibu dan ayahnya mendidik
dalam menjadi insan yang baik. Kenangan-kenangan yang mengusik jiwa ini diharapkan
mudah-mudahan akan melembutkan hati Nazril dan dapat merendahkan egonya dalam
menghadapi kemelut yang melanda.
4.3 Menggunakan Teori Pendekatan Strategic Family Theraphy

Pendekatan terapi keluarga jenis ini memberikan fokus kepada kerjasama antara ahli keluarga
untuk menentukan masalah dan kemudiannya mencari jalan penyelesaian terhadap
pemasalahan yang dihadapi bersama. Kadangkala teori ini juga dikenali sebagai Problem
Solving Theraphy.
Oleh yang demikian, berdasarkan filem yang dipilih, dalam menyelesaikan kemelut yang
melanda, saya akan mengajak ahli keluarga untuk duduk dan berbincang tentang
permasalahan yang dihadapi. Saya akan menjebakkan semua ahli keluarga saya untuk duduk
dan berbincang bersama. Mencari punca permasalahan dan mencari jalan penyelesaian
terhadap pemasalahan itu. Saya akan cuba memupuk peranan setiap ahli keluarga bagi
menasihati kedua-duanya sekali. Selain itu juga, saya akan mencadangkan untu dilakukan
aktiviti kekeluargaan bagi membolehkan Maisarah dan Nazril berbaik semula dan tiada lai
sengketa antara mereka.

4.4 Menggunakan Teori Pendekatan Systemic Family Theraphy

Toeri ini juga kadangkala dikenali sebagai Teori Milan dan menekankan pendekatan
preskriptif dan paradoks. Pendekatan ini menggunakan pendekatan wawancara sebagai salah
satu cara meleraikan permasalahan. Oleh yeng demikian, apabila permasalahan ini
melibatkan antara dua pihak, dua kumpulan wawancara akan dibentuk.

Wanwancara ini bermaksud dua pihak yang dibentuk untuk mencari punca masalah dan
sama-sama menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Oleh yang demikian, saya akan
melantik ahli keluarga yang dipercayai untuk mengetuai wawancara ini. Satu pihak
mewawancara di pihak Maisarah dan satu kumpulan lagi mewawancara di pihak Nazril.
Kemudian, nasihat dan penerangan yang baik dan tersusun akan diberikan kepada kedua-dua
belah pihak bagi membolehkan kedua-dua belah pihak tidak lagi bersengketa dan memahami
isi hati masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai